Siapa budak AlFalah yang menafikan pernah melihat kacang tanduk ini?
Bagi yang buat-buat lupa asalnya, inilah kacangnya yang tumbuh meliar memenuhi tali air [takungan] yang memanjang selepas jalanraya. Tali air yang di antara sekolah dan jalanraya itu agaknya tidak sesuai kerana airnya yang selalu mengalir keruh. Lagi pula segala mak nenek pernah di buang ke dalamnya - dari batang pisang, baju buruk, lampin pakai buang hinggalah bayi*!
Bagi budak asrama, dalam kegawatan, sambil mencuci badan dan pembalut badan dengan airnya yang keemasan warnanya, mereka memungut kacang ini untuk dijadikan juadah.
Siapa budak AlFalah yang menafikan pernah melihat kacang tanduk ini?
Bohonglah tu. Kalau tidak pernah memakannya mungkin betul.
Bagi yang buat-buat lupa usulnya tentu bertanyakan rasa. Dah nama pun kacang, a la kacanglah rasanya.
Inilah bendanya yang pernah direbus di dalam tin minyak tanah. Dilambung-lambung sambil menghembus antara kedua telapak tangan kerana kepanasan, untuk menentukan empuk tidaknya. Kemudian beramai-ramai - yang mempunyai saham dalam proses pengutipannya - mengopak dan mengunyahnya. Sambil mata meliar, takut-takut bukan pemegang saham turut mengambil bahagian.
Atau mata-mata itu mengekori segerombolan koloni lain yang sedang bergerak ke tali air itu untuk turut mengutip kacang tanduk. Dalam hati ada dendam.....
Bahagianya negeri tercantik** itu!
Siapa budak AlFalah yang menafikan pernah melihat kacang tanduk ini?
Kalau betul, kini bermimpilah anda, kerana kacang spesies ini sudah hampir pupus......
Sesekali, ketika hujan renyai, pada hari cuti pula, ketika tidak tahu apa yang hendak dibuat atau apa yang hendak dikunyah, bayangkan detikdetik indah mengunyah kacang tanduk di AlFalah......................
*bayi kucing dan ayamlah
**negeri tercantik adalah alam kanak-kanak.(Ingat lagi sajak Nahmar Jamil, murid-murid?)
.........................................................................................................................................
Wira Osman
Emzeq'Lina Saad ada lg ka kacang tanduk nie....dulu rajin gak la dok pi cari kat sungai belakang rumah tu
Farihah Abdullah iye...dah lama x mkn kcg tanduk.dulu hbis ngaji quran x trus blik rmh tp p sungai dlu cari kacang tanduk...
Ramli Mus sedap ...oooooooo.... lama x makan.......
Emzeq'Lina Saad payah nak jumpa dah rasanya....
Yaya Comey hehehe.... tingat masa 1st time saya mkn kacang tanduk nie dr member falah yg rajin dok bawa mai.... hehehehe :P
Yaya Comey korang ingt x lagi ketupat spesel zabarina? rajinnya mak dia balut haluih2 ngan bkn daun palas..... tingat seronok btol kita wat mkn2... hapening tol lah waktu tuh!!
Yaya Comey
Tahukah
negeri tercantik dan sayu
ialah negeri yang kita tinggalkan
semasa menjadi kanak-kanak dan dibesarkan alam
Sebuah negeri yang menyimpan pengalaman
negeri yang menyanyikan keharuan
negeri yang menyambut kepulangan
ketika kita tua, lelah dan kebosanan
Ia terbenam di celah-celah kenangan
ditelan masa, disisih kehidupan
ia adalah negeri tercantik dan sayu
apabila kita pulang dengan mimpi dan rindu
negeri tercantik dan sayu
ialah negeri yang kita tinggalkan
semasa menjadi kanak-kanak dan dibesarkan alam
Sebuah negeri yang menyimpan pengalaman
negeri yang menyanyikan keharuan
negeri yang menyambut kepulangan
ketika kita tua, lelah dan kebosanan
Ia terbenam di celah-celah kenangan
ditelan masa, disisih kehidupan
ia adalah negeri tercantik dan sayu
apabila kita pulang dengan mimpi dan rindu
No comments:
Post a Comment