22 December 2013

Cdya 'Datang'!

Adik Cdya [sumber: Facebook] hehehehe
Entri Doa Untuk Da'ei dibaca ramai budak Falah berbanding pembaca biasa yang tidak pun mengenali AlFalah dan Ustaz Man. Saya tidak mendasarkan kepada statistik di papan pemuka [dashboard] blogger.com, tetapi lebih kepada respons yang saya terima di ruang peribadi fb serta panggilan telefon.

Saya hanya mampu menjawab seperti yang saya tahu dan sudah pun beritahu di dalam entri dan fb Alumni AlFalah. Kalau lebih 'baru' pun adalah apabila menggunakan makluman berita dari sahabat kita yang telah menziarahi ustaz di Pattani. 

Namun dari beberapa yang menelefon, saya paling teruja dengan seseorang. Selain paling lama bercakap di talian, ada sesuatu yang lain sedikit topiknya. Cerita peribadi...

Lama sungguh dia berkata-kata sehingga saya bertanya adakah dia anak atau sepupu sepapat Tan Sri Ananda Krishnan! Maklumlah, kalau setakat kenalan antara orang paling kaya di Malaysia itu, tidak akan berani dia bercakap dengan begitu panjang dan lama. Selalu yang ada hanya setakat menghantar mesej empat lima belas abjad, macamlah nilai kredit akan dipotong jika menaip lebih dari sepuluh lima belas patah kata...

Kejadian yang menimpa Ustaz Man rupanya menjadi pemangkin untuk dia berani menghubungi saya. Keberanian yang dicuba untuk ditonjolkan pada awal tahun lagi - semenjak membaca entri Biarlah Rahsia.... 

Setelah berbasa-basi sedikit serta bertanya khabar tentang Ustaz Man, dia pun menonjolkan keberanian jitu - bercakap tentang dirinya. Boleh dikatakan seperenam sahaja masanya untuk berbasa-basi serta bertanya khabar itu. Selebihnya adalah - hanyalah - bercakap tendang dirinya dan masa silam...

Siapakah dia?

Dialah Cdya

Cdya yang saya catatkan dalam Biarlah Rahsia serta dua tiga entri berkaitan [serta kemudiannya saya kampuhkan menjadi satu dalam entri Biarlah Tidak Ku]

Tetapi awal-awal lagi, maafkanlah kerana saya tetap berpegang janji, tidak akan mendedahkan nama sebenar Cdya.

Mulanya saya takut juga kerana sebaik habis bab Ustaz Man, tanpa iklan atau selingan, terus dibeloknya ke arah entri berkenaan. Takut tidak tertelan saman! 

Tetapi apabila dia menyatakan malu kepada saya dan Cikgu Non yang tahu tentang hubungannya dengan R Juna semasa di AlFalah dahulu, saya menjadi lega. 

Cdya bertanya khabar R Juna sekarang. 'Hehehehe…' balas saya. 

Cdya bertanya asal isteri R Juna dan berapa anaknya. 'Hehehehe…' balas saya lagi. 

Cdya bertanya 'luahan R Juna' dalam entri itu adakah sebenar darinya atau rekayasa saya sahaja? Saya terdiam. Bagaimana mahu saya jelaskan, ek? 

Dua kali soalan itu dilontarkan. Dua kali saya tidak menyambutnya. Bukan takut terluka tangan tetapi sedang berfikir kaedah menepisnya. 

"Kalau hanya imaginasi saya, berdasarkan sedikit cerita dari R Juna?" Saya balikkan soalan. 

"Imaginasi cikgu 85% tepat..."
  
"Kalau luahan sebenar R Juna?" saya bolakbalikkan soalan. 

"Tak acilah. Cikgu hanya dengar sebelah pihak..." katanya, seperti memberikan bola tanggung... 

"Kalau macam 'tu.... kamu nak bagi cerita pihak sebelah lagilah?" saya membuat pukulan yang tidak dikembalikan. 

