Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Benar. Saya kehilangan kata-kata.
Ketika sampai di muka pintu dewan, masih di atas motor,
dengan kiri kanan berdiri warga atau keluarga AlFalah, saya nampak Ustaz Md
Daud Daei sedang berucap. Dia mengangkat tangan, menggamit saya. Ramai menoleh ke arah saya, termasuk bekas cikgu AlFalah, berkacamata, berbaju biru yang sedang duduk di kerusi belakang di dalam dewan. Hehehe.Saya parkir
motor betul-betul di depan pintu masuk itu, sebelum sedar diri dan menolaknya
ke tepi sedikit.
Bait pertama lagu M Nasir di atas benar-benar saya alami kali
ini. Saya hampir kehilangan suara. Kerongkong terasa berduri tatkala bersalam dengan
semua yang berdiri di depan dewan. Ada Sofiahmad Din, ada Pawang Nujum, Lutfi
Yunus, Awie Siti, Rohimi dan beberapa anak-anak……
Saya masuk ke dewan, berdiri di belakang, mendengar ucapan
Ustaz Daud yang nyata terharu dengan perjumpaan raya berkenaan. Dalam riuh
suara anak-anak dan tetamu, masih dapat didengar betapa Ustaz Daud menghargai
detik seperti ketika itu, betapa dia rindukan murid dan rakan guru yang lama
tidak ditemui. [Lucu pula apabila Ustaz Daud meminta sesiapa yang mengenalinya
mengangkat tangan, maklumlah banyak generasi sedang berada di situ…] Nama saya
dan Cikgu Rahim antara yang saya dengar, malah sempat dia bertanya saya di manakah
Cikgu Rahim. Diberitahulah kepada seluruh isi dewan, bahawa Cikgu Rahim berada
di Paya Keladi [setelah tersilap hari, seperti yang saya catat sebelum ini].
Selepas ucapan Ustaz Daud, Yaya – siapa lagi… hehehehe - selaku
pengacara menjemput semua menikmati hidangan. Kiranya saya terlepas mendengar
suara Pawang Nujum dan tauke Syabibah Enterprise yang khabarnya diminta memegang
mikrofon sebelum itu. Ramai bergerak ke luar dewan, di bawah khemah, di mana
tersedia dua meja panjang penuh dengan juadah. Saya masih di dalam dewan,
berbual dengan beberapa orang selain melihat Hamzah Casablanca menayangkan klip
di layar…
Meriah.
Kalau mahu disimpulkan dengan satu patah kata, itulah
perkataan spontan yang boleh saya berikan. Majlis sederhana sahaja, tetapi bagi
saya, memadailah demikian. Kalau datang semua yang saya senaraikan dari
Peralihan 1983 hingga Tingkatan Satu 1999, di dalam blog ini, mungkin kami kena
lari ikut selut Selat Melaka yang hanya sekilometer lebih dari tapak dewan itu…..
Sukar untuk menggambarkan secara tulisan keadaan di situ.
Jadi mana yang tidak saya sentuh, maafkanlah…..
Rafidi Romli datang buat kali kedua. Demikian pula Ashadi
a.k.a Bedun dari Bukit Selambau.. Sofiahmad Din, Badarudin Saad, Che Hasnah
Derani. Emzeqlina Saad,Cikgu Siti Khadijah ……. Sharifah Maryani muncul kali ini
dengan suaminya yang kebetulan tinggal di kejiranan saya dan Cikgu Non… Ustaz
Fairose datang bersama isteri, Ustazah Bushro Md Akhir dan anak-anak ketika
majlis berjalan lebih separuh. Mel tentulah dengan samatuanya Ashiqin Hassan…[Lutfi
Yunus tidak saya pasti kali kedua atau ketiga…]
Selain Ustaz Daud, tetamu kali pertama termasuklah Rohimi,
Awie Siti, Nurezzini [yang membekalkan dua gorengan], Zairul Anuar Zairul, Shabudin
Azizan, Shahidan Kedah, Sazaziz Saad, Mohamad Sayuti, Mustadi, Maliana Fazi, Mohd
Nasir Hassan, Lutfi Kola, Fazlan Rashid,
Roslan Bakar, Suwita Don [tahun lalu Suwita datang ketika majlis sudah
bersurai], Umie Mohamad, Ira Man, Aswad Lorongmayat dan adiknya Asnisah, Azura
[samatua Saiful Adly],Nazri Shuib, Zamri Zain,Fauzi Othman, Abdul Malek dan
Datuk Seri AMan Jaya. Tidak ketinggalan penampilan sulung Cikgu Hasnah Zaini Hj
Nawawi. Cikgu ini tidak kami temui semenjak meninggalkan AlFalah hampir dua
dekad lalu… [kini bertugas di SK Jeniang].
