26 June 2013

Tingkatan 1 AlFalah 1994

 



Tahun di mana kereta Perodua Kancil dilancarkan [Mei]. Proton Satria juga muncul kemudiannya [Ogos]. Kerja-kerja penanaman cerucuk bagi Menara Berkembar Petronas siap sepenuhnya [Jun]. Program Rakan Muda dimulakan. Pusat pengujian kenderaan berkomputer pertama di Malaysia - PUSPAKOM - diperkenalkan.Tidak kurang penting, pada hujung tahun 1994 [Disember], internet diperkenalkan di Malaysia, buat julung kalinya......

Di AlFalah, tiada lagi kemasukan pelajar kelas Peralihan. Kali ini, lepasan sekolah rendah terus memasuki Tingkatan 1. Bersama pelajar Peralihan 1993, mereka membentuk dua kelas Tingkatan 1.

Setakat yang mampu dijumpai senarainya adalah:


1.       Abd Basir b Hashim
2.       Abd Rahim b Deris
3.       Abd Rahman b Mat Taib
4.       Fairul Azly b Mansor
5.       Hasbullah b Abd Hamid
6.       Khairul Faizam b Salleh
7.       Mohd Tarmizi b Abd Razak
8.       Mohd Fakharazi b Zakaria
9.       Moh Faisal b Saad
10.   Mohd Nazri b Shuib
11.   Mohd Norman b Ali
12.   Mohd Akmal b Saad
13.   Mohd Jasni b Ahmad
14.   Mohd Redzuan b Che Ani
15.   Mohd Sobri b Saad
16.   Mohd Sayuti b Abd Rashid
17.   Mohd Tarmizi b Zakaria
18.   Mustadi b Mohamad
19.   Redwan b Ariffin
20.   Redzwan b Abd Hamid
21.   Sahlan b Salleh
22.   Shahidan b Yaakob
23.   Zairul Amir b Ismail
24.   Azlina b Zulkeili
25.   Hazlinda bt Abu Hassan
26.   Ku Haliza bt Ku Jiwa
27.   Ku Halida bt Ku Jiwa
28.   Maszura bt Mohd Saad
29.   Norma bt Saad
30.   Nor Asmaruniza bt Taib
31.   Noraliza bt Bakar
32.   Sarina Mariyani bt Omar
33.   Suzilawati bt Satar
34.   Ku Azlina bt Ku Aziz
35.   Sharmila bt Yob
36.   Shahrani bt Mohamad
37.   Suriyati bt Ali
38.   Zuraida bt Saidin
39.   Zuriyati bt Zakaria

Senarai di atas berdasarkan catatan nama mereka semasa di dalam Tingkatan 3. Mereka disertai oleh 
         Norani bt Hashim dan  Zamzarina bt Sabri  semasa di Tingkatan 2. Di Tingkatan 3, bertambah lagi dengan kemasukan Azarudy b Darus, Mohd Sofi b Mohtar dan Mohd Raini b Azemi. [Nama terakhir ini, kini menjadi saudagar yang terkenal dengan jenama sendiri - Ayam Goreng Reny].

Guru kelasa semasa di Tingkatan 3B itu adalah Ustaz Mohamad b Abdullah.

Sebahagian besar mereka masih saya ingat wajah masing-masing. Mana mungkin dapat dilupa Anak Ku Jiwa yang kembar, Shahrani yang berbasikal bersama kakaknya, Muniroh, dari hujung Permatang Ibus, Ku Azlina yang saya panggil Azlina Aziz [anak Normadiah-Aziz Jaafar], tiga orang Wan dengan ejaan nama sebenar yang berbeza, Sahlan yang mempunyai suara Rahmat Ekamatra, Hasbullah yang punya saudara senama penuh dengan arwah isteri, Habibah Abdul Hamid, grup suka senyum - Tarmizi,Sayuti, Nazri, Faisal - diikuti Naim, Norman, Rahman dan Basir yang pendiam, Fakharazi yang hingga kini saya panggil Ji adik Leha, Mustadi yang muncul menggantikan abangnya Ramli di asrama, serta yang lainnya.  Namun barang diingat, wajah tersebut tentulah ketika di dalam seragam sekolah. Kalau wajah tatkala sudah berstatus emak dan ayah sekarang ini, mungkin agak kelabu.......

Kini mereka bertebaran di seluruh negara. Tidak sampai separuh yang dapat ditemui dengan mudah di sekitar Parlimen Kuala Kedah.....Yang sesekali muncul di laman sosial hanyalah dua putera puteri cilik dulunya, menggunakan nama pilihan Shahidan Kedah dan Chik Mila!

 ***************************1994***************************

Lagu popular 1994? Selamat Jalan Romeo, Curiga, Mengerti, Tanya Sama Itu Hud-hud, Bonda.......

Namun, saya pilih lagu dari kumpulan Iklim, Bukan Aku Tak Cinta, ciptaan Rashid Somantri, untuk menggaru memori anda.........
 
Saat kita berpisah
Kau pegang erat tanganku
Sepertinya tak merelakan
Kepergianku untuk meninggalkanmu

Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku
Aku lihat kau menangis...

Lambaian tanganmu
Masih ku ingat selalu
Itu yang terakhir
Ku melihat dirimu

Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu kau kirimkan undangan
Agar kau tak berharap

Bukannya aku tak tega
Bukan pula aku tak cinta
Kerana orang tua
Yang tak merestui cinta kita

No comments: