18 February 2013

Anuar Ibrahim @ AlFalah


Saya menjumpai sekeping kertas panjang bergaris. Ada bekas cop getah di bahagian atasnya, bertulis:
SEKOLAH MENENGAH UGAMA AL-FALAH
KM.17, JLN. YAN BATAS PAIP,
06600 K.KEDAH, ALOR SETAR, KEDAH.

Di bahagian bawahnya tertulis [dalam tulisan tangan yang kemas] MARKAH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR (93).

Di bawahnya adalah satu senarai nama pelajar beserta markah yang diperoleh. Empat puluh tujuh orang semuanya. Selepas senarai tersebut, ada lagi senarai TIGA orang dalam setiap kumpulan yang dikategorikan sebagai TIGA TERBAIK, SEDERHANA dan PALING LEMAH.

Dalam senarai itulah saya nampak nama Anuar Ibrahim. Single U dalam ejaan namanya bukan double U......

Saya terkenang pelajar itu. Seorang yang sentiasa tersenyum. Dialah salah seorang pelajar yang saya panggil dengan nama penuh. Entah di mana dia sekarang.........

Oleh kerana ada sama nama Budak Batas Paip, saya menghubunginya untuk mengetahui siapakah guru Geografi ketika itu. Cepat sahaja dia menjawab, tetapi tidaklah yakin sangat sebab ada kalimah 'kut' pada hujungnya. Dia memberikan nama timangan guru itu, tapi di sini biarlah saya catatkan nama penuhnya:Cikgu Hasnah Zaini Hj Nawawi.

Budak Batas Paip terkejut apabila saya ceritakan tentang senarai yang sedang saya pegang itu. Namanya berada di nombor enam dalam susunan secra rawak itu. Markah yang diperolehinya ....... lagi dua markah sahaja untuk menjadi 40..... 

Paling tinggi yakni TIGA TERBAIK tadi berdasarkan catatan Cikgu Hasnah adalah Zabarina Ahmad, Fahrulruzi Mohd Jusoh dan Farihah Abdullah. EMPAT SEDERHANA pula termasuklah Norhabibah Bakar, Rasidah Mohamad, Mohd Yusri Harun dan Muzammill Soliheen. PALING LEMAH pula adalah Mohd Shahril Saad, Mohd Shukri Khalib dan Anuar Ibrahim


Semoga tiada yang marah dengan catatan ini. Ia berdasarkan yang ditulis di kertas tersebut oleh guru pelajarannya dan hanyalah markah kerja kursus. Sekadar suka-suka untuk suatu imbauan......

Lupakan tentang markah itu. 

Soalnya ke manakah  atau di manakah 47 insan yang tercatat namanya di kertas tersebut? Carilah untuk kembali menautkan kemesraan seperti dulu-dulu.......
  1. HAZRINA ABU HASSAN
  2. MARIAM ISMAIL
  3. MOHD NAZIR MOHD SAAD
  4. MAZLINA SAAD
  5. MOHDZAHIR ABDULLAH
  6. WIRA OSMAN
  7. ROSMANINA AHMAD
  8. ROSMAWATI MUSA
  9. MOHD YUSRI HARUN
  10. ZURAINI IBRAHIM
  11. MARYAM HASHIM
  12. ZABARINA AHMAD
  13. NORMA SAIDIN
  14. JAREYAH ABDUL
  15. ZULKIFLI SHAMSUDDIN
  16. HAMZAH YAHYA
  17. MOHD KHIR OMAR
  18. MOHD SHAHRIL SAAD
  19. MOHDSHUKRI KHALIB
  20. MOHD BADRUDIN AHMAD
  21. MOHD FAZLULLAH AHMAD
  22. MUZAMIL SOLIHEEN MUSA
  23. NOR AZA ASMAWATI MAT
  24. MOHD NAJIB ARIFFIN
  25. MOHD NIZAM RAMLI
  26. AZIAN AHMAD
  27. AHMAD FAUZI OSMAN
  28. FAUZIAH ABU BAKAR
  29. KU HASNIZAM KU ABD HAMID
  30. MOHD ZAINI AHMAD
  31. ANUAR IBRAHIM
  32. SOPIAH AHMAD
  33. ZAITUN NATKHIN SAAD
  34. FARIHAH ABDULLAH
  35. NORHABIBAH BAKAR
  36. ZULKIFLI ISMAIL
  37. MAHTOM SAAD
  38. RASIDAH MOHAMAD
  39. NADIRAH SAAD
  40. SABARIAH MUHAMADAN
  41. MALIANA MOHD FAZI
  42. MOHD HAFIZI ABD MANAF
  43. SHAKIROH HAMID
  44. HALIMATON ABD KARIM
  45. NORBI HASHIM
  46. FAHRULRUZI JUSOH
  47. ZARINI OMAR
 
Semua susunan nama itu bersekali ejaannya diambil sepenuh dari kertas berkenaan. 

Kalau anda di dalam kelompok di atas, berapakah yang anda masih ingat dan di manakah mereka sekarang?

Ramai juga budak PMR 1993 rupanya. Adakah yang tercicir dari senarai ini? Jika ada, sila masukkan di dalam kotak komen......

Saya sendiri kehilangan hampir 10 wajah........

Di manakah Cikgu Hasnah kini?

Di manakah pula Anuar Ibrahim........

3 comments:

wiraosman said...

Syok la kawan aku tu... di sebut2 dlm blog ni..siap dpt ehsan lagi

Puan Yaya said...

naper nama saya x dhakk???

terima kasih Cipher... agak terkesan nama2 itu dlm benak ini dan sanubariku.....

untuk makluman, saya punyai no kontek CG Hasnah Zaini.

Puan Yaya said...

https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.412967292128633&type=1