Lama betul Cdya diam. Desahan pun tidak saya dengar. Mungkin dia sedang mengumpul kekuatan untuk berkisah atau cuba mencari mukadimah yang sesuai bagi kisahnya... 

Tertawa agaknya pemegang saham Maxis atau Hotlink [berdasarkan nombor hape Cdya] - telefon terpasang tetapi tidak ada percakapan. Macam orang yang bangga dapat menipu feri Pulau Pinang pula - bayar tambang pergi, tetapi balik ikut jambatan.... hehehehe. 

Sedang saya mencari salah seorang yang dengan megahnya pernah menceritakan kebanggaan dapat menipu pihak Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang [PPC] itu, saya mendengar Cdya berdehem. Dua kali, berselang tiga saat, dia menyebut 'halo', takut-takut telinga saya telah meninggalkan telefon...

"Ya. Saya menunggu untuk mendengar..." kata saya, serius, tetapi entah kenapa saya mendengar kekehan halus dari hujung yang lagi satu! 

Selepas melafazkan Bismillah, berceritalah dia sepenuh hati. 

Rupanya, 15% yang tidak saya catatkan di dalam entri awal saya itu adalah betapa Cdya menunggu R Juna semenjak tamat SPM sehinggalah dia sendiri mendapat kerja... 

Sesekali ada nada kesal, sesekali pula dia berpijak ke alam nyata - berpegang pada kehendak takdir. 

Saya juga sebak mendengar bagaimana setiap deruman motor posmen ke kampungnya diharap membawa sepucuk surat dari R Juna... setiap kali mendengar deruman. Ertinya hampir setiap harilah dia berharap... 

'Kenapa tak call saja?' tanya saya. Tetapi di dalam hatilah... Masa itu, adik kakak oi, bukan ada kemudahan macam sekarang. Ananda Krishnan pun agaknya baru membuat kertaskerja untuk berniaga dalam bidang telekomunikasi… 

Rupa-rupanya semasa mengambil keputusan peperiksaan  SPM, Cdya bercadang – bertekad - untuk bersemuka dengan R Juna. Ingin bertanya hubungan ‘kita’ mahu dibagaimanakan?

Kalau padi katakan padi,
tidak hamba tertampi-tampi;
kalau jadi katakan jadi,
tidak Cdya ternanti-nanti… 

Sehingga jam 11 Cdya menunggu. Kalau ada bayang, tentulah R Juna ada di sekitar AlFalah. Tetapi bau peluhnya pun tidak menyinggahi kawasan sekolah agama rakyat itu! 

 'Mungkin R Juna tidak mahu mengambil keputusan peperiksaan pada hari itu… atau mungkin R Juna tidak mahu berjumpa denganku..’demikian tebak Cdya. 

Sepuluh minit kemudian, dengan telahan yang masih sama, Cdya melangkah longlai meninggalkan kawasan AlFalah – buat selama-lamanya. Dia berjalan bersama-sama sekumpulan rakan sekelas sama gender. Ada perbualan sesama mereka tetapi Cdya tidak begitu memberi tumpuan. Panjang sekali dirasanya jalan tar mini dari luar pagar AlFalah sehingga ke jalan utama. Sengaja diperlahankan langkah, kalau-kalau R Juna muncul pada saat akhir. Tetapi sehingga Cdya melangkah ke atas motor ayahnya yang menunggu bersama beberapa waris lain di bawah bumbung perhentian bas di tepi jalan Batas paip itu, tiada juga kelibat R Juna. 

Empat lima bekas pelajar lelaki, kawan rapat R Juna, ikut sama pulang beremba motor membawa keputusan dan sijil tamat sekolah. Sempat lagi mengisyaratkan sesuatu kepada mataair masing-masing yang berada di sebelah atau di belakang bapa mertua bayangan mereka! Ingin ditanya kepada mereka tentang R Juna, takut juga terburai rahsia dua tahun… Lagi pula, di depan ayah, masakan berani Cdya bersuara menyoal! 

