Seperti tahun lalu,saya menerima beberapa panggilan dari beberapa bekas pelajar AlFalah, berselang dengan pertukaran teks ringkas. Selain berkisah berkisar tentang anak-anak dan pasangan, mereka bertanya seputar majlis sambutan hari raya pada 11 Ogos lalu.Terima kasih kepada pengedar nomborhape{slanga jiran seberang}saya.[Kerana sama dengan tahun lalu, maka saya ambil catatan tahun lalu dan dibawa ke tahun ini, dengan sedikit pengubahsuaian foto dan nama....Eleh, lagu pun ada yang digubah semula dengan pengubahan lirik juga....Tiadapun yang menyaman...]
Setepat mungkin saya ceritakan tentang majlis itu - sejarah dan inisiatif yang diambil, persiapan awal serta cabaran, perjalanan dan suasana majlis. Bagaimanapun pendek-panjang cerita itu bergantung kepada nilai kredit yang diizinkan oleh syarikat telco mereka.......
Kebanyakannya melahirkan rasa kesal kerana ketika perjumpaan itu berlangsung, mereka baru memasuki hari pertama bekerja setelah beberapa hari bercuti raya. Memikirkan hal inilah ada cadangan agar perjumpaan tahun hadapan diawalkan, sekitar dalam tempoh cuti yang ada... Kalau ikutkan saya, hari raya pertama lagi patut diadakan - tapi tolonglah jangan ikutkan saya .....
Ada satu soalan popular dari mereka: Pelajar dari batch tahun itu-ini ada atau tidak?. Kerana ini bukan perhimpunan mingguan sekolah di mana para pelajar beratur mengikut kelas, tidaklah dapat saya menjawab secara tepat........Penyelesaian mudahnya: Tahun hadapan, datanglah, nescaya anda akan dapati sekurang-kurangnya seorang pelajar dari batch anda akan ada......Pasti!
Cerita salah seorang dari mereka cukup menyentuh, lalu memberi bahan untuk catatan ini. Dia ingin turut serta pada petang Ahad 4 Syawal itu. Namun, sebagai isteri yang baik, dia terpaksa melupakan saja keinginan tersebut, meski jarak antara rumah dan dewan yang disewa tidak pun lebih daripada 3km. Suaminya bukan setakat tidak mahu ikut malah tidak pula mengizinkan dia pergi bersama anak-anak. Alasannya? Biarlah. Itu tidak lagi mustahak. Tekalah atau ciptalah apa saja, andai kita berada di tempat suaminya........
Cerita biasa itu menimbulkan keinsafan diri ini. Maafkan saya wahai suami dan isteri kepada bekas budak Falah! Saya terlupa untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian anda mengizinkan suami atau isteri memeriahkan majlis petang itu. Berganda pula terima kasih kepada suami atau isteri yang ikut serta sebagai pasangan kepada budak Falah itu. Tanpa sokongan dan restu anda, Dewan Awam Taman Bersatu petang itu tentulah hambar dan hampa....
Di sebalik kejayaan sesuatu pasti ada sesuatu yang menjadi pendorong ....
Demikianlah juga dengan kejayaan - kalau boleh, dan harap bolehlah dikatakan begitu - majlis tersebut.
Ketika kita bercerita tentang semua petugas cemerlang yang memungkinkan majlis itu lancar, kita berterimakasih kepada mereka, termasuk yang di dalam kumpulan wira/wirawati yang tidak didendang.
Rupanya senarai wira/wirawati tidak didendang itu tentulah lebih panjang, mengambil kira suami atau isteri mereka.
Bukan semua yang mahu atau berpeluang untuk mengerah tenaga dan keringat demi menjayakan majlis. Maka tanpa sokongan dan restu pasangan, setinggi mana pun semangat seseorang itu, tidak akan ke mana halanya. Jadi sewajarnyalah pemberi restu dan sokongan dari belakang itu dihargai.
Meski ada 'sama tua'' yang tidak datang, kerana komitmen yang berbeza, pada musim perayaan pula, ucapan penghargaan dan rasa terima kasih ini tidak berkurang terhadap mereka.
Maliana |
Sekadar selitan, izinkan saya menyebut beberapa nama - bukan bererti nama yang tidak disebut terluak pula nilai sumbangan mereka....
Bagaimana kalau Awie Siti, yang keletihan menguruskan perniagaan yang mencanak naik, dinasihatkan isterinya agar membatalkan sahaja niatnya untuk meraikan majlis?
Bagaimana mungkin Datuk Seri AMan Jaya dapat hadir pada petang itu tanpa sokongan isterinya? Bagaimana kalau bermula pada tengah hari itu, isterinya merancang awal untuk beraya di rumah sepupu kepada adik angkat kepada bakal besan kepada abang kepada guru tadika anaknya yang mengadakan rumah terbuka? Namun mereka datang bersama anak, siap dengan kamera besar....
Hamzah Casablanca |
Syarifah dan suami serta anak |
Norrezini Nayan juga berpeluang untuk bertemu ustaz kesayangannya itu, setelah meninggalkan majlis lain. Dia boleh untuk tidak datang dengan mengemukakan satu alasan mudah tetapi tidak berbuat begitu. Pasti dia rasa berbaloi dengan kedatangan pada petang itu setelah memperoleh izin suaminya..
Mariam dan anak |
Ly Aruzaly |
O T A I |
Cikgu Hasnah/Khadijah |
Begitu pula dengan kemunculan pertama kali Cikgu Hasnah Zaini Hj Nawawi, Ustaz Md Daud Daie serta kedatangan kali kedua Ustaz Hj Ahmad Fairose Hj Azizan bersama isteri dan anak-anak. Cikgu Khadijah serta anaknya juga hadir buat kali kedua - mengetepikan sementara beberapa kenduri....
Kepada sesiapa juga yang pasangannya adalah bekas Budak Falah, terimalah hakikat - mereka tidak akan terhenti setakat 11 Ogos lalu..... Sokongan dan restu serta izin anda akan terus ditagih.
Demikianlah rayauan fikiran tatkala mendengar keluhan seorang bekas pelajar yang tidak berkesempatan untuk menyertai majlis pada tahun ini. Mungkin peluang itu akan muncul pada tahun berikutnya. Insya Allah.
Jumpa lagi..... |
No comments:
Post a Comment