16 May 2013

Sendiri Kesepian......

Sunyinya menjadi penanti......

Dia yang saya kenali dan sering hadir dalam mimpi, masih menghindar lagi. Panjang sungguh demamnya.
Tidak mengapalah. Biar benar kebahnya dahulu.

Sebagai mengubat resah hati, saya pergi ke satu tempat yang pernah kami kunjungi bersama dahulu. Semoga tercuit kembali detik-detik manis dahulu....hehehe. Mana lagi kalau bukan ke tempat kami menikmati ais kacang salji.

Lama tempat itu tidak dijengah. Banyak perubahan yang tidak saya tahu. Agaknya 'dia' pun belum tahu juga.

Paling ketara sudah ada van khusus bagi memenuhi permintaan peminat yang berhajat mengadakan jamuan ais kacang salji di tempat mereka - sekolah, asrama, jamuan harijadi malah kenduri kahwin.

Sudah ada laman di muka buku pun. Taip saja aiskacangsalji. Jumpalah.


Saya memilih salah satu dari empat meja bulat di tengah kedai. Bersendiri, eloklah dipilih meja begitu. Tidak mengganggu orang yang berpasangan atau berkeluarga yang seronok menikmti ais kacang bersama nasi ayam, moi sup, bihun sup serta sepupu sepapatnya.

"Ais SATU, nasi ayam SATU. Meja BARU!" laung pembantu kedai yang mengambil tempahan di meja saya kepada rakan setugasnya. Meja baru? Barulah saya perasan: kiranya saya duduk di satu set baru di kedai itu. 'Dia' tentu juga belum mendudukinya....

Menggagah untuk menghantar mesej kepadanya, takut tergnggu pula terapi yang sedang dilaluinya setelah demam yang panjang..... Mahu atau tidak, tempahan yang tiba ke meja terpaksalah dihadapi sendiri.


Ais kcang salji kali ini terasa tawar. Maklumlah, 'dia' tiada lagi di sisi.......

Semoga 'dia' cepat kebah.

Namun, kalau sudah takdir, siapakah kita untuk mengubahnya.....

Kini, saya pula yang demam apabila ditunjukkan fotonya riang menikmati kuetiau Iman di Taman Pandan, Alor Setar bersama insan lain.

Sampai hati.......

No comments: