Ada 365 hari lagi. Marilah kita hitung menurun - countdown. Selepas bilangan hari itu, AlFalah akan terlepas dari penjajahan. Merdeka! Tidak lagi tapaknya dikenali sebagai tempat inapan budak pengutip derma...
Tidak sabar rasanya menyambut tahun baru 2015. Agaknya pada masa itu kita bolehlah berbual panjang dengan pengendali AlFalah BARU!Paling kurang kita boleh bersembang tentang sambutan hari raya Alumni AlFalah pada 4 Syawal 1436 di dewan bersejarah AlFalah....
Pengendali pun tentu sibuk dengan perancangan luas bagi masa depan AlFalah. Jangan tanya siapa pengendali ketika itu. Semuanya rahsia Allah. Yang penting, nama jawatannya Pengetua @ Mudir SMA Al Falah. Jelak sudah kawasan itu dirujuk kepada Pengetua Pusat Tahfiz Amal... Hampir sedekad ooo, bang...
Agaknya mula riuhlah kawasan sekolah dengan suara budak generasi baru AlFalah. Akan berlagalah pinggan dan periuk budak asrama menjelang petang...
Surau yang bukan lagi yang dulu tentulah kembali bergema suara azan pada setiap masuknya waktu solat. Meski bukan lagi Ustaz Man yang menggoncang pintu dan dinding asrama, akan berpusu-pusulah agaknya budak asrama ke bilik mandi dan surau...
Tidak lagi kedengaran suara Cikgu Non, Cikgu Faisal, Cikgu Maliki, atau Cikgu Deja Man. Tiada juga suara Ustaz Mad Lah ataupun suara Ustaz Ghausillah, Ustaz Man, Ustaz Zahari..... Tidak mengapalah. Setiap orang ada eranya. Sekarang era cikgu dan ustaz lain. Biarlah. Asalkan AlFalah kembali bernafas dan membesar...
Agaknya, setiap pagilah saya ada di kantin AlFalah. Meski pun bukan lagi Abang Man menjadi taukenya, saya tetap di situ, menghirup teh tarik sambil menariknafas lega - bangga melihat AlFalah memainkan peranan kembali. Kembali berada di landasannya.
2015.
Ah, lambatnya.
Lambatkah? Eleh hanya 12 helai daun kalendar!
365 hari 'tu.....
Eleh, sedekad pun boleh bersabar menunggu...
2015.
Tahun Sukan SEA Singapura.
Agaknya, cuti sekolah hujung tahun itu kita boleh tengok siaran langsung sukan itu di dalam bilik tv sekolah AlFalah bersama Penolong Kanan Ko Kurikulum. Siapa PK III itu? Manalah tahu...
Hoi! Apa hang dok merapu 'ni?
Hehehehe....
Kalau betullah AlFalah diserahkan balik pada hujung tahun ini.
Disember 2014.
Tak sampai 365 hari lagi 'dah aih...
Kalau betullah..... hehehehehe.
AlFalah, kau tersendiri, suci berseri...
Selamat Tahun Baru, semua budak Falah!
Perhati kalendar elok-elok dan mulakan menghitung hari sambil berdoa...
4 comments:
Sama2lah kita doakan agar impian jadi kenyataan
Sama2lah kita doakan agar impian jadi kenyataan
InsyaAllah.....
Insyaallah...
Post a Comment