6 March 2012

Peralihan 1983

Saya mula mengajar kelas Peralihan selepas rehat hari pertama. Lebih 20 orang dalam kelas A dan jumlah yang sama dalam kelas B. Semuanya lepasan darjah enam sekolah rendah kecuali beberapa orang.

Ada tiga orang yang saya ingat, bekas pelajar sekolah menengah rendah namun ingin memulakan pengajian di AlFalah dari peringkat asas. Mereka ialah Fatimah Md Isa dari Selarong Batak, Sarimah Ismail dari Kg. Toktong dan Jamilah Rahim dari Alor Ibus.

Tiga pelajar datang dari Baling : Junaidah Kassim (Iboi/Tiak,Kupang), Nor Hayati Che Rose (UKK Batu 8,Tanjung Pari) dan Rubiah Baharom (Kg Rambong). Dari Changlon, ada Mohd Sofi Ahmad. Dari Bukit Raya Pun ada : Kholijah Awang (arwah).


Oleh kerana hanya lima orang pelajar dari luar kawasan, asrama masih belum disediakan. Nor Hayati, Rubiah dan Kholijah ditempatkan di rumah Paklong Awang, ayah Kak Yah, isteri Ustaz Azizan yang terletak bersempadan dengan pagar sekolah.. Mohd Sofi dan Junaidah pula menumpang  di rumah Hj Abd Rahman Yahya, Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah di Kg Hj Jamal, sekitar 2km dari sekolah. 

Selebihnya adalah pelajar dari kawasan berhampiran. Terutamanya dari Tebengau, Alor Ibus, Teluk Bagan, Teluk Bulang dan pastinya Permatang Ibus, Kg Perlis dan Kangkong.

Antara yang masih basah di ingatan ialah Asri Mansor, Hussain Tebengau, Ali Saad, Zahroni Omar, Zaiton Md Nor, Salamiah Hassan, Md Amin (Zaidi) Ramli, Mustaffa Md Noor, Zaidi Md Desa, Yasmin Md Nayan, Che Hasnah Derani, Norhayati Ramli, Farihah Abdullah, Norliza Saad, Nazri Md Fadzil, Suwita Don, Jamaliah Omar , Fauziah Salleh, Halimah Ali dan Zaiton Md Akhir........................

Namun yang agak misteri hingga kini ialah seorang pelajar dari Teluk Bulang bernama S. Kamaruddin. Saya lihat sendiri kad pengenalannya. Bukanlah berketurunan Syed sebab tak ada pula tertulis begitu untuk nama ayahnya. Apa maksud S itu?




Budak Falah: Di mana dan bagaimanapun kini, berbahagialah!