Alhamdulillah.
Segala pujian hanya untuk Allah.
Sejarah tercatat untuk blog kecil ini.
Dua tiga entri sebelum ini, serta dengan layaran terhadap entri-entri lama - agaknya dari rakan taulan yang baru tahu kewujudan blog ini - telah mencatatkan bacaan paling tinggi, sejak blog ini muncul.
Saya terkesima menjengah papan kenyataan peribadi di kamar blogger.com untuk blog ini, pagi tadi. Rupa-rupanya ada yang sudi lagi membaca, malah memperkenalkan kepada rakan, terutamanya yang pernah mengenali AlFalah dan ... Cipher. Terimakasih untuk semua.
Walaupun jumlah pembacanya tidaklah seramai pembaca blog besar dari buah fikir nama besar, namun mengetahui bahawa masih ada yang menunggu-nunggu entri baru serta melawat entri-entri yang lama di arkib, cukup untuk membuatkan saya amat bersemangat. Terima kasih. Tidaklah saya hanya syok sendiri, seperti dua tiga layangan emel yang pernah saya terima pada awal kewujudan blog ini dahulu. [Ah, satu cerita dan perkara biasa, kata teman blogger yang lebih dahulu merasai masinnya natrium klorida.....]
Sekali lagi, atau biarlah berjuta kali: Terima Kasih.
Kebetulan, di kamar saya sedang tersedia satu klip yang mahu saya dedikasikan kepada budak Falah yang memenuhi ruang dewan awam Taman Bersatu dahulu [sempena jamuan raya Idulfitri 1434 - mungkin ada yang berkata: tak habis lagi ka tentang 'tu? hehehe], terutama yang muncul bersama sama tua masing-masing. Siapa dan bagaimana pun anda, hargailah dan jangan sesekali mempersiakan si dia anda. Dia mendoakan yang terbaik untuk anda, maka bantulah dia mempermudahkan doa itu terkabul...
Saya hanya menanti detik sesuai untuk menyiarkannya. Paling awal dijangka pada pertengahan Disember, sempena kemungkinan entri keTIGA RATUS di dalam blog ini.
Tidak disangka, hari ini pun adalah salah satu detik sesuai itu. Blog Budak Falah mencatat jumlah pembaca paling tinggi sepanjang sejarah kewujudannya!
Terima kasih.
Lagunya juga saya tujukan kepada rockers yang pernah hadir di bumi Falah... Mungkin penampilan mereka sekarang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang rocker, tetapi di celah kecil lompang hatinya masih terselit jiwa rock...
Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga
Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan
Terima kasih
Kerana merantaiku dengan cinta
Kerana mengajarku erti bahagia
Menjadi manusia
No comments:
Post a Comment