Wira tiba setelah saya dan Cikgu Non menghampiri fasa akhir menghabiskan makanan manakala Nazri yang meminta sup bersama.....kuetiau , kalau tidak silap, membiarkan sup itu sejuk kerana asyik berbalas teks dengan isterinya. Ketika itu saya difahamkan mertuanya sedang sangat uzur di Selangor. Mujur saya menghubungi Wira dan dia sudi datang untuk menjadi teman berbual kerana tidak lama kemudian Nazri meminta diri untuk bercakap di telefon dalam durasi yang agak panjang. Sup tempahannya terus terbiar. Wira meminta bihun selepas awalnya hanya ingin membasah tekak. Lama kami berbual dalam banyak sub-topik
[Difahamkan bahawa mertua Nazri Hashim telah meninggal dunia beberapa hari selepas majlis perjumpaan hari raya alumni Alfalah dulu. Semoga roh almarhumah sentiasa dicucuri rahmat-Nya].
Dua malam selepas majlis perjumpaan hari raya budak Falah, Wira dan Hamzah Yahya berkunjumg ke rumah saya. Cerita selanjutnya menjadi sejarah, tercatat dalam entri Hamzah, Wira Dan Kami: Pasca Majlis Itu
Selang tiga malam selepas itu, Wira menghubungi , memberitahu akan membawa Helwi Shahril bertemu saya dan Cikgu Non, untuk berbual-bual...... Saya yang cukup pantang dicabar dalam bab itu terus menghantar teks kepadanya: Tentukan tempat dan masa!
Saya sempat menghubungi Cikgu Abdur Rahim Daud, kalau-kalau dia mempunyai kelapangan untuk turut serta.
Selepas Isyak, kami bertamu dan bertemu di rumah makan D Samila.
Saya dan Cikgu Non memilih satu pondok bersetentang dengan pondok yang kami duduki semasa datang pada bulan puasa itu. Tidak lama kemudian muncul Helwi bersama Mazlan Mansor yang dihubunginya. Wira sampai tidak lama kemudian diikuti oleh Cikgu Rahim. Berbuallah kami selepas memesan makanan dan minuman. Cikgu Rahim yang memang tidak menjamah makanan pada sebelah malam hanya meminta jus oren. Tajuk perbualan kami memang sukar ditentukan - mengikut yang terhadap - penuh simpang-perenang. Kalau ada juru trengkas pun, agaknya selepas melihat apa yang ditulisnya, mungkin sasau tatkala mahu mendokumentasikannnya.
Kami bersurai setelah lebih satu jam melewati hari baru - atas rasa kasihan kepada Ustaz Mazlan, Ustaz Helwi dan Encik Wira. Akan Cikgu Non sudah terbiasa berjaga begitu dan dalam kantuk pun, dia masih boleh mengajar seperti biasa...... Bagaimana pun kami sempat berjanji untuk berkumpul semula di sekitar Pendang pada malam Jumaat berikutnya - menjejaki geng Gajah Mati pula. Namun hingga melepasi hari Jumaat itu, kami gagal berkumpul kerana masing-masing berkata 'bukan aku' yang akan menelefon dahulu.......
Petang Isnin lepas, 3 September, jam 6.00 petang, saya bertemu dengan Helwi di gerai mi Hanifah, Tandop. Meski tidak jauh dari rumahnya, saya dan Helwi lebih selesa berbual di dalam gerai mi mamak yang digoreng oleh budak Melayu itu. Kami hanya memesan minuman sambil berbual menyentuh hal kami. Menjelang senja, pertemuan itu bubar....
Helwi dan Rosdi |
Sekitar jam 8.30 malam itu, Helwi menghubungi dan memaklumkan Rosdi Mansor yang pulang menziarahi ayahnya di kampung, akan dibawa bertemu saya. Kami bertemu dan berbual di kedai Tomyam Saiful, Batu Lima. Banyak pula yang kami bualkan. Selain mengulang apa yang kami bualkan pada petang tadi, kami mendengar pengalaman Rosdi: perbezaan mengajar antara di sekolah menengah dan sekolah rendah serta antara sekolah di ibu negara dengan sekolah di ceruk Kedah. Juga pengalamannya mengendalikan kursus untuk guru-guru BM dan simpang-siur permasalahan pengajaran dan pembelajaran bahasa........
Kami berpisah setelah jam lebih 1 pagi, lama setelah Rosdi menjawab panggilan dari isterinya yang agaknya tertunggu-tunggu di Pokok Sena..... Kasihan, lagi empat jam saja sebelum hari baru mereka ke sekolah....
Selang sehari kemudian, barulah saya bertemu Wira, melangsaikan niat menghirup ais kacang. Pada petang itu, Cikgu Non gagal dihubungi untuk turut serta. Lihat entri Ais Kacang 'Tu: Double Re-visited.
Sebenarnya, catatan ini untuk menjawab soalan seorang pembaca: kenapa hanya watak Wira yang muncul kalau bercerita dari pengalaman terkini......Kerana blog ini berputar tentang AlFalah, maka watak dan cerita lain dalam hidup saya tidaklah menonjol. Kebetulan pula, Wira yang ada paling dekat dan sering pula bermain-main di laman kita...
Tetapi, sebenarnya, bukan hanya dia.....
No comments:
Post a Comment