Awal pembukaan semula asrama AlFalah, bekalan elektrik memang tiada. Saya tidak ingat dan tahu kenapa sedangkan ketika itu Kg Perlis dan Kg Permatang Ibus (AlFalah terletak di sempadan kedua-dua kampung berkenaan) sudah lama mempunyai kemudahan asas tersebut. Mungkin bayaran wang cagaran yang tinggi atau mungkin belum tersedia pendawaian yang juga mahal atau mungkin kedua-duanya. Sekolah rakyat .....
Berkelilinglah pelajar asrama membaca buku atau membuat kerja rumah atau menulis surat kepada si dia... Kesan sampingan tetaplah ada, memandangkan pembakaran terbuka begitu. Kesan terhadap alam sekitar - kelambu dan dinding asrama, misalnya - dan kesan terhadap pengguna.....Lucunya pagi-pagi lubang hidung masing-masing jika dimasukkan anak jari pasti legam warnanya dek himpunan wasap.
Setelah elok nyalaannya, dengan sumbu mengembang sempurna, terserah kepada penghuni asramalah untuk sesekali mengepam lampu itu apabila menjadi agak malap nantinya.Tetapi pastilah ada batasnya bagi penggunaan gasolin tersebut. Almaklumlah jangka hayat pengeluaran cahayanya bergantung kepada kandungan bahan bakarnya. Melepasi pukul 10 malam, tatkala minyak tanah telah kering, tamatlah sementara riwayat lampu tersebut. Bergelaplah penggunanya. Pilihan yang ada hanyalah masuk ke dalam kelambu dan ....zzzzzzzzzzzzz (Bagi yang tak tahu tentang lampu jenis ini dan cara menghidupkannya silalah rujuk kepada yang tahu......)
Namun di antara kedua-dua sumber cahaya ini terselit pula lilin. Semasa ada lampu elektrik pun orang masih menyimpan lilin untuk kecemasan, apatah lagi di era ketiadaan hasil inovasi Thomas Alva Edison itu. Lilin seperti syarat utama untuk tinggal di asrama! Pelajar era penghujung 80-an rasanya masih ingat bagaimana mentelaah pelajaran dengan bantuan cahaya lilin.....
Sampai hari ini dia seakan trauma sekiranya terpaksa menyahut rengekan perut pada waktu malam.... Sampai hari ini, selain dia, ada seorang lagi yang tahu kejadian itu - seorang yang kebetulan berada di dapur asrama malam itu yakni saya. (Saya akan menyunting catatan ini sekiranya dia bersetuju ditulis namanya.......)
Tiga puluh tahun telah berlalu. Generasi pengguna sumber cahaya di atas yang pernah tinggal di asrama AlFalah telah pun menjadi emak dan bapa. Cubalah ceritakan kesengsaraan anda semasa itu dalam mencari ilmu. Tahniah, dan bertuahlah jika anak-anak anda memahami kepayahan tersebut......
Manisnya waktu itu.....