Di fahamkn..sek
alfalah akn di kosongkn pd akhir tahun ni ...maka 2014...sek alfalah
bebas.....agak2 setuju x, klu majlis alumni kita di adakan di sek
alfalah......dewan sek pun dah naik harga selaras dgn kenaikn benda
lain....tolong komen sat..jgn duk jd pemerhati saja
Ummun Nisak
Y E S !!!
Y E S !!!
Sara Zam
Bdak tahfiz dh xdak dh ka kt ctu.....
Bdak tahfiz dh xdak dh ka kt ctu.....
Saiful Adly Hassan
Sahih ka Wira Islam?????? Kalau ya jawapan anda.... Saya amat bersetuju..... Nostalgia...tu bro.....
Sahih ka Wira Islam?????? Kalau ya jawapan anda.... Saya amat bersetuju..... Nostalgia...tu bro.....
Wira Islam
Mklumat dr smber boleh di prcayai
Mklumat dr smber boleh di prcayai
Wira Islam
Kak Ummun Nisak apa yes
Kak Ummun Nisak apa yes
Wira Islam
Sara Zam...ni soalan ka jwapan
Sara Zam...ni soalan ka jwapan
Ummun Nisak
Yaaaa Eden Setujuuuuu...
Yaaaa Eden Setujuuuuu...
Saiful Adly Hassan
Terbaaeek...............
Terbaaeek...............
Sara Zam
Soalan la...hihihi...
Soalan la...hihihi...
Wira Islam
Sara Zam...klu itu soalan..maknanya...soalan bocor...sbb.jawapan dah ada kat post tu...kikiki
Sara Zam...klu itu soalan..maknanya...soalan bocor...sbb.jawapan dah ada kat post tu...kikiki
Farihah Abdullah
setuju:-)
setuju:-)
Wira Islam
Amboi che ah...xprnah2 komen...tub2 komen...takut org gelar pemerhati ke..kikkkiiki
Amboi che ah...xprnah2 komen...tub2 komen...takut org gelar pemerhati ke..kikkkiiki
Sue Wan
bukan ada bdak2 tahfiz ka kat skolah 2?
bukan ada bdak2 tahfiz ka kat skolah 2?
Wira Islam
Sue...Soalan ka jwpan
Sue...Soalan ka jwpan
Farihah Abdullah
dh dpt pun gelaran tu wira oiii:-)
dh dpt pun gelaran tu wira oiii:-)
Wira Islam
Hahahaha...sultan mana bagi
Hahahaha...sultan mana bagi
Wira Islam
Sue...dah hg kata bukan....bukan arr
Sue...dah hg kata bukan....bukan arr
Saiful Adly Hassan
Bila depa keluaq? Sbb aqi sabtu bqu ni saya lalu tgk ada lg...
Bila depa keluaq? Sbb aqi sabtu bqu ni saya lalu tgk ada lg...
Wira Islam
Hujung tahun kut
Hujung tahun kut
Wira Islam
Apa pun ...info kata tahun ni last
Apa pun ...info kata tahun ni last
Pawang Nujum
Y E S
Y E S
Pawang Nujum
Y E S
Y E S
Pawang Nujum
Y E S
Y E S
Pawang Nujum
Y E S
Y E S
Wira Islam
Amboiiii...byknya yes
Amboiiii...byknya yes
Pawang Nujum
Y E S
Y E S
Pawang Nujum
Sokong sangattttttt
Sokong sangattttttt
Pawang Nujum
Terharu
Terharu
Pawang Nujum
Teruja
Teruja
Pawang Nujum
Tersemangat
Tersemangat
Pawang Nujum
Terkezutttt
Terkezutttt
Pawang Nujum
Saja ja komen banyak2. ..sbb org lain dpk perati saja...
Saja ja komen banyak2. ..sbb org lain dpk perati saja...
Aswad Lorongmayat
aku setuju!!! walaupun terpaksa redah lautan berapi hutan melintang....
aku setuju!!! walaupun terpaksa redah lautan berapi hutan melintang....
Pawang Nujum
Lautan api? Aku x mau. Laut biasa pon aku takut. Batas ban kat falah pon aku takuttt
Lautan api? Aku x mau. Laut biasa pon aku takut. Batas ban kat falah pon aku takuttt
Salahuddin Mohd Jusoh
bukan lautan api. Lautan Berapi kat Hutan Melintang, Perak nuuuuu...
bukan lautan api. Lautan Berapi kat Hutan Melintang, Perak nuuuuu...
Aswad Lorongmayat
nak balik kedah mmg kena redah kot tu......
nak balik kedah mmg kena redah kot tu......
Fahrulruzi Mohd Jusoh
setuju...............
setuju...............
Wira Islam
Cipher mcmn...setuju ka?
Cipher mcmn...setuju ka?
Membelek persoalan yang ditimbulkan Wira Islam di laman fb grup Alumni
SMA AlFalah pada petang Selasa nan redup, saya hanya tersengih. Saya membaca
komen dari separuh rakan yang sudi menjengah [setakat yang saya lihat ada 16
orang].
Saya
membiarkan tanpa niat untuk turut serta mengomen. Biarlah dahulu mereka
mengeluarkan isi hati. Namun saya tidak berdaya bertahan. Berkali-kali saya
tersedak ketika mahu menelan bubur asyura hujung Muharam di rumah sekitar AlFalah
pada malam awal malamnya. Kata orang tua-tua, itulah tandanya nama saya sedang
disebut/tulis. Benar. Pada tengah malam,
ketika membuka ruang fb Alumni AlFalah, ada nama saya ditulis orang: Cipher mcmn...setuju ka?
Patutlah…
Saya dapat mengagak dari mana Wira Islam mendapat kefahaman
tentang pengosongan yang bakal berlaku di AlFalah. Saya pasti sumber itu
tentulah Budak Batas Paip [BBP] yang mendengar maklumat yang disampaikan oleh
seseorang yang agak hampir dengan AlFalah juga. Seseorang yang tentu pula saya
kenal.
Saya tunjukkan status yang dinaikkan itu kepada Cikgu Din yang kebetulan berada di
sisi, sama-sama melayari internet. Dia menggeleng, tidak mahu komen sesuatu
yang dia tidak yakin.
Tidak yakin?
Ya, dia tidak yakin bahawa itu adalah hasil ketikan Wira Islam . Dia kenal benar bekas
pelajar AlFalah yang renjong berjanggut itu. Tiga empat tahun juga dia mengajar
Bahasa Melayu di dalam kelas . Tidak pernah diajarnya Wira Islam tulisan secara ringkas, serta tanpa menghiraukan cara ejaan Kata Khas dan
Kata Umum. Seingatnya Wira Islam seorang yang patuh.
Saya terpinga-pinga sekejap lalu merenung tepat ke mata
Cikgu Din.
“Ni mesti ada mana-mana NGO cuba sabotaj Wira Islam…” kata Cikgu Din.
Laaa… ke situ pula orang tua ini! Lain yang diangkat
menjadi isu, lain pula yang dilihatnya. Maka saya biarkan dia sendirian
menghadap komputernya – membaca kesekian kalinya novel dari seberang – Laskar Pelangi.
Keseorangan, saya teringat kepada dua situasi:
Pada pertengahan November, ketika hampir selesai
menghabiskan semangkuk bihun sup di tapak pekan sehari di belakang Restoran Dinalang [Ais kacang salji] Simpang
Empat, bersama bapa saudara, saya berkesempatan berbual dengan Hesba Tgb. Dia muncul bersama samatuanya. Setelah
berbual tentang beberapa perkara, dia mengingatkan saya untuk segera
memberitahunya jika dan tatkala mengetahui perkembangan terkini AlFalah. Suara dan wajahnya kalau
mahu dirangkumkan kepada hanya satu perkataan tatkala berpesan begitu ialah
:TERUJA. Saya pun hanya boleh berjanji…
Dua tiga malam kemudian, dalam perbualan yang pelbagai
tajuknya di sebuah kedai makan yang diuruskan oleh warga dari negara pimpinan
Yingluck Shinawatra di utara sana, hal yang sama berbangkit. Bersama Saiful Adly Hassan dan Mohd
Nasir Hassan [bukan dua beradik], saya sempat menceritakan impian jika
dan bilamana AlFalah sudah tidak lagi di tangan orang asing itu…
Demikianlah.
Kini hal kawasan AlFalah dikosongkan dari dihuni pelajar
tahfiz timbul semula. Jadikah?
Sekitar jam 9, saya meredah kelam malam bagi mencari kesahihan
apa yang difahami oleh Wira Islam
itu. Jadikah bumi AlFalah dilepaskan dari belenggu pada penghujung tahun ini
yang tidak sampai pun sebulan lagi. Dengan rasa tidak sabar untuk mengetahui
duduk perkara, saya melakukan sesuatu yang gemar/mampu dilakukan oleh anak-anak
bangsa yang jauh lebih muda: mengoyak minyak!
Kelas mungkin agakmustahil akan berpenghuni kerana
kesuntukan masa. Namun sesuatu yang lain teserlah di awangan: Majlis perjumpaan
raya Alumni AlFalah tahun depan Masehi – bersamaan 4 Syawal 1435. Tentu seronok
dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan lama di tempat sebenar – tempat
bersama bergelumang dalam suka dan duka, belajar dan bermain, tempat hati mula
menjadi pengagum dan pencinta… Sambil menikmati ayam goreng serta menu lain –
termasuk ,jika mahu, makan di dalam kelas kenangan – dapat pula ditunjukkan
tempat atau sesuatu yang masih membekas di hati kepada samatua atau anak-anak…
Macam meriah jer.
Macam seronok jer.
Hehehehe.