Cdya menoleh sekali ke arah deretan bangunan AlFalah yang makin menjauh ditinggalkan. 

Airmatanya tumpah. Di sekitar deretan bangunan itulah enam tahun dia bernaung –  mencari ilmu dengan menghadapi pelbagai suasana. Dan di situ – pada dua tahun terakhir – hatinya hilang, dicuri oleh seseorang! 

“Kalau saya tahu dia mai ke AlFalah lima enam minit kemudian….” Kata Cdya yang disalut dengan kesalan. Saya tahu dia merujuk catatan dalam entri Biarlah Rahsia itu… “Kalau saya tahu dia juga mencari saya…” 

“Hehehehe.. kalau diskripkan macam ‘tu, tak adalah catatan ‘tu!” saya tertawa. 

Cdya ikut tertawa. 

“Kalau mudah perhubungan macam la ‘ni, cikgu noo…” katanya. 

“Jangan dok kalau banyak-banyak…. Tak elok. Semua Allah yang tentukan….” balas saya. 

Cdya menghentikan kekehnya. 

Kemudian dia berkisah tentang mendapat kerja yang dipikul sehingga kini serta pernikahannya. 

Tentang pekerjaan, saya tidak begitu tertarik. Sekadar ‘hmm’ dan ‘oooo’ dibunyikan pada tempat yang dirasakan sesuai ketika dia berkisah. Tanda saya sedang mendengar serta tanda telefon memang dilekapkan ke pipi… 

Apabila sampai bab pernikahan sahaja saya menjadi terpesona. Selain berniat melengkapkan dengan apa yang pernah saya catat dahulu, saya ingin tahu bagaimana dia menjadikan bukan R Juna sebagai suami. 

Cdya tidak menaruh harap pada sesiapa lagi selepas R Juna. Bukan tiada yang cuba mendekati dan menawarkan hati. Tetapi dia tidak mahu menangkap angin. Dia letih untuk bermula dari A semula. Kena mengenali budi orang.Kena menyelami hati orang. Kena menjaga pula sepenuh hati sendiri. Kena menulis dan membalas surat. Kena memasang harapan…Fuh! Memenatkan! 

Maka apabila ada risikan yang serius, emaknya – melalui seorang ahli keluarga yang akrab – terlebih dahulu bertanya: “Tak adakah berkawan dengan sapa-sapa…?” 

Ketika itu soalan itu dilontarkan, hanya dia bersama ahli keluarga yang akrab tersebut berada di dalam biliknya. Tahu apa reaksi dan jawapannya? 

Dia memegang bantal, dibalingkan ke muka si penanya itu kerana di matanya, muka tersebut adalah wajah R Juna! Wajah yang ditunggu setengah dekad tetapi tidak pernah berani muncul… Wajah yang sejak kali pertama membalas surat, telah diangankan bakal mengiringinya ke usia senja, malah hingga ke akhirat!

Si penanya tepilanjat! Sesiapa pun di posisinya tentu juga begitu...

Kemudian Cdya meraung dan kerana tiada bahu yang boleh ditumpangi untuk bersandar, dia menerpa ke arah si penanya tadi, lalu memeluknya! Semua yang terpendam diluahkan dan selepas itu dia mendapat rakan berduet untuk meraung. Supaya raungan itu dapat dikedapkan bunyinya, mereka menggunakan bantal sebagai pelapik muka. Lama kemudian barulah raungan terhenti. Setelah kerongkong bagaikan dicakar dan kelopak mata berkembang. 

Malamnya, meski masih ada esakan, dia bersolat istikharah. 

Kepada Allah dia berserah. Dia pasrah. 

Seminggu kemudian dia menikah! 

R Juna tidak lagi meninggalkan sebarang bekas di hati Cdya. Di setiap sudut hanya ada suami – dan kemudian anak-anak. 

