Ini sekadar cerita putih saya. Hakikatnya pandangan/pengalaman setiap orang di AlFalah berbeza. Nama-nama yang saya sebut di blog ini benar wujud. Sekiranya nama anda tidak termasuk, maafkanlah. Daya ingatan makin menipis. Sekiranya terdapat nama dan anda tidak meredainya, maafkanlah. Janganlah bazirkan masa sampai saman-menyaman........saya Cipher. Salah satu ertinya ialah kosong. Nil.
Saya sayang semua budak Falah. Tapi sebagai manusia, saya tak mungkin menyenangkan hati semua. Kepada yang terguris, tergigit, terluka dan terpatah hati bersangkutan dengan saya, maaf saja yang mampu saya pohon. Semoga semua budak Falah yang pernah mengenali saya berbahagia di sini dan di sana.....
(Apa yang saya tulis ini tidak mengikut kronologi -- hanya mengikut yang melintas di benak.)