Tersenyum pihak penganjur yang tidak pening memikirkan
dana menyewa dewan yang sering meningkat RMnya. Kalau pun ada bajet untuk itu,
bolehlah ditranformasikan menjadi menu tambahan yang lebih menyenangkan perut
tetamu…
Demikian yang saya fikirkan semasa berada di atas jalan
yang berturap cantik yang sejuk dibasahi renyai hujan yang dibawa angin timur.
Alhamdulillah. Sumber yang boleh dipercayai - yang amat
dekat dengan AlFalah - yang saya hubungi, sedia menunggu. Kami pun berbual agak
panjang dengan tajuk yang sengaja dipelbagaikan bagi menyesuaikan dengan
setekoh teh o dan dua piring makanan – satunya bubur asyura dan satu lagi kuih
puspanama.
Alhamdulillah. Daripada intipati keseluruhan perbualan
itu, saya mendapat khabar tentang AlFalah. Kedudukan terkininya. Sumber saya
ini menghuraikan dengan panjang lebar, yang perlukan beratus-ratus patah kata kalau
mahu dihuraikan pula di atas kertas atau skrin…
Namun saya lega. Sekurang-kurangnya tanda tanya yang
berkepul di kepala makin lenyap. Kelegaan tentang itulah yang saya bawa balik
pada hujung malam terakhir Muharam itu. Alhamdulillah.
Masalahnya, hingga ke awal pagi pula saya masih
tercari-cari sudut terbaik bagi menceritakan apa yang baru saya dengar tentang
AlFalah itu. Bentuk nota? Bentuk berita? Bentuk notis? Bentuk sajak?
Ah, begini sajalah.
Pihak Pusat Tahfiz Amal [yang selama lebih separuh dekad
menghuni AlFalah] telah menyediakan satu tapak bagi dibangunkan satu blok kelas
dan asrama mereka sendiri. Lokasinya di sekitar Empangan Beris, di daerah Sik.
Alhamdulillah.
Pihak Pusat tahfiz Amal [yang selama hampir sedekad
terkenal dengan kes kutipan dermanya di seluruh negara] telah membawa wakil
[peguam] pihak pemegang urusan pentadbiran AlFalah, ke tapak tersebut bagi
menunjukkan perkembangan pembinaan bangunan yang dinyatakan itu. Alhamdulillah.
Dari tinjauan yang dibuat terhadap kawasan dan bangunan yang dimasudkan, didapati belumlah
boleh digunakan untuk penempatan , apatah lagi sebagai tempat belajar. Hanya
Allah dan pihak pusat tahfiz itu yang tahu kenapa kelewatan menyediakan
prasarana itu berlaku. Mungkin kutipan derma belum mencukupi…
MAKA, dengan itu pihak pengurusan tahfiz meminta tempoh
baru untuk keluar dari kawasan AlFalah. Tidaklah lama masa yang dimahukan itu.
Sekadar SATU tahun. SATU. Bukan DUA, TIGA, EMPAT atau LIMA. Hanya SATU tahun.
Ertinya, sehingga penghujung tahun 2014 pulalah baru
mereka akan berpindah.
Ertinya, tidak ada SMA AlFalah atau yang seumpamanya ,
sepanjang tahun 2014.
Ertinya, penganjur perjumpaan raya Alumni SMA AlFalah mesti
menempah dewan awam atau dewan sekolah di Taman Bersatu.
Ertinya, dana untuk membiayai tempat perjumpaan itu
perlu dicari.
Ertinya, walhasil balik asal.
Wahai hati, bersabarlah. HANYA SATU tahun lagi. Sedangkan ¾ dekad lagi ditunggu, apalah
sangat dengan 1/10 dekad…. CUMA SATU tahun lagi! Sabarlah, ya!
Selepas itu nanti kita boleh melihat AlFalah yang dulu.
Kelas-kelas dipenuhi umat. Perjumpaan raya – malah perjumpaaan Merdeka,
perjumpaan Maal Hijrah, perjumpaan sempena peristiwa Israk Mikraj pun, kalau
mahu – boleh kita adakan di tapak bersejarah itu.
Kita boleh berjumpa dan berbual dengan kawan-kawan lama,
guru-guru lama, tauke kantin lama, serta kekasih lama dengan selesa di dewan
AlFalah yang masih seutuh dahulu itu….
Penganjur sebarang perjumpaan itu tidak perlu pening
tentang dana bagi menyewa dewan lagi!
Sabarlah, ya. Bukankah dengan fasih kita pernah
melafazkan – malah dalam bahasa Arab dan
Korea – bahawa SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN? Inilah masanya kita terus
mengaplikasikan potongan hadis tersebut…
*******
Saya membelek kalendar 2014 yang tergantung di dinding
kamar. Masih ada bau kilangnya. Dua
belas helai saya renung. Tanpa mengira pun saya tahu jumlah harinya. Kalau
bukan tahun lompat, tetaplah harinya pada 365…
Ah, tiga ratus enam puluh lima hari yang cukup panjang untuk dinanti…
Mungkin dalam tempoh itu akan ada di antara kita telah
pun dibawa pergi…
Sabarlah duhai hati!
No comments:
Post a Comment