“Berapa anak ‘dah?” saya menanya. 

#@%<  ‘dah...Cikgu oi....”  jawabnya. Saya mendengar angka yang disebut Cdya. Sengaja di#@%<kan supaya pencari identiti Cdya ‘di luar sana’ terus melopong…. Hehehehe… 

“R Juna ada berapa anak?” tanyanya pula. 

“Hehehehe…” balas saya, “ ^<#>*@.... ‘dah…” 

“o…” kecil dan pendek saja ‘o’ di mulut Cdya. Sahih tidak dimuncungkan langsung bibirnya ketika melafazkan. 

“Hehehe… ingat lagi ka….?” saya menjala… 

“Tak dak makna, Cikgu oi…” jala saya tidak cukup terkembang rupanya… “Yang dok ada ‘ni pun ‘dah OK sangat-sangat…” 

“Moleklah. Masing-masing dah ada keluarga sendiri. Pakat jagalah elok-elok…” balas saya sambil menyimpan balik jala. Saya keluarkan pukat pula!

“Masa jumpa majlis raya pertama dulu ‘tu rasa macam mana, ek? Cuba habaq mai… Saya tak dak pengalaman bab-bab lagu ‘tu…hehehehe…” 

Cdya tergelak, separuh mengilai. Agaknya, Ananda Krishnan juga tergelak dan mengilai penuh. Makin tinggilah bil telefon [kalau pasca-bayar]. Kalau pra-bayar pun  sama juga… 

Sesungguhnya Cdya terkejut pada hari berkenaan. Bukan kerana berada di dalam satu dewan dengan R Juna. Cdya terkejut dengan cara yang dipilih R Juna – tidak menegur malah tidak pun mendekatinya….

“Dia malu….” kata saya. 

“Dia rasa bersalah kut, Cikgu…” Cdya boleh pula tertawa. Macam mengilai pun ada juga. 

“… dia malu kat saya. Malu dok kena kenen…hehehehe..”saya menyambung. 

“Awat pula?” 

“Sila rujuk entri ‘tu…dia tak tahu yang lama ‘dah saya tahu tentang  dia dan Cdya….hehehehe…” 

“Cikgu tahu sejak bila?” 

“Sejak baca satu surat yang tidak sampai ke destinasi….” 

“Surat sapa?” 

“… tak taula..hehehe... Tapi untuk R Juna la….” 

“Isy, tak dak aih…” 

“Ada…'nak saya bagi tau nama penuh pengirimnya?” 

“Isy, yang mana, ek..?” 

Ek tak ek tak tau...Yang nyata surat bertulisan jawi, pakai ballpoint merah…ada pantun ka lirik lagu ka di bawah tandatangan ‘tu…” 

“Hehehehe… Malunya…Cikgu ingat nooo…” 

“Insyaallah ingat…” 

“Dia tak habaq pun…” 

“Mana berani habaq? Kan ‘dah ada MOU – kalau kantoi, putus! Kan? Hehehehe” 

“Hehehe…macam mana Cikgu boleh tau?” 

“…’Dah guru disiplin rampas…hehehehe” 

Sapa guru disiplin ‘tu… Cikgu Non ka?” 

“Kena rujuk sendiri kat arkibla….” 

“Hehehehe…Apa Cikgu rasa bila terbaca surat ‘tu?” 

“Seronok sangat-sangat!” 

“Seronok? Awat?” 

“Tak sesia saya melalut dalam kelas  dan conteng buku karangan kamu….. Walaupun bertulisan jawi, tapi cantik. Ayatnya kemas, nahunya terjaga, perbendaharaan kata banyak, gantinama diri pula saya pun tak pernah guna – advance habis – Pa dan Ma...” 

Saya tidak rekodkan panjang mana masa Cdya mengekek. Kalau sebelumnya saya tidak sempat ambil nafas membalas sembangnya, kali ini barulah berpeluang.


...bersambung.... entah bila, ek?

No comments: