Bab makan lagi!
Entah tuan kamera mana yang sudi mengambil foto Cipher
sedang menikmati laksa. Ini majlis
jamuan yang amat ringkas – laksa semata berulamkan air oren segelas kecil.
Mungkin sempena cuti penggal pertama persekolahan. Kalau untuk cuti hujung
tahun, apa kelas setakat laksa bujang ……..
Lokasi masih di dewan AlFalah. Cumanya berbeza waktu dengan foto
di bawah ini yang dicatatkan pada entri Blues Hari Guru: 1Agenda……Dalilnya mudah sahaja. Pada foto
di bawah ini Pawang Nujum dan Zack sedang menjamah nasi, bukan laksa. Satu lagi
keadaan dinding papanlapis mudah-alih yang menjadi latar belakang. Dalam foto
di bawah ini, dua poster masih terlekat elok. Manakala bagi foto di atas, salah
satu poster telah lekang gamnya……
Berbalik kepada foto awal tadi.
Berbaju biru itu – terutama bagi pembaca yang bukan Budak
Falahlah – adalah Ustaz Ahmad Fairose Hj Azizan, rakan sekoleh Cipher yang
ditakdirkan menjadi mudir AlFalah pada usia 23 tahun! Beliau diamanahkan
menyandang tugas tersebut berikutan kematian babanya, Ustaz
Hj Azizan bin Hj Mustaffa pada tahun 1985. Beliau bukanlah cacat,
walaupun anda mungkin nampak hanya kaki kanannya…...
Sedang memerhatikan gelas setelah melakukan tegukan terakhir
itu pula adalah Ustaz Zahari Ahmad. Bekas
pelajar AlFalah pada tahun 1960-an ini, mulanya bertugas di Langkawi setelah
menamatkan pengajian lanjutan di Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau bertukar ke
AlFalah selepas pemergian Ustaz Azizan, dan pernah menjadi Penolong Kanan,
sehingga zaman gerhana AlFalah pada awal alaf ketiga, lalu bertukar pula ke SMA Sungai Limau,
sehingalah sekarang.
Paling kanan di dalam foto tersebut adalah Ustaz Abdul Hamid Ismail. Pakar nahu yang lama di
AlFalah bersama anaknya, Cikgu Mohd Faisol, sebelum bertukar ke SMA Fauzi. [Semoga Allah sentiasa merahmati roh Ustaz Mid yang telah lama meninggalkan kita. Amin].
1 comment:
Salam.
Ayah saya pernah belajar di Falah. Katanya, Ustad Firud, Ustad Zahari dan Ustad Mid pernah mengajarnya.
Yg cikgu tu, Cikgu Din, bukan?
Ayah baru tahu Ustad Mid sudah meninggal. AlFatihah untuk ustad ayah saya itu.
Post a Comment