Yang tidak pernah ketinggalan buat kali ketiga berturut-turut
tentulah ada. Selain pasangan Zul/Yam, Fahrul dan Hamzah bersama samatua
masing-masing serta Yaya/Ly Aruzaly, ada Rosmida Man dan kembarnya Siti Nor.
Chik Mila, selaku jurugambar, tetaplah ada selain ahli keluarga Pak Said
[walaupun Hasliza dan Nurul Husna datang agak lewat berbanding Samira dan Shahida].
Ustaz Husin Lateh,
Demikianlah yang sempat saya ingat, yang kebetulan bercakap
walau sebentar dengan saya. Ada sekurang-kurangnya seorang yang tidak sudi
menegur [dan saya tahu dia budakFalah pun berdasarkan panggilan namanya oleh
rakan-rakan……]
Selain nama yang saya catat di atas, turut mengharukan juga
adalah kesudian mereka membawa samatua masing-masing serta kesediaan pasangan
masing-masing itu meluangkan masa bersama. Dengan disertai anak-abak lagi.
Secara peribadi, saya tidak kenal samatua siapa, melainkan cuma beberapa orang….
Maka maafkanlah saya jika tidak bertegur sapa. Namun jauh di sudut hati, saya
menghargai mereka semua. Tanpa isteri, mana mungkin seorang lelaki bergelar
suami…… [Tak percaya tanyakan pada Sazaziz Saad] Tanpa suami, mana mungkin
seorang perempuan bergelar isteri…. {Tak percaya, tanyakan pada Chik Mila atau
Asnisah} Hehehehehe. Apologi untuk tiga budak Falah yang masih seperti Datuk
Lee Chong Wei di dalam gelanggang itu - masih
dalam acara single……belum mahu menyertai acara mix-double [bergu
campuran]….hehehehe. Tak aci marah, ya….
Sesungguhnya sokongan sedemikian – dari samatua – amat kita
perlukan dan disanjung. Izin dan reda anda menambahkan berkat pertemuan sesama budak
Falah. Terima kasihj daun keladi….
Terima kasih daun dari pokok yang sama juga ditujukan kepada
semua yang di sebalik tabir dalam menjayakan pertemuan petang raya keempat itu.
SEMUA. Dari yang menempah dewan, mengisi dewan, memungkinkan meja makan tidak
kosong, sehinggalah membersihkan sekitar dewan di pnghujung acara. Mahu disebut
satu persatu, tetapi cukuplah saya dedikasikan lagu Biarku Menjadi Lilin yang
tidak sempat klipnya dimainkan di dalam dewan… [Nanti Hamzah akan muatkan dalam
fb Alumni…]
Biarku
menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
…………………
Aku tak
kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Allahlah yang akan mengganjarkan anda…….. Dari insan biasa, sekali
lagi, terima kasih daun keladi…..
Kepada yang tidak dapat hadir, apalah daya kita…. Allah telah
tentukan… Semoga kita dipertemukan pada perjumpaan akan datang.. Bagi saya,
meminjam sedikit bahasa nenek moyang Wayne Rooney dan Putera William: if
still around….. Insyaallah.
Banyak lagi yang boleh saya catat. Tetapi untuk entri ini
cukuplah setakat ini. Biar saya layan foto dan memori di dewan bersebelahan
Masjid Taman Bersatu itu sehari dua….
Izinkan saya melagukan sedikit lagi nyanyian M Nasir di awal
tadi kerana rasa bahagia yang amat sangat…..
Entahkan
kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku
percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
No comments:
Post a Comment