Hujan menyerkup. Semua orang menarik selimut. Laman AlFalah kosong - tiada yang menjengah. Sesekali saya melihat melalui jendela, kalau-kalau ada yang menggagahkan diri untuk muncul di tengah laman. Ada seorang dua, berdasarkan bekas tapak kaki yang ditinggalkan, tetapi pada masa saya menjengah, mereka telah pergi....
Biarlah.
Melihat air hujan yang membentuk tirai indah di cucur atap, kelopak ingatan berkembang segar.
Beberapa orang muncul sederet - mereka adalah bintang yang pernah mengerdip di AlFalah - meski pada waktu yang berbeza dan dalam jangka yang tidak serupa, ada yang lama dan ramai pula yang sebentar cuma.
S Kamaruddin:
Pelajar Peralihan 1983 yang telah dua kali saya catatkan. Pelajar dari Sk Tebengau ini muncul tidak lama di AlFalah tetapi misteri huruf S pada pangkal namanya kekal hingga kini. Bukan berbinkan sebarang Syed atau Syeikh seperti kelaziman nama berpangkal abjad itu, dia yang saya kenang dengan songkok tinggi, berkulit hitam manis, tidak tahu apabila saya tanyakan makna S tersebut. Kekallah misteri itu......
Mahathir Jamaluddin:
Kecil comel orangnya. Sentiasa tersenyum setiap kali saya masuk ke kelasnya. Paling diingati tawanya yang mengekek sambil mengangkat kopiah. Dia sebaya dan sekelas dengan Pawang Nujum, seorang guru di Jerantut kini. Mahathir [harap betul kerana ejaan nama ini yang pelbagai] datang ke sekolah dari Kg Tebengau bersama kakaknya, Marina....
![]() |
Lihatlah gaya Mahathir [duduk dua dari kiri], Zaini [tiga dari kanan] dan Pawang Nujum di sebelahnya..... |
Mohd Zaini Salleh:
Sekelas dengan Mahathir. Berasal dari Kg Sungai Papan, arwah datuk sebelah emaknya tinggal di Kg Permatang Ibus. Anak saudara kepada Roshadah dan Md Isa Saidin [juga pelajar AlFalah] Kakaknya, Fauziah, turut pernah belajar di situ. Tinggi orangnya, mengikut sebelah arwah ayah.Dia antara yang sentiasa meriuhkan kelas dengan suaranya yang lantang. Sempat mengambil SRP 1987. Yang menjadi misteri hingga kini ialah dia tidak pernah datang mengambil keputusan peperiksaan itu. Hingga kini jugalah dia tidak tahu bahawa dia mendapat keputusan cemerlang, di bawah sedikit dari pencapaian Pawang Nujum.......
Sahlan Salleh:
"Baju baru ka?"
"Bukan. Tapi Fab Baru..." jawabnya selamba, merujuk kepada iklan serbuk pencuci yang sedang popular di tv!
Khalil Mokhtar:
Pelajar comel dan pintar, dari Paya Kerchut, Pendang. Sering berada di kedudukan teratas di dalam kelas. Disenangi rakan, baik di sekolah atau asrama, serta guru. Tidak lama di Alfalah kerana bertukar ke Maktab Mahmud. Satu kenangan: Kami sedang dalam mood gembira kerana akan mengikuti rombongan ke Pulau Pangkor pada malamnya. Semua pelajar yang tinggal di asrama, yang tidak menyertai rombongan, awal-awal lagi telah pulang ke rumah/kampung masing-masing - kecuali Khalil. Dia sanggup 'menunggu' asrama. Petang itu, memikirkan yang seram-seram, akan berseorangan malam nanti agaknya, dia mengajak saya menghantarnya ke kampung! Mood gembira saya terpancung hidup-hidup! Muncul tulang ikan, tukul, api dan penumbuk di kepala..... Tapi melihatkan matanya yang lembab dan pipinya yang kering, terpaksalah saya berkapcai menghantarnya hingga ke tangga rumah di Paya Kerchut. Saya sampai semula ke Alfalah ketika anggota rombongan semua sudah siap siaga di kawasan sekolah menunggu datangnya bas.....
Jamaluddin Mat:
Mohd Zain Had:
Abdul Razak Othman:
"Dia memang berjalan begitu, cikgu...."katanya.
Astaghfirullah. Mujur muncul puteri penyelamat. Saya meminta maaf kepada Razak. Dia berlalu dan saya melihatnya berjalan terjengket-jengket dan terangguk-angguk semula......
Mohd Fazli Hj Mahmud:
Kini dia sudah besar, berusia pertengahan 40-an. Sering bersama salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri sebagai pembantu.
Mohd Rizaki Othman:
![]() |
Dr Rahimah Hj Sahit |
Mahathir Fadzil:
Pernah saya catatkan tentangnya tapi dia muncul juga dalam hujan hari ini....
Geng Gajah Mati. Putih kuning kulitnya. Ketika selepas Maghrib pada hari pertama dia memasuki asrama,
diperkenalkannya kepada saya oleh
kawan sekampung sebagai Anak UMNO Ayah PAS! Saya terpempan.

Tak
sempat saya berfikir, seorang kawannya cepat mencelah, "Dia Presiden
UMNO, ayah dia Presiden PAS!" Serentak itu satu asrama bergegar dengan
ketawa.
Saya melopong. Patutlah. UMNO ketika itu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir manakala PAS diketuai oleh Almarhum Dato' Fadzil Noor......
Mahathir bin Fadzil terus tersipu, menyembunyikan mukanya di sebalik sepuluh jari halusnya.....
******************************
Hujan masih berterusan menyimbah. Laman AlFalah makin dilitupi air. Putih merata. Deretan bintang yang pernah singgah masih panjang...... Insya Allah akan saya ingat sedapat mungkin. Nantilah....
Seludang kelapa tiba-tiba jatuh di laman, dibawa angin kuat. Saya terkejut. Tempias air di tepi jendela memercik sampai ke perdu hati. Hati pun kebasahan........
.....mungkinkah kita
kan bersua
lagi.....
No comments:
Post a Comment