11 April 2012

Dirgahayu Tuanku


Allah selamat sultan mahkota
berpanjangan usia di atas takhta
memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

Hari ini cerita Agong kita. Ambil sempena upacara pertabalan baginda hari ini.

Ada tiga sebab kenapa hal ini dimasukkan dalam catatan AlFalah ini. Renungkan, terutamanya sebab terakhir.

i. Baginda adalah Sultan Negeri Kedah serta Jajahan Takluknya. Kebanyakan pelajar AlFalah adalah dari negeri baginda. Kalau dari negeri lain pun, ertinya mereka pernah merasa naungan baginda semasa di AlFalah. Ada pula, cuma lahir di negeri lain tapi ibu bapa berasal dari Kedah - seperti Ramli dan Mustadi Mohammad. Yusnita Mohd Yusof  dan adiknya juga.

Atau lagi sekurang-kurangnya mendapat jodoh orang Kedah  sekali gus orang AlFalah juga - seperti Mustadi (suami Nurul Husna Said), Yusnita (isteri Wan @Abdullah Chik) dan Rosli Jasin (suami Rozinatunhanim Talib).

ii. Jangan pula kita lupa bahawa AlFalah ketika itu adalah sebuah sekolah agama rakyat. Sekolah itu boleh dijalankan dengan mendapat sijil pendaftaran dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Majlis Agama ini jugalah yang membekalkan guru dan bantuan buku teks Bahasa Arab dan mengendalikan Kursus Dalam Cuti (KDC) kepada guru-guru termasuk guru Lembaga Sekolah. Semestinya pula Majlis Agama adalah di bawah perhatian dan pengetahuan serta pentadbiran baginda Sultan, sebagai ketua Agama Islam negeri.

iii. Anda bercuti hari ini - boleh bermalas-malas atau merengggangkan mata dari skrin  komputer pejabat  -dengan percuma - melayan facebook? Atau anda bekerja dengan bayaran berganda? Berterima kasihlah. Pertabalan Tuanku memungkinkan ini terjadi......

Dirgahayu Tuanku. Sembah tahniah dari rakyat Negeri Kedah.

No comments: