Enam kenduri pada hari Isnin 11 Februari 2013 – ‘raya’ Cina kedua. Empat kenduri kahwin dan dua kenduri aqiqah.
Menantu emak memilih untuk ke kenduri aqiqah, membawa bersama cucu-cucu emak.
Saya kan pergi ke empat kenduri kahwin.
Kenduri pertama, secara solo di kawasan perumahan Teluk
Bagan.Rumah rakan lama.
Kenduri kedua dan ketiga bersama Cikgu Abdur Rahim Daud
serta Mohd Zairi Mohd Ariff, budak Alor Ibus yang telah 18 tahun berkelana di
Lembah Kelang.
Ustaz Husin |
Ustaz Husin yang sedang berbual dengan keluarga Helwi Shahril,
tersenyum menampakkan lesung pipitnya sebaik nampak kami, terutamanya Zairi dan
Cikgu Rahim. Setelah mengambil makanan dan mendapat tempat duduk, setelah lama menunggu kerusi dikosongkan, kami disertai pula oleh Helwi yang datang berasingan dari ayah-ibunya. Dia menolak Ustaz Husin yang sedang berbual dengan kami, lalu duduk bersebelahan saya. Saya
menberitahunya, kami akan ke Pulau Gezambo selepas itu, namun Helwi berkata dia
mendapat undangan ke situ pada tarikh 12 Februari….Aik? Entahlah…. Kemudian kami berbual sedikit
bab AlFalah yang seperti terjajah kini.... Dalam pada itu, saya sempat bertanya
Ustaz Husin akan kedatangan orang yang pernah bertakhta di hatinya semasa dan
selepas belajar dulu. “Adik dia ada mai….” Kata ustaz itu sambil tersenyum ayu...... Hehehehe....
Helwi berundur untuk ke ‘dua
tiga majlis lagi’, katanya. Kami juga tidak menunggu lama, lalu
menyalami Ustaz Husin, tanpa bertemu ayahnya yang berada di bahagian depan
khemah. Tidak nampak kelibat Azren dan Azman sepanjang kami di situ. Ataukah mungkin
saya tidak dapat mengecam wajah terkini mereka. Tiga beradik itulah yang hingga
kini masih saya kenang kerana membuat persembahan menarik menyampaikan lagu
nasyid Di
Pondok Kecil pada satu majlis muhadhoroh di AlFalah hampir dua dekad
lalu….. Suara mersik Azman berpadu dengan suara baligh Husin amat menusuk ke
kapilari darah hampir setiap penonton ketika itu ……
Wahai abangku, teriak Azman, ke mana ayah…
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
....................Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Duhai adikku,sayang, balas Husin kemudiannya, jangan bersedih…
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
.............................................
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
.............................................
Ah,masa lalu itu……
Kemudian kami ke Pulau Gezambo, seperti yang Budak Batas
Paip namakan.
Di situ, selain dapat bertemu Rohana Jalil, seperti yang saya
ceritakan dalam entri Pertemuan Di Pulau Gezambo, kami berkesempatan bertemu Norshahida Said
serta adiknya, Nor Samira. Si kakak memperkenalkan anak
sulungnya [berusia 16 tahun]kepada kami manakala Samira hanya memperkenalkan
senyumnya ……
Mariam
Ismail, ibu saudara Rohana dan Aznan Jalil sambil mendukung anak kecilnya
juga muncul bersama anak-anak Pak Said itu. Sibuk nampaknya adik tuan rumah ini.....Terlupa pula bertanyakan tentang
adiknya Hindon,
yang juga pernah belajar di AlFalah.
Zul dan Mariam |
Sambil berbual, sempat saya menghubungi Budak Batas Paip, mengajaknya ke kenduri di Changlon. Sebelum itu, dua hari lalu, dia memaklumkan tidak dapat pergi kerana ada tiga undangan kenduri yang perlu dipenuhinya, termasuk dua yang kami telah pergi itu. Setelah memastikan dia telah pun memenuhi semua undangan tersebut, saya mengajaknya ikut ke rumah Sofi Ahmad itu. Sekurang-kurangnya dapat merapatkan hubungan sesama budak Falah…..
Kerana amat baru menelan nasi di rumah Ustaz Husin, kami
hanya mampu mengisi perut dengan semangkuk bubur. Zulkifli Shamsuddin, suami
Mariam yang membawa kami bertemu Rohana di khemah tersebut, mengangkat tiga
gelas minuman untuk kami. Sibuk sungguh dia. Ke sana ke mari. Sempat lagi
mempelawa kami merasai nasi bersama gulai ikan mambu/kayu/tongkol yang baru
masak malah bersedia mengangkat kepada kami. “Tadi ikan temenung dengan
pelotan, ‘ni ikan mambu pula,” katanya, ramah sambil tersenyum puas “kiranya
ayam tak berapa laku hari ‘ni…”
Kami, terutamanya saya, terpaksa menolak. Malu kepada perut yang dalam masa tidak sampai dua jam telah dibawa ke tiga acara makan-makan itu….. Terima kasih untuk Zul . “Bila nak mai pulak macam malam ‘tu?” bisiknya kepada saya semasa beriring keluar dari khemah tetamu. Dia merujuk kedatangan saya bersama Budak Batas Paip pada satu malam Jumaat, dua minggu sebelum itu. “Cari Yam mengamuk!” kata saya bergurau. “Dak aih….”balas Zul, “mai la pulak….” Saya hanya mampu tersengih walaupun ada juga niat untuk berkata,” Akan ada lain kalinya…..Tunggulah!”
Dalam pada itu, Budak Batas Paip menghantar pertanyaan samada muat dan boleh membawa anaknya bersama kerana anak Sofi adalah rakan seMaktab Mahmud. Saya membalas, jika samatuanya ingin mengikut pun tidak menjadi hal, kerana sememangnya hanya tinggal saya dan Cikgu Rahim di dalam kereta kelak. Zairi terpaksa dihantar balik ke Alor Ibus kerana telah berjanji untuk bersama-sama menantu emaknya menghadiri kenduri keluarga besan emaknya di Kangar, Perlis....
Ketika melangkah pulang, Zul berlari membawa tiga balang kaca mini mengandungi makanan ringan sebagai buah tangan. Mujurlah balang mini... Sekali lagi untuk Zul: Terima kasih.
Untuk Pulau Gezambo: Selamat tinggal......
Ketika melangkah pulang, Zul berlari membawa tiga balang kaca mini mengandungi makanan ringan sebagai buah tangan. Mujurlah balang mini... Sekali lagi untuk Zul: Terima kasih.
Untuk Pulau Gezambo: Selamat tinggal......
..sambungannya nanti.....
2 comments:
Bukan azman..yg mnyanyi brsama .hussein ttp .azrin
silapla tu. terima kasih atas pembetulan. tapi bukan Azrin, ejaannya Azren..
Post a Comment