31 May 2013

Makan Bersama Pak Ustaz


Bab makan lagi!
 
Entah tuan kamera mana yang sudi mengambil foto Cipher sedang menikmati laksa.  Ini majlis jamuan yang amat ringkas – laksa semata berulamkan air oren segelas kecil. Mungkin sempena cuti penggal pertama persekolahan. Kalau untuk cuti hujung tahun, apa kelas setakat laksa bujang ……..

Lokasi masih di dewan AlFalah. Cumanya berbeza waktu dengan foto di bawah ini yang dicatatkan pada entri Blues Hari Guru: 1Agenda……Dalilnya mudah sahaja. Pada foto di bawah ini Pawang Nujum dan Zack sedang menjamah nasi, bukan laksa. Satu lagi keadaan dinding papanlapis mudah-alih yang menjadi latar belakang. Dalam foto di bawah ini, dua poster masih terlekat elok. Manakala bagi foto di atas, salah satu poster telah lekang gamnya……
 
Berbalik kepada foto awal tadi.

Berbaju biru itu – terutama bagi pembaca yang bukan Budak Falahlah – adalah Ustaz Ahmad Fairose Hj Azizan, rakan sekoleh Cipher yang ditakdirkan menjadi mudir AlFalah pada usia 23 tahun! Beliau diamanahkan menyandang tugas tersebut berikutan kematian babanya, Ustaz Hj Azizan bin Hj Mustaffa pada tahun 1985. Beliau bukanlah cacat, walaupun anda mungkin nampak hanya kaki kanannya…...

Sedang memerhatikan gelas setelah melakukan tegukan terakhir itu pula adalah Ustaz Zahari Ahmad. Bekas pelajar AlFalah pada tahun 1960-an ini, mulanya bertugas di Langkawi setelah menamatkan pengajian lanjutan di Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau bertukar ke AlFalah selepas pemergian Ustaz Azizan, dan pernah menjadi Penolong Kanan, sehingga zaman gerhana AlFalah pada awal alaf ketiga,  lalu bertukar pula ke SMA Sungai Limau, sehingalah sekarang.

Paling kanan di dalam foto tersebut adalah Ustaz Abdul Hamid Ismail. Pakar nahu yang lama di AlFalah bersama anaknya, Cikgu Mohd Faisol, sebelum bertukar ke SMA Fauzi. [Semoga Allah sentiasa merahmati roh Ustaz Mid yang telah lama meninggalkan kita. Amin].

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
Ayah saya pernah belajar di Falah. Katanya, Ustad Firud, Ustad Zahari dan Ustad Mid pernah mengajarnya.
Yg cikgu tu, Cikgu Din, bukan?
Ayah baru tahu Ustad Mid sudah meninggal. AlFatihah untuk ustad ayah saya itu.