taJuk:Baju sekolah
Kisahnya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala
Lumpur. Saya mengajar sesi petang.
Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap
kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap
hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya
menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah
dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk
tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa
menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia
hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh
tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga
lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah
dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke
rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia
tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri
di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin
ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak
lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil
berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan
kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas
memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari
ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya
memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan
cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya
berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju
lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul
kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan
kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung
kamu."
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥
************************
Saya pernah terbaca kisah di atas dalam satu blog. [Lihat satu kutipannya di sini] Saya menyimpannya di minda juga. Entah catatan asli guru mana....
Namun kali ini saya membaca semula dan memetiknya untuk tatapan anda - kerana ia terdapat dalam satu page fb Sek Men Agama Al-Falah........ di Kemaman.
Jika anda mencari di fb, AlFalah Kemaman mempunyai dua grup, masing-masing mempunyai 27 dan 10 ahli. fb Unit Bimbingan & Kaunseling SMA AlFalah Kemaman pula memiliki 132 ahli.
Page Sek Men Agama Al-Falah Kemaman [education] disukai oleh 543 orang, manakala page Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman [Community] digemari oleh 598 orang. Sementara itu page unit bimbingan tadi mempunyai 113 penggemar....
Namun, membandingkan semua grup dan page itu dengan Alumni Sek Men Agama Al-Falah, Kedah, ternyata grup dari Kedah itu lebih terisi - meski ramai ahlinya yang berperanan sebagai pemerhati......
Yang paling utama untuk kali ini, baca, hayati dan letakkan diri kita sebagai guru itu dan kemudiannya sebagai murid tersebut.
Semoga rasa syukur itu masih ada serta rasa kasihan masih subur......
No comments:
Post a Comment