Jangan hairan dengan tajuk entri ini.Saya cuba muatkan satu klip untuk melihat samada boleh ditonton atau tidak. Hendak tulis tajuk seperti tajuk lagu, nanti ada orang kesan bab hakcipta lagu pula....
Inilah salah satu klip yang saya minta Hamzah Casablanca naikkan di laman fb Alumni AlFalah, sebagai peneman mengingati detik bersama di perjumpaan kelmarin.
Malangnya, Hamzah sempat naikkan dua tapi dari klip yang sama. Selepas itu, kami berpakat mahu naikkan bersama, malangnya timbul isu hakcipta audio. Facebook tidak bertanggungjawab tentang itu, dan jika engkar juga, akaun kami akan ditutup, akhirnya. Terpaksalah kami urungkan dulu niat asal.
Maka saya mencuba di dalam blog pula. Kalau ok, mungkin anda kena cari semua klip itu di sini, tetapi mustahillah serentak semuanya. Takut kena beku juga.
Kalau tak ok, apa daya kita. Kena salin dari tuan punya kliplah nampaknya.....
Di majlis perjumpaan kelmarin, ada seorang isteri siapa entah, meminta salinan semua klip itu. Malangnya, pada ketika Hamzah berurusan dengan saya pada malam ini baru saya teringat akan hal itu. Saya minta maaf. Hubungi Hamzah atau Cipher untuk mendapatkan salinan,ya puan. Untuk kenangan katanya...
Ada seorang lagi, isteri siapa entah, bertanya saya yang mana satu Cipher. Lucu juga. Kalau ada Budak Batas Paip, mungkin saya meminta bantuannya untuk membuat pencerahan.... Maaf, ya puan. Saya kehilangan kata-kata semasa itu. Mungkin suami puan dapat membantu menjawab bagi pihak Cipher.....
Untuk semua, nikmatilah lagu di atas. Maaf kerana menceroboh album ahli fb untuk mendapatkan foto.....
No comments:
Post a Comment