13 August 2013

Ada Lagi Yang Aku Simpan......



Antara klip paling akhir saya siapkan. Sekitar jam 4 pagi Ahad, 11 Ogos, sejam selepas pulang bersama Cikgu Non dari persidangan pra-majlis di Restoran D'Samila.

Lagu ini cukup berkesan kepada saya sebaik kali pertama mendengarnya beberapa tahun dahulu. Kerana tiada dj bertugas pada satu awal pagi itu, sebaliknya terus dimainkan tanpa henti beberapa lagu, saya tidak tahu judul lagu tersebut. Cuma suara penyanyinya saya kenal - Syed Ismail Syed Ibrahim.

Muziknya mengasyikkan. Sebaik kali kedua dilantunkan lirik tulisan JS Kevin

Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu mana mungkin lupakan
Aduhai saudara



terus saya teringatkan AlFalah dan warganya, sedangkan saya mendengarnya di radio tatkala sedang mengikut beberapa rakan memancing di atas chalet terapung di Teluk Bayu, Bukit Kechil, Sungai Petani.....

Rakan-rakan tadi tiada sebarang hubungan dengan AlFalah, tetapi saya hanyut menghayati lirik itu sambil membayangkan AlFalah dan warganya dengan saya ada bersama....Mereka kehairanan melihat saya tiba-tiba terdiam setelah beberapa minit lalu rancak bersembang. Sebetulnya saya sedang rindukan suatu AlFalah dan warganya yang dulu......

Sebaik nampak beberapa foto lama dinaikkan oleh Zul Majdi, tetapi tidak sempat dimuatkan di dalam klip lain, timbullah ilham untuk menghasilkan klip berdasarkan lagu tersebut.

Satu kepuasan apabila klip itu berputar pada hari perjumpaan itu....

Saudara,
adakah lagi yang kausimpan
adakah lagi yang kautinggalkan?
mana mungkin kita lupakan kenangan itu?


No comments: