31 May 2013

Kelas Peralihan AlFalah 1988

Tahun ini, budak Peralihan 1983 akan mengambil SPM. Lengkaplah dari Peralihan hingga Tingkatan Lima, buat pertama kalinya ada pelajar Arab/Akademik, sesuai sebagai sekolah menengah agama rakyat. Beserta pelajar Akademik, seperti Suhaimi Md Shah dan Shukeri Wahab serta Abas Ahmad, kumpulan pertama SPM dari aliran Arab berjaya  menghasilkan kejayaan yang agak cemerlang bagi peringkat sekolah.

Pekajar Peralihan pada tahun itu adalah:

©       Zakaria b Idris
©       Shabani b Mohd Salleh
©       Zulkifli b Shamsuddin – adik Siti Hawa.
©       Abdullah b Saad
©       Jamil b Md Isa
©       Hussin b Lateh – abang kepada Azren dan Azman.
©       Zamri b Yaakub
©       Rosdi b Mansor – adik Asri.
©       Mohd Aisa b Mahmud
©       Abu Bakar b Zainol
©       Mazlan b Mansor – genap empat beradik bersama Mazura, Mazni dan
©       Zulkifli b Mohd Khir
©       Burhanuddin b Talib
©       Abd Wahab b Hussin
©       Mohd Salleh b Hussien
©       Mohd Zahir b Omar
©       Norliana bt Ishak
©       Rasidah bt Saad
©       NorFadzilah bt Md Nor
©       Suratun Bani bt Ariffin – adik Mohd Zaini, kakak Shahabudin.
©       Ruslina bt Shafie
©       Suhaida bt Rashid
©       Siti Normawati bt Said
©       Asmah bt Zain – kakak Zamri
©       Suraini bt Ismail
©       Norasyikin bt Saad
©       Rohana bt Abd Jalil @ Halim – kakak Aznan
©       Rosmawati t Mohd Jamil
©       Nurul Farihin bt Omar
©       Mohd Lutfi b Md Yunos – abang Nor Raihan.
©       Helwi Shahril b Ariffin
©       Suriyani bt Ahmad
©       Abd Hafiz b Othman

Kumpulan ini yang tidak terkandas di peringkat PMR, akhirnya membentuk sebuah tingkatan yang saya panggil LIMA ’93, sesuai dengan Pameran Udara dan Maritim di Langkawi yang diadakan buat kali kedua…..


Setakat ini, dari kumpulan tersebut, Burhanuddin dan Rosmawati telah dijemput menghadap Allah, ketika dalam usia yang terlalu muda. Malah, Burhanuddin tidak sempat melihat keputusan peperiksaan SPMnya yang cemerlang…. Manakala Rosmawati masih belum menamatkan kursus perguruannya. Demikian Takdir. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat Ilahi. Amin.

**********************************************************************

Lagu selingan

Penyanyi: Dian Piesesha

 
PENGORBANAN DI ATAS SEGALANYA
Kini aku telah menyadari
Bahwa cinta tak selamanya memiliki
Ternyata, kasih..
Pengorbanan diatas segalanya

Tak pernah aku membatasi
Segala kebebasan yang kau inginkan
Walaupun sayang
Tiap saat hatiku merintih

Sepahit apapun juga
Tak pernah aku menyesali
Kucoba mendampingimu
Sekuat hatiku ini
Kucari dalam hatimu
Cinta kasih yang terakhir
Walau bertahun-tahun
Ku sabar menunggu

Makan Bersama Pak Ustaz


Bab makan lagi!
 
Entah tuan kamera mana yang sudi mengambil foto Cipher sedang menikmati laksa.  Ini majlis jamuan yang amat ringkas – laksa semata berulamkan air oren segelas kecil. Mungkin sempena cuti penggal pertama persekolahan. Kalau untuk cuti hujung tahun, apa kelas setakat laksa bujang ……..

Lokasi masih di dewan AlFalah. Cumanya berbeza waktu dengan foto di bawah ini yang dicatatkan pada entri Blues Hari Guru: 1Agenda……Dalilnya mudah sahaja. Pada foto di bawah ini Pawang Nujum dan Zack sedang menjamah nasi, bukan laksa. Satu lagi keadaan dinding papanlapis mudah-alih yang menjadi latar belakang. Dalam foto di bawah ini, dua poster masih terlekat elok. Manakala bagi foto di atas, salah satu poster telah lekang gamnya……
 
Berbalik kepada foto awal tadi.

Berbaju biru itu – terutama bagi pembaca yang bukan Budak Falahlah – adalah Ustaz Ahmad Fairose Hj Azizan, rakan sekoleh Cipher yang ditakdirkan menjadi mudir AlFalah pada usia 23 tahun! Beliau diamanahkan menyandang tugas tersebut berikutan kematian babanya, Ustaz Hj Azizan bin Hj Mustaffa pada tahun 1985. Beliau bukanlah cacat, walaupun anda mungkin nampak hanya kaki kanannya…...

Sedang memerhatikan gelas setelah melakukan tegukan terakhir itu pula adalah Ustaz Zahari Ahmad. Bekas pelajar AlFalah pada tahun 1960-an ini, mulanya bertugas di Langkawi setelah menamatkan pengajian lanjutan di Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau bertukar ke AlFalah selepas pemergian Ustaz Azizan, dan pernah menjadi Penolong Kanan, sehingga zaman gerhana AlFalah pada awal alaf ketiga,  lalu bertukar pula ke SMA Sungai Limau, sehingalah sekarang.

Paling kanan di dalam foto tersebut adalah Ustaz Abdul Hamid Ismail. Pakar nahu yang lama di AlFalah bersama anaknya, Cikgu Mohd Faisol, sebelum bertukar ke SMA Fauzi. [Semoga Allah sentiasa merahmati roh Ustaz Mid yang telah lama meninggalkan kita. Amin].