14 April 2012

Hantu Punya Hantu 3



[Puan Hajah Masitah Haji Hussain(AlFalah 1984) dalam responsnya menyebut, bahawa mereka [pelajar puteri] pernah menghendap dari atas rumah Maklong/Maklang ketika Paktam Cha menjalankan tugasnya. Tapi terkena jerkahannya. Mungkin kerana ada yang tidak menepati syarat perubatannya: semuanya kena berwuduk. Cuba anda bayangkan satu binatang ketika ini. Kalau anda bayangkan ayam, maka buatlah ayat ini: Terkejut ayam jugalah mereka pada malam itu. Kalau tadi anda bayangkan beruk, maka ......


Puan Hajah berkata lagi, dia dikeluarkan dari senarai untuk diubati, kerana telah ada bomoh eksklusif sendiri sebelumnya.....]




Sementara itu, hantu terus merasuk. Setelah puas agaknya memasuki tubuh pelajar, guru pula menjadi sasaran, iaitu guru perempuan yang lemah.

Kami berbincang lagi.

Akhirnya sepakatlah kami untuk memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perawatan terdahulu. Mencari air kolah berwuduk dari sebanyak 35 masjid. Cikgu Rahim memaklumkan kepada Paktam Cha.

Lalu pada hari yang elok, kereta yang elok, poket pun elok, jumlah orang pun elok-elok, kami berangkat ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Masa itu Lim Guan Eng masih beralamat di Melaka......

Kami berlima - Ustaz Fairose, Cikgu Rahim, Ustaz Zubaidi, saya dan Paktam Cha mula menjelajah dari satu masjid ke satu masjid. Ustaz Fairose memandu kereta manakala Paktan Cha memandu arah. Tiga yang lain? Memandu botol secara bergilir......

Mulanya ada malu juga dalam hati.... Siang bolong pergi ambil air dalam kolah. Tapi lama-kelamaan hilang rasa segan itu kerana kebanyakan orang sekitar masjid sedia maklum akan tujuan air itu diambil. Tidak banyak dakwa-dakwi. Sekitar lima masjid disinggahi, Paktam Cha akan memastikan pengambil air itu ditukar antara kami.

Jumlah 35 masjid ini mudah disebut. Mudah lagi untuk didengar. Tapi bagi kami bukanlah mudah. Juru arah pun kadangkala tersesat mengharapkan gps dalam kepalanya. Maka hingga ke lewat petang jugalah baru jumlah kolah masjid sebanyak itu disinggahi. Sekadar makluman, setiap waktu orang yang mengambil air di kolah-kolah itu mestilah dalam keadaan berwuduk.

Sempatlah kami berjemaah di tiga masjid untuk Zohor, Asar dan Maghrib pada hari itu. Di tiga masjid inilah kami menjadi perhatian. Maklumlah, berpakaian serba ringkas dengan membawa botol pula. Kena minta izin kepada Imam kerana itu juga syaratnya jika mengambil air kolah semasa ada orang bersolat di masjid.

Malam itu, kami pulang dengan kepuasan. Puas kerana ada bahan untuk melengkapkan rawatan di AlFalah. Puas kerana menjelajah hampir seluruh Seberang Perai - sayangnya kami tidak menulis nama masjid-masjid itu.

Dan paling puas kerana itulah pertama kalinya dalam sehari kami berhenti makan di lebih setengah dozen kedai.........


Bersambung Hantu Punya Hantu 4.
..................................................................................................................................................................



Ini pula info terbaru dari Puan Hajah Masitah selepas membaca entri ini: 


----[dari fb 9.40 pagi 15 april 2012].


Cite lg lawak psl hazliza. Dia slalu kena tindih dek hntu wlpun tdq ptg.
1 hari dia tgh tdr & kak ruby kejutkn dia sbb dh ptg. Bila buka mata dia bgn terus lari, kak ruby pn tkejut lari jgk la sbb sgka dia kena rasuk hntu.

Depa berlari sampai ke bilik msk. Bila dh sedar, tanya la knp lari, k.ruby jwb awt hg kejar aku, liza plk jwb dh hg lari, aku pn lari la.


Psl hzliza jgk. Bkn ja hntu suka kt dia tp binatang ( lipas, cicak n tikus)
Satu ptg masa tgh tdr jgk, tup2 cicak jth dr ats bumbung trus msk dlm baju dia. Bila sdr, dia rasa ada bnda lmbek n melata dlm baju. Apa lg trus dia mnjerit n lari. Kwn2 pn tlg tgk apa benda tu, rupanya sekoq cicak...

No comments: