19 June 2013

Kelas Peralihan AlFalah 1990








Pertengahan tahun ini, dunia melihat primadona bolasepak, Maradona menangis di Itali - sebaik tewas satu gol dek tendangan penalti Andres Brehme dari Jerman dalam final Piala Dunia FIFA. Gagal ia membantu Argentina mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Mexico empat tahun sebelumnya.


Di AlFalah, lama sebelum itu, tepatnya pada hujung tahun 1989, buminya masih tersengih sakan. Walaupun tidak melepasi jumlah pelajar baru pada tahun sebelumnya, namun dua kelas untuk Peralihan berjaya dibentuk. Hampir lima dozen pelajar baru mendaftarkan diri. Datang dari pelbagai arah mata angin - paling ramai dari arah Kuala Kedah serta kawasan-kawasan yang sama poskod dengannya.

  1. Zuraini bt Ibrahim
  2. Mohd Zaini b Ahmad
  3. Mohd Redzuan b Nordin
  4. Muzammil Solihin b Musa
  5. Syaniza bt Hassan
  6. Rashidah bt Mohamad
  7. Naslina bt Hashim
  8. Nur Raihan bt Mat Yunus
  9. Mariam bt Ismail
  10. Halijah bt Ahmad
  11. Yusniza bt Saad
  12. Mohd Syahril b Salleh
  13. Zarini bt Omar
  14. Mazliana bt Mohd Fazi
  15. Mohd Yusri b Haron
  16. Mashitah bt Ishak
  17. Mohd Azizan b Shaaban
  18. Mohd Hafizi b Abd Manaf
  19. Nor Azasmawati bt Mat
  20. Norbi bt Hashim
  21. Zabarina bt Ahmad
  22. Mohd Nizam b Ramli
  23. Nor Habibah bt Bakar
  24. Mohd Jefri b Ismail
  25. Norma bt Saidin
  26. Sopiah bt Ahmad
  27. Fahrulruzi b Mohd Jusoh
  28. Maryam bt Hashim
  29. Mohd Asri b Shaari
  30. Mohd Shahril b Mohd Saad
  31. Farihah bt Abdullah
  32. Syakiroh bt Abd Hamid
  33. Anuar b Ibrahim
  34. Mahtom bt Saad
  35. Norhayati bt Ishak
  36. Mazlina bt Saad
  37. Mohd Fadzilullah b Ahmad
  38. Ahmad Sibil b Daud
  39. Hanisah bt Ahmad
  40. Jariyah bt Abdul
  41. Hamzah b Yahya
  42. Sabariah bt Muhammadan
  43. Zaiton Natakhin bt Saad
  44. Mohd Najib b Ariffin
  45. Zulkifli b Khamis
  46. Zulkifli b Ismail
  47. Halimaton bt Abd Karim
  48. Hasniza bt Azmi
  49. Hazrina bt Abu Hassan
  50. Mohd Shukri b Khalib
  51. Syafina bt Ahmad
  52. Rosmawati bt Musa
  53. Wira b Osman
  54. Mohd Asri b Shaari
  55. Fauziah bt Bakar
  56. Rosmanina bt Ahmad
  57. Azian bt Ahmad
  58. Mohd Radzi b Md Noor

Senarai itu bertukar kerana keluar masuk pelajar sepanjang enam tahun, sehingga sebahagiannya berjaya menamatkan persekolahan sehingga peringkat SPM '95. Dari jumlah pelajar yang secara akumulatifnya berusia 696 tahun pada ketika itu, sekurang-kurangnya seorang telah meninggalkan alam yang fana ini - Mohd Zaini b Ahmad. Tiga belas dari mereka telah terpadam wajah dari memori pencatat ini ..... Apakan daya....

************************************1990****************************************

Banyak lagu popular pada tahun ini. Suci Dalam Debu, Janji Manismu, Mustika, Kembang Terhalang, Dari Sinar Mata, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara serta C.I.N.T.A. Namun paling kerap dilagukan oleh budak-budak asrama sewaktu bermandi-manda atau ketika bermentelaah di dalam kelas prep pada malamnya, mahu pun budak luar tatkala di kantin atau di tangga surau semasa rehat..... adalah lagu-lagu dari album sulung  Rahmat bersama grup Ekamatra: Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya serta Hanya Satu Persinggahan. Kalaulah diizinkan pihak AJK dan ustaz/ustazah, dua tiga orang sanggup naik ke pentas muhadhoroh untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut......


Hanya Satu Persinggahan

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harapkan
Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana

p/s . Jangan menangis budak tua........ hehehe.

No comments: