Hanya ada satu kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Hari Selasa memang jarang orang Kedah buat kenduri. Semua pakat berebutkan hari
Sabtu dan Ahad. Sebab itu 1, 7, 8, 14,15, 21,22 Disember lalu sampai tak
terhadir semua kenduri. Paling kurang 4 kenduri. Kalau sehala atau sekawasan
masih ok tapi kalau satu di Sidam, satu di Pokok Sena dan satu di Kola memang
bermasalah….
Hari ini hanya kenduri di Alor Pulai.Tempat tepatnya, rumah kenduri betul-betul di belakang
rumah Shakiroh
Abdul Hamid .Tidak pasti pula samada calon SPM AlFalah tahun 1995 ikut memeriahkan dan meraikan kenduri tersebut.
Saya sampai ketika pengantin pun baru sampai. Kenduri di rumah
dua pupu saya - Md Saad Ismail. Perkahwinan dua anak saudaranya dari Kola yang lama kematian ibu mereka, yakni kakak Md Saad.
Dalam mencari tempat parkir diri di bawah khemah ,saya
terserempak dengan Mazlan Mansor [ustaz dari Kola] yang baru saja
saya sebut namanya kerana seiras wajahnya dengan Ustaz Zamri Hashim, mudir pusat
tahfiz di Alor Ibus, dalam entri tentang kenduri di rumah Tan Sri sebelum ini.
Saya hanya mengangkat kening kepadanya yang sedang berbual
dengan seseorang yang kedengaran slanganya macam bukan orang utara.
Saya mendapat tempat bersebelahan mejanya. Dimulakan dengan
bismillah… dan doa makan, dalam sepuluh minit pinggan tadi kembali kepada
keadaan asalnya. Tinggal bekas kuah yang tak tercapai jari…
Mazlan datang untuk bersalam tanda mahu pulang. Ada lagi kenduri
di kampung samatuanya di sekitar Kebun 500, kalau tidak silap. Ayahnya juga
datang ke meja saya. Kata Mazlan emak dan samatuanya juga hadir pda kenduri itu.
“Jadi lagu mana
dengan depa ‘ni?” tanya saya merujuk tuan rumah yang merupakan dua pupu saya
itu.
Diringkaskan, saya dua pupu sebelah ayah tuan rumah, manakala
Mazlan dua pupu sebelah emak pula. Kisahnya!
Sebaik Mazlan dan ayahnya beredar, meja saya disertai pula
oleh En.
Mohd Nor, jiran Ustaz Ghausillah. Pada hujung tahun 60-an dulu, En.
Mohd Nor ini adalah seorang guru di AlFalah, mengajar bahasa Inggeris. Kami
hanya saling bertukar anggukan dan senyuman sebagai tanda menegur.
Menunggu lebih lama di bawah khemah itu, saya berkesempatan
berbual dengan Ku
Mohd Badri Ku Saad, budak Falah [Peralihan 1983]. Dia yang saya
panggil KM,
datang bersama samatuanya, Sharifah Md Zain, dua pupu saya juga, yang
sama belajar di AlFalah… Mereka kini menetap di Kampung Pergam, Tebengau.
Selang semeja pula saya disapa oleh dua pupu saya yang lain, Mohd Shukor
Salleh. Shukor yang senasib dengan saya – kematian isteri beberapa
tahun lalu – kini tinggal di Ipoh, bertugas di hospital, adalah budak Falah
seketika pada hujung 1980-an. Bersembang dengannya kemudian, rupanya nasib kami
masih serupa – dapat berkahwin lain…
Di antara orang yang membantu tuan rumah melancarkan majlis
ada dua orang lagi budak Falah. Abang ipar KM tadi [abang kepada Sharifah
tetapi saya lupa namanya] menyapa saya dengan ramah. Begitulah tuan-puan sepupu
dua pupu zaman sekarang, nama pun boleh lupa… Seorang lagi adalah Rosli Mansor,
memang orang Alor Pulai, ada bau-bau bacang juga dengan saya, mungkin tiga
pupu. Dia yang kini turut berbakat sebagai dj di rumah kenduri pernah tiga
empat tahun belajar di AlFalah pada hujung dekad 80-an.
Di bawah khemah perempuan, selain Syarifah tadi, saya kenal
satu lagi budak Falah. Saya lupa namanya. Bertubuh tinggi dan manis senyumnya.
Saya mencari namanya hingga sekarang tetapi belum tercapai memori. Orang Alor
Pulai juga. Pernah diberitahu Cikgu Non, anak bekas pelajar Falah itu ada
belajar di sekolahnya kini di Sungai Limau. Saya jangka anaknya itu sebaya
dengan anak sulung saya dari isteri sulung kerana kami selalu bertembung semasa
menghantar anak di sekolah rendah dahulu. Isy, lupa sungguh namanya…. Astaghfirullah…
Hah! Memori dah ok. Rohani Hamid namanya. Saya tak edit perenggan ini tak apa kut, walaupun sudah tahu namanya...
Selepas makan, saya mengikut jejak emak-emak saudara yang
menziarahi ibu Shukor yang tinggal di belakang sedikit rumah kenduri. Berbual
sekitar setengah jam, hal-hal keluarga dan masa silam.
Selepas itu saya kembali ke khemah kenduri. Berbual dengan
beberapa saudara-mara termasuk KM yang masih di bawah khemah. Sempat juga
melihat kelibat Mohd
Kamal Bakar [pelajar tingkatan tiga akademik 1983 AlFalah] serta
adiknya di tempat membasuh pinggan. Seorang adik Kamal itu saya lupa namanya
dek kerana hanya memanggilnya sebagai Bakar sahaja setiap kali berjumpa, malah
di dalam kelas dahulu. Dia adalah ‘musuh’ kepada Jefri Ismail dari Kampung Perlis
semasa zaman perfalahan dahulu. Hampir setiap hari mereka saling menggiat dan
berbalah lisan. Jefri Ismail? Mungkin ada rakan sekelasnya yang lupa nama itu
tetapi mungkin ingat nama timangannya Iaq atau Et. Lupa juga? Bagaimana dengan nama lainnya
yang unik ini: Jepun….?
Kemudian saya nampak
kelibat Ustaz Ghausillah sedang makan di meja yang agak jauh dari tempat kami
duduk. Saya menghampirinya, menyapanya yang tersenyum mengangguk. Nampak sihat
dari dahulu, berbanding ketika bertemunya pada satu kenduri berdekatan rumahnya.
“Sihat cikgu noo..” katanya. Saya mengangguk dan saling mengucapkan syukur. Ketika
saya kembali ke meja awal tadi, lama kemudian saya nampak Ustaz Ghausillah
beredar. Langkahnya kemas dan tidak menunjukkan tanda keuzuran seperti yang
saya dengar.Selepas pulang dan mula mencatat ini, baru teringat untuk
bertanyanya samada tahu atau tidak keuzuran Ustaz Man di Pattani. Tak apalah.
Mungkin dia tahu dari pihak masjid – tempat Ustaz Man tidak pernah selang
mengadakan tazkirah sejam sebelum solat Jumaat…
Demikianlah.
Tidak ada apa-apa untuk dicatatkan, maka inilah yang sempat.
Meski hanya beberapa orang, sekurang-kurangnya dari kenduri yang saya hadiri
itu, ada melibatkan dan mengingatkan tentang budak Falah.
Kalau anda kenali mereka tapi sudah lupa, inilah yang cuba
saya cungkil…
Atau kalau anda kenal pun mereka, bagi yang berbeza generasi
mungkin akan tahu bahawa mereka juga pernah belajar di AlFalah. Ada banyak kes
sebegitu. Misalnya, Dom, abang Tan Sri, baru tahu bahawa Tarmizi Razak pernah
belajar di Al Falah. Benar mereka sekampung, tetapi dari lapisan umur yang jauh berbeza…
No comments:
Post a Comment