Dua lagi klip yang Cipher sediakan.
Ahlan wa Sahlan khusus untuk semua yang hadir. Lagu era 60-an dari kugiran D'Acrobats. Semua foto, kecuali dua, adalah dari perjumpaan raya di SK Taman Bersatu tahun 2013 lalu. Dipilih sebagai lagu pembukaan di dalam program penayangan klip. Sempat dimainkan beberapa kali dalam riuh-rendah suara tetamu, terutama suara kanak-kanak. Maaf, kerana masalah kedudukan dewan dan khemah yang tidak bersesuaian sangat dengan acara ini. Kalaulah acara itu berlangsung di dewan seperti tahun lalu...
Lemak Manis nyanyian Cikgu Roslan Madun, sengaja saya tujukan kepada Chik Mila, pemilik kebanyakan foto bagi acara perjumpaan tahun lalu. Sengaja untuk mengusiknya yang masih solo. Lagi pula, banyak foto terselit wajahnya. Jadi saya pilih beberapa keping untuk dimasukkan ke dalam klip. Dia bersama beberapa kakaknya di AlFalah terlibat dalam penyediaan juadah hinggalah pada hari kemuncak. Dia menyimpan banyak foto perjumpaan Idulfitri pertama dan kedua.Dua tahun itu dia bergambar berdua dengan Cikgu Non, seperti yang saya selitkan di penghujung klip.
Tahun ini kali ketiga dia menyertai perjumpaan, tidak lupa, siap dengan kamera lagi. Mungkin banyak sudut berhasil dituai dari lensanya. Adakah lagi fotonya berdua dengan Cikgu Non? Kita tunggu...
Tersengih dia tatkala saya dan Hamzah Casablanca memaksanya menonton klip khas itu seketika di dalam dewan perjumpaan raya kelmarin. Siap mengugut untuk pulang sahaja, kerana malu.....hehehe.
Tapi Chik Mila sporting lagi supporting!
Semoga dia tidak marah dengan penyiaran klip di blog ini. Untuk tatapan kita-kita. Kalau dia marah, jangan saman, hanya beritahu, saya akan buangkan.....
Sopan santun anak melayu,
senyum terukir, senyum terukir bila disapa;
senyum terukir, senyum terukir bila disapa;
Dalam pantun, kukirim rindu,
Rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata.
Lemak manis, ala amboi-amboi,
Rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata.
Lemak manis, ala amboi-amboi,
santan kelapa, ala amboi-amboi;
Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis ,ala amboi-amboi .
anak siapa ……
Pohon sena, pohon meranti,
Di tengah-tengah, di tengah-tengah buluh perindu;
Adik di sana, abang di sini,
Di tengah-tengah , di tengah-tengah rindu menderu .
Di tengah-tengah, di tengah-tengah buluh perindu;
Adik di sana, abang di sini,
Di tengah-tengah , di tengah-tengah rindu menderu .
Lemak manis, ala amboi-amboi,
santan kelapa, ala amboi-amboi;
Ku pandanglah manis, ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis, ala amboi-amboi .
anak siapa ……
Hujan di hulu tak reda-reda ,
Ributlah turun, ributlah turun bertalu-talu;
Abang di hulu, adik di kuala
Kuhanyut rindu, kuhanyut rindu dalam perahu....
Ributlah turun, ributlah turun bertalu-talu;
Abang di hulu, adik di kuala
Kuhanyut rindu, kuhanyut rindu dalam perahu....
Lemak manis, ala amboi-amboi,
santan kelapa, ala amboi-amboi;
Ku pandanglah manis, ala amboi-amboi .
Ku pandanglah manis, ala amboi-amboi .
anak siapa ……
No comments:
Post a Comment