5 September 2012

Ais Kacang 'Tu: Double Re-visited!

 
"DIAM!!!!!" Saya menjerkah.

Suasana sepi serta merta. Pertengkaran tadi terpancung. Kembali keadaan menjadi normal. Saya mengurut dada.

Sebenarnya telah berlaku perdebatan amat hebat pro dan kontra tentang saya sebentar tadi. Kedua-dua pihak tidak mahu mengalah. Hanya jerkahan saya tadi sebagai jalan akhir dan muktamad.

Wira Osman menghantar mesej pada pukul 3:09: Ptg ni pkul brp.

Saya tersenyum membacanya lalu menjawab: Anytime!

Wira membalas: Skrg. 30 mnit smpai.

Amboi!

Wira: Sya smpai sya call nk kota dulu.

Kalau begitulah cara penulisan anak-anak kami dalam UPSR, sah BM penulisan dapat E!

Tapi itulah yang Wira taip dan hantarkan kepada  bekas guru BMnya.......

Sebenarnya, rentetan dari entri "Ais Kacang 'Tu Ada Lagi Ka?" yang dipromo dalam fb grup Alumni Sek Men Agama Al-Falah, Kedah, ramai yang telah membacanya. Ada yang menghubungi saya melahirkan 'kerinduan' kepada ais salji itu. Ada yang mencari dalam Google dan menjumpainya. Slurrp!

Wira menghubungi  setelah saya mempelawa secara terbuka di laman fb tersebut....

Pegawai Pemasaran/Jualan PNKK itu sebenarnya dalam tugas menghantar stok ke Kota Sarang Semut. Sebab itulah dia yang 'berani' untuk datang menikmati ais kacang legasi Cik Din Pak Alang. Rupanya dia sendiri terpaksa menanyakan lokasi kedai tersebut sebaik sampai di Pekan Simpang Empat. Saya menghantar mesej kepadanya tentang itu dan sebaik dimaklumkan telah berada di situ, saya membalas pula menyuruhnya memesan untuk saya sekali.

Lima minit kemudian saya sampai dan di atas meja telah terhidang objek yang menjadi fokus entri sehari sebelumnya. Wira bertanya samada saya mahukan juga bihun sup. Saya menolak secara beralas. Cukuplah dengan ais kacang. Selepas itu, apa lagi.... Seperti kata HM Busra dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, "Kasi pecahlah...."

Kerana banyak yang kami bualkan, tidak sempat pun mengulas tentang tekstur ais mahupun rasa dan komponen di dalamnya. Tetapi pastinya, Wira, yang berjaya menghabiskan dulu telah melakukan sesuatu yang wajib dalam menikmati ais kacang - memiringkan sedikit piring dan mencedok titisan terakhir. Saya menuruti langkah itu dua minit kemudian setelah menggaulkan sepuas hati baki kacang merah, agar-agar merah serta jagung manis - menjadikan hirupan terakhir sebagai paling nikmat...Slurrp!

Menolak kedua-dua piring ais ke tepi, kami terus berbual, sambil mengusulkan saya menambah satu lagi. Saya menolak secara beralas lagi. Kali ini, Wira tersenyum. Sebenarnya, selepas tersiar catatan tentang ais kacang itu, tatkala menunggu anak keluar dari sekolah pada jam 12:45, saya telah datang ke kedai tersebut. Tujuannya tidak lain dari melampiaskan rindu kepada ais kacang. Supaya tidak terasa sunyi saya sertakan dengan semangkuk bihun sup. Satu kombinasi yang sering menjadi pilihan sebahagian pengunjung kedai itu...

Kini, hanya berselang tiga jam, saya kembali ke kedai, malah ke meja yang sama! Seorang pelayan yang agaknya masih mengecam saya, seperti kehairanan ketika melihat saya seselamba mungkin menyuap ais...

Kehairanan itulah kemudiannya berjangkit kepada bahagian yang terlibat dalam penghadaman di dalam tubuh saya - mulut, kerongkong, perut dan duodenum. Dua yang pertama itu mempertahankan bahawa hak sayalah untuk menentukan samada mahu makan berapa kali sehari ais kacang itu. Dua yang terakhir itu pula membantah dengan alasan yang cukup berkait dengan kesihatan keseluruhan badan. Maka terjadilah pertengkaran yang membingitkan. Pada satu peringkat, duodenum menyatakan bahawa saya ini telah buang tabiat: melanggah dua set ais kacang dalam tempoh 3 jam! Merasakan bahawa akan terpacul lagi kenyataan yang mungkin mengecilkan hati, maka terkeluarlah jerkahan tadi........


Ketika suasana kembali normal itulah, Wira meminta segelas Nescafe ais. Saya tidak mengikut jejak lidahnya. Sengaja ingin melihat reaksi empat bahagian dalam badan ini. Setelah yakin tiada tanda-tanda akan muncul perbahasan baru, maka saya meminta segelas teh o ais......

Kami terus berbual sehinggalah tiba masanya Wira ingin pulang untuk mengambil anak-anaknya di SRIDA. Sebelum berpisah, dia memberikan dua set bebola dan kek ikan: masing-masing untuk Cikgu Non dan saya.

Terfikir seketika: Dahulu, ketika berkunjung ke rumah Abu Bakar Zainol yang berdagang belacan, saya mendapat berketul-ketul belacan percuma. Kini, berbual dengan pegawai pemasaran dari Persatuan Nelayan Kuala Kedah, saya mendapat bebola dan kek ikan. Kalaulah selepas ini ada budak Falah yang berniaga emas, agaknya berapa bungkallah yang akan diberikan kepada saya sebagai cendera hati......

                                                                       * * * * * * *
Di bawah ini disertakan sebuah catatan dari blog lain, bercerita tentang ais kacang Cik Din Pak Alang. Sekadar untuk 'melayur' kepada sesiapa yang telah lama tidak ke Simpang Empat......Ada banyak blog lain tentang itu, tetapi ini saya pilih kerana bahasanya yang antarabangsa!

Petikan blog alyaanajwa

BIHUN SUP DAN AIS KACANG

What is the most perfect combination of all, Beauty and the Beast? Jack and Jill? Kacang dan Kulit? Atau Siti Nurhaliza dan Datuk K?

Oh no no no! U r wrong! The answer is the sweet but hot and spicy BIHUN SUP berserta daging yang lembut AND the sweet,chill and smooth texture of AIS KACANG yang dinikmati dibawah panas terik mentari khatulistiwa~ slurrrppp

haaaa.....sounds so goood rite? kat mana? jauh skit la dari pekan alor star....well, nak menuntut ilmu biaq smpai ke negeri china kan~ so if u wanna get the ultimate pleasure of ur life, u have to struggle a bit, baru la kita appreciate segala kejayaan tu..chewah falsampah.

Location adalah berhampiran BALAI POLIS SIMPANG EMPAT. which simpang empat? Simpang empat yang ada trafik light. .......
STOP PLAYING AROUND!

Ni bukan 'simpang empat' yg berbentuk empat segi tu, this is the real place named SIMPANG EMPAT, near Tokai and Kangkong (keduanya adalah nama tempat). WATTT?? Tak tahu wadehell tempat tu cos of the name? Macam tak serius?? hahahahaha dun wori, tahu tak jalan belakang menghala ke Sungai Petani? Ala, kalau korang tahu kat mana Alor Star Mall, mesti korang tahu jalan tu. Korang straightttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je menghala ke Sungai Petani smpai korang jumpa Nasi Kandar Haji Ramli belah kiri, pastu ada trepik light simpang empat (for real) after trepik light korang straight dalam 100 metre ja, kedai tu on ur right next to kawasan lapang (kawasan pasar tani). Kat situlah kedainya. Kedai kampung je..Tapi rasanya sangat world~

Dah merata tempat ais kacang dalam Malaysia ni aku pernah rasa, BUT none, tegasan TIADA YANG DAPAT MENANDINGINYA! menu wajib famili aku time raya, mesti ada punya la sorang wakil pi beli the BEST COUPLE OF ALL ni sebab kalau masuk bertanding dengan menu2 lain, kompem menang tanpa bertanding. Kalau tersesat jalan, sila hubungi saya. Serius2. (drooling.....dem kempunan~)

No comments: