Saya menjumpai sekeping kertas panjang bergaris. Ada bekas cop getah di bahagian atasnya, bertulis:
SEKOLAH MENENGAH UGAMA AL-FALAH
KM.17, JLN. YAN BATAS PAIP,
06600 K.KEDAH, ALOR SETAR, KEDAH.
Di bahagian bawahnya tertulis [dalam tulisan tangan yang kemas] MARKAH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR (93).
Di bawahnya adalah satu senarai nama pelajar beserta markah yang diperoleh. Empat puluh tujuh orang semuanya. Selepas senarai tersebut, ada lagi senarai TIGA orang dalam setiap kumpulan yang dikategorikan sebagai TIGA TERBAIK, SEDERHANA dan PALING LEMAH.
Dalam senarai itulah saya nampak nama Anuar Ibrahim. Single U dalam ejaan namanya bukan double U......
Saya terkenang pelajar itu. Seorang yang sentiasa tersenyum. Dialah salah seorang pelajar yang saya panggil dengan nama penuh. Entah di mana dia sekarang.........
Oleh kerana ada sama nama Budak Batas Paip, saya menghubunginya untuk mengetahui siapakah guru Geografi ketika itu. Cepat sahaja dia menjawab, tetapi tidaklah yakin sangat sebab ada kalimah 'kut' pada hujungnya. Dia memberikan nama timangan guru itu, tapi di sini biarlah saya catatkan nama penuhnya:Cikgu Hasnah Zaini Hj Nawawi.
Budak Batas Paip terkejut apabila saya ceritakan tentang senarai yang sedang saya pegang itu. Namanya berada di nombor enam dalam susunan secra rawak itu. Markah yang diperolehinya ....... lagi dua markah sahaja untuk menjadi 40.....
Paling tinggi yakni TIGA TERBAIK tadi berdasarkan catatan Cikgu Hasnah adalah Zabarina Ahmad, Fahrulruzi Mohd Jusoh dan Farihah Abdullah. EMPAT SEDERHANA pula termasuklah Norhabibah Bakar, Rasidah Mohamad, Mohd Yusri Harun dan Muzammill Soliheen. PALING LEMAH pula adalah Mohd Shahril Saad, Mohd Shukri Khalib dan Anuar Ibrahim.
Semoga tiada yang marah dengan catatan ini. Ia berdasarkan yang ditulis di kertas tersebut oleh guru pelajarannya dan hanyalah markah kerja kursus. Sekadar suka-suka untuk suatu imbauan......
Lupakan tentang markah itu.
Soalnya ke manakah atau di manakah 47 insan yang tercatat namanya di kertas tersebut? Carilah untuk kembali menautkan kemesraan seperti dulu-dulu.......
- HAZRINA ABU HASSAN
- MARIAM ISMAIL
- MOHD NAZIR MOHD SAAD
- MAZLINA SAAD
- MOHDZAHIR ABDULLAH
- WIRA OSMAN
- ROSMANINA AHMAD
- ROSMAWATI MUSA
- MOHD YUSRI HARUN
- ZURAINI IBRAHIM
- MARYAM HASHIM
- ZABARINA AHMAD
- NORMA SAIDIN
- JAREYAH ABDUL
- ZULKIFLI SHAMSUDDIN
- HAMZAH YAHYA
- MOHD KHIR OMAR
- MOHD SHAHRIL SAAD
- MOHDSHUKRI KHALIB
- MOHD BADRUDIN AHMAD
- MOHD FAZLULLAH AHMAD
- MUZAMIL SOLIHEEN MUSA
- NOR AZA ASMAWATI MAT
- MOHD NAJIB ARIFFIN
- MOHD NIZAM RAMLI
- AZIAN AHMAD
- AHMAD FAUZI OSMAN
- FAUZIAH ABU BAKAR
- KU HASNIZAM KU ABD HAMID
- MOHD ZAINI AHMAD
- ANUAR IBRAHIM
- SOPIAH AHMAD
- ZAITUN NATKHIN SAAD
- FARIHAH ABDULLAH
- NORHABIBAH BAKAR
- ZULKIFLI ISMAIL
- MAHTOM SAAD
- RASIDAH MOHAMAD
- NADIRAH SAAD
- SABARIAH MUHAMADAN
- MALIANA MOHD FAZI
- MOHD HAFIZI ABD MANAF
- SHAKIROH HAMID
- HALIMATON ABD KARIM
- NORBI HASHIM
- FAHRULRUZI JUSOH
- ZARINI OMAR
Semua susunan nama itu bersekali ejaannya diambil sepenuh dari kertas berkenaan.
Kalau anda di dalam kelompok di atas, berapakah yang anda masih ingat dan di manakah mereka sekarang?
Ramai juga budak PMR 1993 rupanya. Adakah yang tercicir dari senarai ini? Jika ada, sila masukkan di dalam kotak komen......
Saya sendiri kehilangan hampir 10 wajah........
Di manakah Cikgu Hasnah kini?
Di manakah pula Anuar Ibrahim........
3 comments:
Syok la kawan aku tu... di sebut2 dlm blog ni..siap dpt ehsan lagi
naper nama saya x dhakk???
terima kasih Cipher... agak terkesan nama2 itu dlm benak ini dan sanubariku.....
untuk makluman, saya punyai no kontek CG Hasnah Zaini.
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.412967292128633&type=1
Post a Comment