usia perangkap kita
remaja kita tinggalkan ……
Saya teringat satu hal ketika mencatat tentang kenangan
bermuhadhoroh bersama guru sementara, Ustazah Mashitoh.
Persembahan kumpulan Wings
menerusi lagu Sejati
dan Taman
Rashidah Utama
Kedua-dua lagu tersebut bersama beberapa lagu lain pernah
berentap di dalam Anugerah Juara Lagu ‘89. Kesemuanya lagu rock kerana ketika
itu lagu dari genre berkenaan sedang
melekap kuat di hati peminat muzik. Akhirnya, kisah cinta berlainan budaya di dalam lagu Isabella [Search] dipilih
selaku juara meskipun ramai yang beranggapan tarikan suara Awie lebih hebat
dari Amy. Lawak, bukan? Apa kena mengena
tarikan suara dalam hal ini? Orang bukannya faham sangat, bahawa yang
dipertandingkan adalah LAGU bukan penyanyinya….. Setiap tahun ketidakpuasan
kepada juara setiap edisi akan muncul. Biarlah.
Di pentas akhir tahun itu, dalam mempersembahkan lagu Taman Rashidah
Utama, Wings membawa bersama sekumpulan orang berpakaian serba putih
bagi menjadi penyanyi pengiring. Macam koir. Tugas mereka hanya melagukan Aaaaaaaaaaaaa
mengikut rentak intro lagu tersebut.
Dalam ramai penyari pengiring itu, terselit seorang budak Kola.
Saadon namanya. Saya tidak kenal Saadon secara peribadi, cuma saya hadir pada
kenduri perkahwinannya atau lama sebelum itu, menziarahi jenazah ayahnya.
Selain itu beberapa kali kami bertemu muka tanpa berbual di rumah orang tuanya
di Kola.
Keluarganya termasuk emak dan adik beradiknya agak rapat
dengan beberapa guru AlFalah, terutamanya Ustaz Ahmad Fairose. Satu ketika
dahulu, kerap juga kami ke rumah mereka yang terletak berhampiran Masjid Tunku
Tajudin. Sering dijamu laksam atau tepung talam.
Raya ketiga tahun lalu, setelah lama tidak melakukannya,
saya mengunjungi semula rumah tersebut. Emaknya yang sedang uzur masih
mengenali saya. Masih seramah dahulu bertanya khabar dan berbual. Salah seorang
adik perempuan Saadon mengusahakan perniagaan membuat pelbagai kuih serta
menyediakan laksa dan laksam untuk ditempah. Di dalam rumah yang diubahsuai
hingga berbeza sekali dengan wajah pada kali terakhir saya kunjungi dulu, ada sebuah oven besar. Maka, hari itu,
selain dijamu, saya dibekalkan sebekas besar bahulu untuk dibawa pulang.
Apa hubungan Saadon dengan AlFalah?
Sajalah. Supaya rakyat Kola tahu bahawa pernah ada wakil
mereka di dalam pertandingan AJL yang konon dikatakan berprestij itu….. Hehehehe. Saadon satu-satunya dari grup pembantu yang berkacamata dalam video di atas, kalau mahu kenal.....
Suhaimi [berbaju melayu] |
Tahun lalu, untuk majlis perjumpaan raya Alumni AlFalah kali
kedua, selain Cikgu Abdul Azid Husin, hanya Suhaimi yang muncul lengkap, segak
berpakaian baju Melayu. Dengan bersemangat, dia muncul di atas pentas
memberikan ucapan sebagai wakil bekas pelajar.
Bagaimana? Bolehkah dikatakan catatan ini mempunyai hubungan
dengan AlFalah?
Apapun jawapan anda, anda sebenarnya baru sahaja selesai
membaca entri ini di dalam blog Budak Falah…..Hehehehe.
No comments:
Post a Comment