19 January 2015

"Dulu Dia Bukan Lagu 'Ni..."



Dia berasal dari mukim Tebengau. Kampung yang tepat tidak berapa pasti. Tidaklah mahu saya berteka-teka walaupun tekaan itu 80% mungkin tepat….

Sejak meninggalkan AlFalah, saya hanya pernah bertembungnya sekali dua. Bertembung – lebih kepada berselisih di jalanan. Tidak sempat bersapaan. Tapi saya masih ingat namanya. Nama abangnya juga, yang turut merupakan budak Falah….

Bulan September lepas, saya nampak kelibatnya dalam sekian banyak tetamu yang silih berganti memenuhi khemah kenduri di rumah bapa saudara saya di Kg Alor Penyengat, Alor Mengkudu.

Saya tidak sempat menyapanya. Sekadar berbalas senyum ketika dia mula menyuap nasi ketika saya memerhatinya dari jarak 3 meter. Bapa saudara saya ada besan di Kg Pergam, Tebengau. Dia mungkin sebahagian puak laghak keluarga mertua sepupu saya…demikian agakan yang hinggap di minda ketika itu.

Dalam riuh dan kalut suasana kenduri – apalagi dengan ramahnya dj berseloka dan memutar qasidah – saya terlupa mengelik sekali ke arahnya. Hujung malam, di rumah, dalam membelek foto-foto sekitar majlis siang itu, yang saya klik dan yang sepupu-sepapat klik – termuat dalam grup WhatsApp keluarga, barulah saya teringat akan BF itu…

Segera saya teringat akan wajahnya pada satu foto lama yang – kalau tidak silap – dimuatnaikkan oleh Hj Ahmad Nazri Hj Hashim, di grup FB BF.  Saya cari di alam maya itu untuk pengesahan kilatan yang munculdi minda. Ya. Ada.

Fauzi [tengah, sedang memegang kamera]
Dia memegang kamera pada acara santai memakan bekalan atau nasi bungkus dalam satu lawatan BF yang sememangnya tidak saya sertai…

Mohd Fauzi Othman.

Dia merupakan salah seorang budak Falah yang mula menjejak ke sekolah agama rakyat itu pada hujung dekad 80-an. Abangnya, Abdul Hafiz, yang saya kenang sebagai seorang yang agak pendiam di dalam kelas, muncul di situ setahun dua lebih awal.

Abdul Hafiz Othman [tengah]
 Abdul Hafiz Othman– sebaya Ustaz Husin Lateh dan Abby Zack, dua BF yang pernah saya sebut di dalam beberapa entri lain – meninggal dunia ketika masih bergelar pelajar AlFalah. Saya tidak ingat samada tahu atau tidak tentang keberangkatan allahyarham ketika itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sabtu lepas, 17 Januari, sekali lagi saya terserempak dengan Fauzi. Kali ini, juga di rumah bapa saudara di Alor Penyengat, sempena kernduri kesyukuran serta aqiqah. Kali ini pun, saya menjangkakan Fauzi datang setelah diundang sebagai sebahagian puak laghak besan bapa saudara dari Kg Pergam.

Saya silap.

Fauzi [depan berbaju cerah]
Tengah hari itu, saya telah selesai menghadiri dua kenduri lain. Pertama, di kejiranan saya, rumah tauke Bismi Cergas, peniaga ayam terkenal sekitar bandar kecil Simpang Empat. Lima belas minit selepas meninggalkan kanopi di depan rumah agam di jalan masuk ke kejiranan itu, saya berada di Tebengau – rumah Cikgu Am [penggerak kutipan bantuan mangsa banjir di Masjid Tebengau baru-baru ini]. Ada kambing panggang, sup kambing dan gulai kibas. Ada lagi ais kacang, putu mayam, laksa dan apom balik. Namun tiga terawal yang saya catat itulah yang menjadi pemangkin menyegerakan saya menjadi kelompok tetamu terawal – selepas kumpulan marhaban dan berendoi…

Setengah jam kemudian barulah saya ke Alor Penyengat. Kambing tiga ekor digulaikan dengan umbut pisang. Ada yang lain tapi yang saya catat itulah yang menyebabkan saya mencedok nasi lagi…

Berbual-bual seketika dengan saudara-mara, pupu-poyang - diselangi dengan acara meratah kepala kambing bersama sekumpulan sepupu, ditutupi dengan secangkir kopi o pekat melekat serta dua tiga keping kek, mata menjadi amat layu…

Saya mahu meminta diri. Saya tinggalkan rumah sepupu yang menjadi pusat berkumpul kami, mahu kembali ke rumah bapa saudara, bagi membuat pamitan. Saya kasihankan perut yang mungkin lebih sengsara jika saya berlama lagi di itu…

Tetamu tidak serawai awal tadi. Ruang depan rumah bapa saudara itu agak lengang. Selalunya kenduri kesyukuran begitu, waktu puncaknya tidak lama. Sehingga petang, akan adalah sekumpulan dua tetamu dari jauh bergilir datang dan pulang…

Ketika itulah saya nampak Fauzi. Dia sedang menyenduk nasi dengan sedikit kesukaran. Saya menepuk bahunya. Dia menoleh. Memandang tepat ke muka saya. Tangan kirinya memegang pinggan nasi yang di atasnya baru ada sedikit ikan goreng. Belum berkuah, belum berkambing…

Fauzi [paling depan]
Saya mencapai tangan kanannya. Baru saya tahu kenapa nampak sukar benar di menyenduk nasi tadi. Tangan kanannya agak kecil, tangan yang telah lama kehilangan upaya. Saya memegang seketika tangan itu.

“Rasa macam kenai…”kata Fauzi ketika tangannya saya lepaskan.

Macam kenal?

Maknanya dia tidak pasti siapa saya?

Saya terkenang betapa sebelum itu pun ada BF yang tidak lagi mengenali diri nan seorang ini. Saya harus terima kenyataan, daya ingatan semua orang tidaklah sama…Faktor masa, faktor usia, dan ada seorang pernah menyebut faktor mata…Saya sering tambah, ada satu lagi faktor: saiz mana-mana bahagian atau seluruh badan…

Untuk memudahkannya, saya bertanya Fauzi, “Pernah mengaji di Falah dulu?”

Fauzi mengangguk, separuh terkejut setelah mulutnya menyebut sekali nama sekolah yang sekarang sedang terjajah itu.

Saya baru mahu menokok, tetapi Fauzi lebih cepat bersuara, “Cikgu apa ‘ni…?”

Matanya tepat memandang mata saya. Termos nasi menjadi saksi…Saya mengangguk.

“Cikgu…Cikgu Din ka ‘ni?”

Saya melanjutkan anggukan.

“Laaaa….” Itu saja yang terkeluar dari mulut Fauzi. Ada semacam kegelisahan atau keserbasalahan dalam bahasa badannya. Macam mahu diletakkan dahulu pinggan nasi pada tangan kirinya. Dia menoleh kiri dan kanan.

“Isy…”luahnya. Entah apa yang ada di fikiran Fauzi ketika itu.

“Cikgu….lama tak jumpa…isy…” itu yang terkeluar dari mulutnya.

“Ni rumah pak penakan saya…”kata saya. Entah untuk apa kata-kata itu dizahirkan tidaklah saya tahu. Tiba-tiba terkeluar.

“Saya menantu Wa Omar…” balas Fauzi.

Subhanallah.

Kenapa saya tidak tahu. Wa Omar, mertua Fauzi, adalah abang ipar bapa saudara saya. Rumah mertuanya hanya nun… di seberang jalan, hanya sejarak 500 meter dari rumah kenduri yang sedang kami hadiri itu…Mungkin salah satu kenduri kahwin di rumah Wa Omar yang pernah saya hadiri adalah kenduri sempena pernikahan Fauzi…[Wa Omar juga pernah menjadi BF pada tahun awal pembukaan pondok oleh Almarhum Ustaz Azizan dan Almarhum Ustaz Fauzi dahulu – sebaya ayah Norliza dan Saidin Saad dari Alor Ibus atau ayah Yasmin  dan Nurrezini Nayan dari Teluk Bulang…]

Anehnya… atau malunya… telah lama dia menjadi sebahagian puak laghak bapa saudara, saya tidak pun tahu.

“Hangpa kenai ka?” tiba-tiba datang soalan dari bapa saudara saya. Rupa-rupanya sejak awal dia telah menyaksikan pertemuan saya dengan Fauzi. Tidaklah hanya termos nasi sebagai saksi…

“Kenai….”balas Fauzi, “cikgu saya di Falah dulu…”

Bapa saudara, yang juga BF sebaya Encik Saad Alor Ibus dan Encik Nayan Teluk Bulang, tersenyum. Dia pun baru tahu anak saudaranya ini dan menantu abnag iparnya rupanya ada pertalian…

“Tapi memang tak kenai tadi…”kata Fauzi lagi.

Saya tersenyum. Mata saya mengekori pergerakan matanya yang turun naik memerhatikan saya. Sudah dapat diagak. Dia sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk melanjutkan bicara.

“…dulu dia bukan lagu 'ni!” itulah frasa yang Fauzi jumpa. Dah agak dah…lagi pula matanya tadi berhenti agak lama pada bahagian perut saya…Ketika menuturkan itu pun sekali lagi matanya melorot ke perut ini...

Pandai Fauzi... Nampaknya faktor saiz yang dijadikan alasan kenapa tidak mengenali saya awalnya...

Kami sama-sama tergelak.

Saya tidak boleh lama lagi. Silap-silap perut akan meraung jika duduk semeja pula dengan Fauzi. Takkanlah mahu dibiarkan Fauzi seorang melayan tekak…

Lagi pula mata macam mahu meragam,marah kerana tidak dilayan...

Saya harus pamit.

Namun sempat juga saya bertanya sedikit tentang Fauzi.

Dia tingal di kuarters penjara Pokok Sena. Bertugas sebagai warden di situ.

Fauzi sempat bertanyakan tentang Cikgu Non dan Ustaz Zahari. Saya pun menjawab setakat yang saya mampu...

Ketika mahu menulis ini, saya hubungi emak saudara isterinya di Alor Penyengat. Difahamkan tangan kanannya kehilangan upaya lama sebelum berkahwin. Khabarnya akibat kemalangan. Kini Fauzi telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Demikianlah.

Telah merata budak Falah bertebaran…

Bahagialah semua, hendaknya.


12 January 2015

Menyelak Dari Mula







Lengkap!

Ini direktori dari awal....

Selamat bermentelaah....

Terima kasih bagi pencari entri lama. Penggalian anda menyebabkan view blog ini meningkat.....



X-Kaliber: Cerita Lara Sebuah Band

"Laaa...Hang Ka Non?"

Menghadap Perjalanan Seorang Sahabat

Menjadi Tua

Sekeping Gambar, Sedozen Khabar

Pawang Nujum Datang

Mazidul, Lagi Terhirislah Hati Kami...

Hilang Di Mata, Di Minda Jangan

Muhasabah Yang Munasabah

Azliza Baizura, Nama Itu...

Dato' Hj Ismail Hashim Di AlFalah

Nazri, Kuetiau Dan Budak Falah

Cinta Tidak semestinya Bersatu

Permata Pertama

Sheila Majid Tobiar

Catatan Cacat Caca Cara

Aku Ada, Kau Ada?

Malim Deman, Nasi Astakona Dan AlFalah

"Dah Hangpa Tu Jakun!"

16 Mei Kali Ini...

Selamat Hari Guru: Cikgu, Ustaz

Kuat

Hakikat...

Kalaulah...

Apa Ada Di Alor Setar, Tu?

Sang Biru Bermuka Empat Segi

Kodak Bernama Fuji

Memori Kacang Tanduk

Hantu Punya Hantu 3

Sepetang Di AlFalah

Dirgahayu Tuanku

Ustaz Mid Yang Saya Kenang

Lagu-Lagu Kenangan

Hantu Punya Hantu 2

Alfalah Di Sisi Lain 3

Bangun Pagi, Gosok Gi....?

Cintaku Camellia

AlFalah Di Sisi Lain 2

Ustaz Husin Dan Adiknya

Cinta Pantai Murni

Aku Kehilanganmu

Wak Sir

Hantu Punya Hantu 1

AlFalah Di Sisi Lain 1

Wira tak Didendang

Geng Teluk Bagan

TOLONG!!! TOLONG!!! Rumah Terbakar...

Cih, Jebat!

Foot Bear

Sebatang Lidi: Ismail Teluk Bulang

Anak Kelapa Ustaz

...Dan Adik Beradiknya

Geng Kola 1

Budak Tingkatan Tiga 1983 Lagi

Nasyid Oh Nasyid

SRP 1983

Lilin, Karbaid, Gasolin

Lumut, Di manakah Pangkalan TLDM

Mesin Taip & Gestetner

Music Chair

Md Rautin: The Only

Budak Falah 1956-1961

Geng Gajah Mati 1

Muhadhoroh 2

Muhadhoroh 1

Peralihan 1983

Mola-mola

Saya? Jadi Cikgu?

Mulanya Di Sini


PEMBERITAHUAN [Wajib Baca]


**********

Untuk senarai entri lain sila klik:


dan

7 January 2015

Direktori Kedua [100 Entri Usang]

Direktori kedua...

Terima kasih kepada yang sudi membelek catatan purba...

Semoga akan lebih memudahkan..


Menjejak Imam Muda

Cikgu Kay

Catatan Hari Lahir

Zack: Pak Ya Yang Tidak Berdaya

Selepas Kiamat

Tsunami ....Di AlFalah!

Zack Yang Satu Ini

Catatan Seorang Guru

Pek Nga Di Pinggir Kedai Pizza

Ustaz Abby

Abby Zack

Citra Nasyid Di AlFalah

Sepasang Merpati Di Pinggir AlFalah

Merpati Itu Telah Dijemput

Dia Yang Terperosok Di Penjuru Kelas

Ayo Ayo Ayo Ayo Gezambo

Kenduri Oh Kenduri

Budak Batas Paip, Alor Ibus Dan ...Yan

Mango Lassi

Cikgu Norhashimah Mansor

AlFalah Kita, Bagaimana Kini

Senda Sendal

Pawang Nujum Balik Kampung

Piala Malaysia Dan VW Itu...1

Piala malaysia Dan VW Itu...2

Piala Malaysia Dan VW Itu...3

Piala Malaysia Dan VW Itu...4 [Akhir]

Kompilasi: Piala Malaysia Dan VW Itu...

Demonstrasi Di AlFalah

Dua Keping Papan, Dua Guni Sekam

Lagi-lagi Wira!

Mawar Putih Di Tengah Merah

Nah Dan Naum

Kekosongan

Pada Kepayahan Itu: Cerita Asrama AlFalah

Isabella vs Fumakilla

Aduhai Masa-masa Silam

Imam Bawa Cahaya Torchlight...

Roti Nan Dan Rindu Nan Terubat

Tanbihul Ghafilin

Hindi Kita Malimot

Bintang Feminin

Bintang Yang Pernah Datang

O

'Weak Point'

Aku, Dia Dan Mel

Pasanganmu Budak Falah?

AlFalah: Lama Sebelum Kita

Pusara Bermandi Darah

Bukan Hanya Dia...

Bertemu Jun Pada September

 Ais Kacang 'Tu Ada Lagi Ka?

Ais Kacang 'Tu: Double Re-visited

Awang Selamba: Di AlFalah Dan Di Mana-mana...

Cikgu Kenai Saya Lagi?

Ikan Kering Nan Sekerat

Airmata Lelaki...

Selepas Hari itu...

Hamzah, Wira dan Kami: Pasca Majlis Itu...

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih

M A A F

Rohingya, Bersamakah Kita?

Latiff, Maafkan Aku

Krisis Air Terawat

Zabarina: Satu-satunya!

Ketika Chong Wei Masih Kecil

'Apa Bakar Encik Kabar?'

Permataku Yang Hilang

King Cup: Sebuah 'Piala' Tak Tergapai

Bicara Kecil Tentang Kemandirian

100Plus - Semoga-moga...

Seloka Alumni AlFalah: Remix

Rayuan Terakhir: Mestikan Sampai Menyembah?

Mereka Pernah Singgah Di AlFalah Dan..Di Hati

Hello, Is It Me You're Looking For?

Berkiblatkan Tandas

Kerana Songkok Dan HACKS

Kacang Kuda Dan Ikan Temenung

Nazri Dan Sebuah Cerita Biasa-biasa

Selamat Berpuasa

Mi Abbas, Wira Dan Malam Akhir Syaaban

 1Sukan 1Kenangan

1Sukan: Cerita Tambah Untuk Aswad

Kau Lupa Janji

Hantu Punya Hantu 4

Doom! - Das Auto!

Anak-anak Di Anak Tangga

Terima Kasik, Mak

Dato Haron Din Dan Mat Bohong

Indahnya Namamu, BAHAGIA

Biarlah Rahsia...

Akan Rahsia Itu, Biarlah...

Rahsia Itu: Sebuah Penamat

Apabila Bulu Roma Pun Berdiri




Bagi yang ingin melihat direktori lain - seratus entri lama- sila klik sini: Pssst...Hanya Untuk Pembaca Di Telefon

5 January 2015

Pssst...Hanya Untuk Pembaca Di Telefon....

 Direktori ini untuk pembaca blog yang menggunakan telefon. [Katanya susah untuk membaca entri lama, ya?]Klik/tekan sahaja pada tajuk entri yang ingin anda baca. Nanti, jika mahu membaca tajuk lain -sepertiga dari isi blog setakat ini - mula lagi dari direktori ini. Semoga ia sangat membantu. Akan ada direktori berikut jika yang ini amat menyenangkan anda...

Pok Tek Dan Nasi Arab

Bertemu Dahaman

Nasi Padprik Dari Pattani

Masihkah Hang Ingat, Pirud?

Pek Nga Dan Roti Kesot

Norashikin, Semuda Itu Engkau Dijemput-Nya

Gadis Bertudung Putih

Suratan Serta Kebetulan

14 Februari - Hari Memperingati...

Oren Dan Straw

Ustaz Shokhawi Mohamad

Pertemuan Di Pulau Gezambo

Kenduri Sekitar Kola

Anuar Ibrahim @ AlFalah

Kenduri Terakhir

Che Ta, Rita Dan Bangau

Terjahan Di Pulau 'Itu'

Mazidul, Kami Tak Tahu Nak cakap Apa Dah

29 Februari - Setahun Sudah Berlalu

Hari Ini 15 Tahun Lalu

Meet Ustaz Husin - Lagu Untukmu

Rohimi Dan Babuji - Episod 1

Rohimi Dan Babuji - Episod 2

Pencerobohan

Aku Milik Mu

Sendiri Kesepian

Hingga Tarikan Nafas Terakhir

Hingga Akhir Nafas

Janggut Adalah...


Apabila Ditakdirkan Tidak Dapat Bertemu

Menjadi Tua

Ustaz Man: Catatan Pemula

Digigit Digit-digit

Reuni SMA

Sendiri.....Sepi

Wajah Seorang Daie

Blues Hari Guru: 1Agenda 1Inspirasi

Sena, Kemboja & Ustazah Bertudung Hitam

Kelas Peralihan AlFalah 1983

Kelas Peralihan AlFalah 1984

Kelas Peralihan AlFalah 1985

Kelas Peralihan AlFalah 1986

Kelas Peralihan Alfalah1987

Makan Bersama Pak Ustaz

Kelas Peralihan AlFalah 1988

Makan-makan Di AlFalah Lagi...

Kelas Peralihan AlFalah 1989

AlFalah Dan Taman Rashidah Utama

Kelas Peralihan AlFalah 1990

Kelas Peralihan AlFalah 1991

Kelas Peralihan AlFalah 1992

Cerita Delapan Wajah

Merindu, Merayu, Beradu Dan...

Kelas Peralihan AlFalah 1993

Dia Yang Pernah Kita Dampingi - 1

Dia Yang Pernah Kita Dampingi - 2

Tingkatan 1 AlFalah 1994

Memburu Gajah Mati -1

Memburu Gajah Mati - 2

Memburu Gajah Mati - 3

Apalah Sangat Dengan Neelofa?

Ratuku Di Taman Bersatu

Tingkatan 1AlFalah 1995

Tingkatan 1 AlFalah 1996

Ramadan, Ustaz Fairose Dan Al Watan

Tingkatan 1AlFalah 1997

Tingkatan 1 AlFalah 1998

"Ustaz! Ustaz! Dah Subuh 'Ni..."

Kalau Lagi Dua Tiga Saat

Kuusap Namamu Di Puncak Gunung Jerai

Tingkatan 1 AlFalah 1999

Kau Selalu Di Hatiku

Sebelum Tibanya Detik Itu

Detik-detik Itu Janganlah Berlalu

Wahai Para Isteri...

Ahlan Wa Sahlan, Chik Mila

Ada Lagi Yang Aku Simpan

Ghazal Untuk AlFalah

Rakaman Semula

Jangan PORA-PORA Tak Kenai Cikgu

Gelombang

Buah Cempedak Di Dalam Besen

Rahsia Gadis Bisu

Rasakan Diriku Ada Di Waktu Itu

Biwi No. 1 Dan Biwi No. 2...

Kau Yang Bernama aSRI

Assalaamu'alaikum, Budak Falah

Dia: Terasa Ramai Bila Bersama

Gelombang Kedua [Sekali Lagi]

Daun-daun, Terima Kasihlah...

**************

Lagi direktori dalam Direktori Kedua [100 Entri Usang]