13 March 2012

Music Chair

Lihat harga kaset ori tu.......

Setiap tahun acara ini amat dinantikan. Dua belas peserta - tiga bagi setiap rumah sukan - akan beradu nasib. Dua kategori mengikut jantina. Sebelas kerusi akan diletakkan dalam bentuk bulatan dan semua peserta akan berjalan perlahan mengelilingi bulatan itu sambil diiringi muzik dari kaset. (Kenalkan anak anda dengan kaset sebab ada anak sahabat saya yang bertanya apa itu kaset).


Pengendali kaset akan duduk membelakangkan peserta - untuk ketelusan - supaya setiap kali lagu dari kaset dihentikan, pengendali tidak dikatakan memihak. Setiap terhenti lagu, seorang peserta yang tidak mendapat kerusi kan terkeluar. Sebuah kerusi akan ditarik dan pusingan seterusnya dimulakan. Begitulah seterusnya hinggalah tinggal satu kerusi dan dua peserta yang kemudiannya menentukan siapa juara mutlak.


Setiap penyingkiran peserta atau pusingan mempunyai kemeriahan tersendiri. Makin hampir ke kemuncak suasana riuh juga memuncak.


Saya biasanya bertindak sebagai pengendali kaset. Kemeriahan sebenarnya bergantung juga kepada pemilihan lagu dan semestinya kami memilih lagu-lagu popular semasa untuk dimainkan. Antara lagu yang saya ingat pernah dipilih ialah Mawar Bukan Milikku (Razis Ismail) dan Lukisan Wajah Cinta(Pelangi) serta sebuah lagu dari kupulan Pea Bees yang bertajuk Cik Adik Sayang:
                     ................................
                     Hai cik adik
                     jangan kau menggoda aku
                     dengan berpakaian begitu


                     ..............................


                     tahukah engkau
                     cinta itu hanya mainan
                     usah membakar diri sendiri


                     .................................


                     elok kau belajar dulu
                     masa depanmu akan terjamin
                     kalaulah kita ada jodoh
                     barulah kita naik pelamin... 


Begitulah ngiangan lagu itu. Sampai kini saya mencari lagu dan kumpulan dari Terengganu itu untuk membasah ingatan dan mengimbau masa lalu.....






Sekadar info:
Pea bees (PB) unik kerana lagu-lagu mereka yang amat biasa. Lihat tajuk lagu:
  1. TLRC (teh lambung roti canai)
  2. Jeruk Petai
  3. Sambal Belacan
  4. Rokok?
  5. Burger Malaysia
  6. Durian
  7. Nasi kunyit 
  8. Teh Lambung


Manisnya waktu itu.....