20 March 2012

Nasyid oh nasyid

Dalam majlis muhadhoroh acara wajib setiap kali adalah persembahan nasyid. Malah pernah dianjurkan majlis dengan semua kelas menghantar kumpulan nasyid. Dan nasyid semasa itu adalah sepenuhnya ala lagu padang pasir. Lagu-lagu seperti nyanyian Raihan dan Brothers agaknya tak akan dikategorikan sebagai nasyid.

Ada dua cerita saya tentang nasyid.

i


Seorang pelajar perasan ketidakselesaan saya semasa nasyid dipersembahkan. Dia bertanya dan saya menjawab. Tapi dia tidak pula menghebahkan jawapan saya lalu saya pernah dianggap anti-nasyid. 

Sebenarnya bagi saya nasyid haruslah ada hubungan antara pengalunnya dengan lirik. Sampai sekarang pendirian saya kekal begitu. Saya menolak penasyid yang hanya bertudung semasa melagukannya tetapi lepas bebas rambutnya di luar acara. Saya menolak penasyid yang melagukan keindahan Islam namun dia tidak mengendahkan keindahan itu dalam kehidupan hariannya.

Sekitar 1984/85, saya diberitahu ada persengketaan dalam diam antara beberapa pelajar lalu terbentuk kumpulan-kumpulan masing-masing. Permukaan nampak tenang namun gelodak di dalam .....?

Ada satu lirik nasyid yang berbekas di hati, namun kini agak terhakis. Antaranya (lebih kuranglah; betulkan kalau saya salah):

wahai sekalian bangsaku
marilah kita berganding bahu
tolong-menolong bantu-membantu
supaya matlamat ....(lupa)....

jangan kita iri hati
pulau-memulau keji-mengeji
....(lupa).....
...................
kelak diri kita yang RUGI!

Apabila ada kelompok pelajar yang bersengketa tadi mengalunkan nasyid ini, saya jadi mual! Itulah buktinya nyanyian tanpa pemahaman dan penghayatan.


Sejak itu saya , tak tahu bagaimana menghuraikan, tidak langsung tertarik pada nasyid. Rasa macam kosmetik, plastik dan sarkastik.

ii

Di dalam kelas Bahasa Malaysia saya menyentuh penasyid yang mengambil lagu dari album nasyid kerana menyanyikan semula tanpa mengkaji lirik sebenar. Hanya berdasarkan apa yang didengar. Terdapat dua kumpulan yang mengambil nasyid asal dari tanah seberang.

a] Satu kumpulan menyanyikan lagu Pinta dan Doa (El Suraya, Medan) yang pernah beberapa tahun lalu dirakamkan semula oleh Dato M Daud Kilau:
 

Oh Tuhanku yang telah jadikan 

diriku dari segumpal darah

Engkau juga yang mematikan

menilai amalku walau sezarah

Mungkin kerana bisingnya bunyi biola dalam lagu dari kaset yang didengar, ketua nasyid itu (Paksu Yeh Gajah Mati) menebak sendiri  sezarah sebagai sezar... sahaja. Saya mengesan kesilapan itu kerana rangkap itu dinyanyikan dua kali - pembukaan dan penutup.


b] Satu kumpulan lagi menyanyikan lagu tentang perjuangan di Asia Barat (Lubnan/Palestin). Sebuah pertubuhan Falangist (kini rujuk saja Falangist Lebanon > Sabra and Shatila massacre di Google) berada dalam nasyid berkenaan. Tetapi tekong nasyid menyebut Thalangist dengan lantang. Mungkin itu yang didengarnya dari kaset.


--Hal-hal demikian adalah lumrah. Dato M Daud Kilau pun dalam lagu Airmata ( lagu asal penyanyi Indonesia, Muchsin <Penantian Berakhir> saduran lagu Hindi  [Aa Je Tuj Koo] dari  filem Geet) menyebut Magdalela sedangkan lirik asalnya Magdalena. Magdalena bermakna kekasih, manakala magnalela.... tak tahulah.--


Bagi kes (a) saya mendapat sebuah senyuman. Dia mengangguk dan memuncungkan mulut menyebut 'O' dalam 3 harkat.


Bagi kes (a) agak unik sedikit. Kerana teguran dalam kelas agaknya dia berdendam hingga hari ini. Saya dapat merasakannya apabila dia menceritakan sikap baran saya terhadap arwah isteri kepada adik ipar saya sekarang (kebetulan rakan semaktabnya). Bagaimana dia tahu sedangkan dia dan adiknya belajar sebelum saya berkahwin lagi. Dan ceritanya tentang saya meligan isteri yang sedang memancing amat mengejutkan. Tak pernah isteri saya memancing (di dalam pengetahuan saya - ini penting kerana tanpa melihat mana mungkin saya meligan?)selama EMPAT tahun Allah jodohkan kami. Demi Allah, sehingga akhir hayatnya, tak pernah kami bergaduh hingga oarng luar tahu. Berselisih itu perkara biasalah namun sampai ada acara ligan-meligan.......


Maaf,agak emosional hari ini. 


Aduh, pahitnya waktu itu...


(Kalau ada terasa, sila rujuk Pemberitahuan pada pos awal blog ini.......)