Lagi-lagi dia....
Soalnya: Siapalah kita untuk memadam yang telah ditulis-Nya.....
Dia menghantar teks seawal jam 10 pagi: mcm mlm ni ..nk p mana
Saya: sapa lagi?
Dia membalas: montel, saya dan zul....cikgu n the gang
Saya: tanya c. non dak
hal cikgu n the gang sys serah kat cikgu la
Tengah hari itu, saya menghubungi Cikgu Non. Dipendekkan jawapannya: Tengoklah nanti, macam mana....
Antaranya, Mel bercerita tentang hasil lawatan ke tempat penilaian kesihatan berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah siangnya. Ada masalah pada beberapa bahagian kesan dari kemalangan dulu. Minor sahaja. Dia yang membiarkan saya dan Mel sahaja berbual, akhirnya memberi info rukyah untuk memulihkan saraf dan tubuh. Selain AlFatihah dan selawat, dengan tunjukcara bagaimana diaplikasikan pada tempat-tempat tertentu, dia meminta Mel membaca surah al Hasyr bermula ayat 22. Beberapa kali dia melafazkan dan tersangkut: Lau anzalna...... Dia meminta Mel menyambung.tetapi dibalas "Sambung buat apa dalam kedai makan 'ni...." Lalu dia membaca sendiri, hingga berjumpa kalimat terakhir, wa huwal 'aziizul hakiim.
Mel berkisah berkenaan penerbitan terbarunya, sebuah buku mempermudahkan pemahaman tajwid. Mel menyatakan harapan terhadap buku itu serta corak pemasarannya. Walaupun tidak lagi melihat buku tersebut, saya menyarankan agar disertakan frasa 'satu rumah satu buku Mudah Tajwid' dalam promosinya dan percaya buku tersebut akan laris kerana hal tajwid adalah sesuatu yang bukan main-main - mesti didalami oleh semua. Mel menyasarkan 10000 naskhah dapat diedarkan di Kedah sebagai permulaan.
[Mel juga dalam proses menerbitkan buku untuk kanak-kanak Lawatilah www.syabibahenterprise.com.my].
Saya bercerita tentang hasil tulisan yang pernah 'dirompak'.Bagaimana saya memberikan 3 manuskrip secara percuma kepada seorang editor untuk kemudiannya mendapati ia muncul di pasaran tetapi bukan atas nama saya,. Maka tiada juga nama saya pada cek royalti....Ada juga keinginan untuk menghasilkan lagi, tetapi kalau diserahkan kepada Mel, takut juga kalau-kalau rompakan terulang. Di sinilah, dia tertawa sehabis daya, dalam masa yang cukup lama, hinggakan jawapan selamba Mel bahawa setakat ini belum pernah berlaku kepada syarikatnya, seakan tenggelam. Lama sungguh kami menunggunya kembali ke keadaan normal. Mungkin ada titik lucu yang ditemuinya sebentar tadi.....
Kami tidak mampu melicinkan 100 % apa yang ada di atas meja - hidangan yang ketika baru sampai tadi sudah didoakan oleh dia, atas permintaan Mel. Barangkali Mel menilai: di antara kami, dia yang berjanggut a la Ustaz Azhar Idrus...
Dia paling awal mengalah dengan hanya menelan nasi separuh pinggan dan meminta saya menyelesaikan tugas untuknya. Saya terpaksa juga menolak. Susah rupanya bermain begitu ketika rakan sepasukan, sebelum turun padang, telah terlebih dahulu diisi temboloknya..... Sambal belacan dan timun yang disertakan sebagai aksesori hampir tidak disentuh. Mujurlah, dalam berbual-bual itu, sesekali Mel menyapa timun yang bermuram durja kerana tidak dipedulikan.
Kami menyentuh tentang keinginan Mel untuk bermain di arena siasah dalam masa terdekat. Mel membayangkan prospek dalam gelanggang baru itu. Kami hanya boleh menitipkan doa. Kejayaannya bererti kegembiraan kepada kami.... Sesekali Mel menjeling jam dan teks di skrin telefonnya. Memang ada gaya ahli siasah. Ada satu tempat lagi sedang menunggu, katanya, dan saya akur. Namun lama juga kami berbual selepas itu walau kelihatan seperti dia ingin bergegas.
Dia yang sesekali mencelah, tidak pula menunjukkan tanda-tanda ingin tergocoh-gocoh. Barangkali ingin dibiarkan saya dan Mel bercakap sepuasnya - meski ketika akan keluar rumah, si isteri mengingatkan agar pulang awal mengenang anak yang bakal menghadapi hari pertama UPSR besoknya.
Dengan dia? Silap-silap petang esok kami semeja pula, nun di penjuru sebuah kedai ais kacang di Pekan Simpang Empat.....
Siapalah kita untuk memadam yang telah ditulis-Nya......
Tengah hari itu, saya menghubungi Cikgu Non. Dipendekkan jawapannya: Tengoklah nanti, macam mana....
Petangnya saya terlupa menghidupkan telefon yang selalunya mematikan diri tatkala tuannya bersolat. Hingga awal malam barulah saya tersedar akan keadaannya. Setelah telefon kembali beroleh nyawa, bertalu-talu isyarat dari Celcom berbunyi, memberitahu berkali-kali saya gagal dihubungi......
Mel |
Dia saya hubungi. Ketika itu, dia menemani Mel ke Madrasah Taufiqiah al Halimiah [Pondok Pak Ya] untuk bertemu dua anak Mel di asrama di Batu 16 itu. Kami memutuskan untuk bertemu di sekitar Lencong Barat nanti. Saya menghubungi Cikgu Rahim, berbual sedikit tentang pertemuan dengan Ustaz Md Daud Daei yang kami rancang bakal diadakan pada minggu hadapan, sebelum memaklumkan bahawa sebentar lagi, saya bertemu Mel dan dua rakan. Sayangnya, Cikgu Rahim tidak dapat ikut serta. Dalam masa yang sama, saya menunggu juga kalau-kalau ada panggilan dari Cikgu Non. Tiada. Maka, saya andaikan beliau mempunyai komitmen lain, berdasarkan jawapannya pada sebelah siang tadi.
Pukul 9.53 mereka sampai di tempat yang dijanjikan setelah beberapa kali dia bertanya kedudukan lokasi, malah hingga terlajak. Hanya dia dan Mel yang muncul. Sebaik keluar dari keretanya, saya mendapat jawapan kenapa Mel mendapat panggilan manja 'Montel' dari isterinya. Memandang seluruh susuknya, yang kali terakhir ditemui pada majlis perjumpaan hari raya pada tahun lepas, saya menjadi insaf - betapa 'kecilnya' diri ini......
Mel memberitahu tidak menghubungi Zulkifli Shamsuddin untuk datang, mungkin mengambil kira kesihatan anak pasangan Zul/Yam yang tidak menentu - malah bila-bila masa sahaja akan dipanggil oleh pihak IJN di ibu negara, untuk melakukan pembedahan yang telah tertangguh.
Kami duduk di bawah salah satu tenda di Kedai Tomyam Ari. Mel memesan jus + sepiring hirisan nenas, saya meminta jus epal manakala dia memilih minuman berkaffien panas. Mulanya saya ingin memesan secara peribadi sepinggan nasi padprik, mengingat mereka telah pun makan awalnya di sekitar Kola ketika menyangka saya tidak muncul setelah puas dihubungi.... Malah dia sempat bertanya kepada pelayan samada boleh ditempah makanan separuh pinggan.....
Mengejutkan apabila Mel mencadangkan kami memakan nasi. Lalu Mel meminta ikan yang sering dipantunkan bersama senohong, gelama dan ikan duri - dimasak dalam tiga rasa - barangkali untuk menguji kepekaan deria rasa pada lidah kami. Sebagai kenangan belajar di Kangkong agaknya dia turut memesan kangkung goreng biasa. Mengenang kepulangan ke kawasan Kola, dipilihnya tomyam makanan laut. Simbolik kepada pertemuan tiga insan sejantina, disertakan pula telur dadar.....Semoga yang tersirat pada setiap makanan itu tepat dalam tafsiran saya....
Masih dalam modus operandi yang sama dengan pertemuan lain, sambil menunggu dan setelah yang ditunggu tiba pun, kami berbuallah. Kebanyakannya hal peribadi - terutamanya tentang Mel kerana kami mengangkatnya sebagai watak utama dalam pertemuan itu. Hanya sekali menyentuh hal 'kehilangan' AlFalah.
Antaranya, Mel bercerita tentang hasil lawatan ke tempat penilaian kesihatan berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah siangnya. Ada masalah pada beberapa bahagian kesan dari kemalangan dulu. Minor sahaja. Dia yang membiarkan saya dan Mel sahaja berbual, akhirnya memberi info rukyah untuk memulihkan saraf dan tubuh. Selain AlFatihah dan selawat, dengan tunjukcara bagaimana diaplikasikan pada tempat-tempat tertentu, dia meminta Mel membaca surah al Hasyr bermula ayat 22. Beberapa kali dia melafazkan dan tersangkut: Lau anzalna...... Dia meminta Mel menyambung.tetapi dibalas "Sambung buat apa dalam kedai makan 'ni...." Lalu dia membaca sendiri, hingga berjumpa kalimat terakhir, wa huwal 'aziizul hakiim.
Kemudian kami bercakap tentang minuman a la jamu yang ramuan dan cara membuatnya saya terima dari seseorang yang suka berkongsi ilmu perubatan tradisi. Sudah saya perturunkan pula kepada dia dan Hamzah Yahya pada pertemuan sebelum ini. Dia menyeluk baju luarnya lalu mengeluarkan kertas tentang adunan tersebut. Berdasarkan bentuk lipatan kertas tersebut, sahlah dia belum mencuba membuat minuman kesihatan tersebut.
Makhluk bertanduk dua yang sesekali muncul di kepala saya cuba menguji Mel tentang topik poligami. Bersinar matanya! Tapi dari perbualan yang bertele-tele sekitar topik itu, saya membuat satu kesimpulan yang sebenarnya telah diadaptasi dari penelitian orang dulu-dulu: Orang yang berdegar-degar bercakap biasanya kekal begitu sedangkan orang yang diam, selalunya seperti ubi, tahu-tahu berisi.....
Dari penelitian saya, Mel bukan dari kelompok ubi......
Dia?
Mungkin seperti saya, dari kelompok ubi, tapi di dalamnya ada sekeping hati yang tidak sampai.... Apa lagi jika setiap malam melihat turun naik dada anak-anak yang sedang lena - meminjam petua orang dulu untuk kekal monogami. Apatah lagilah jika sesekali ada pula racau dari mulut anak paling kecil:
Anak rusa nani,
baru tumbuh gigi;
Apa dosa kami,
ayah nak kahwin lagi!
Semoga telahan saya tepat....hehehehe.
Mel berkisah berkenaan penerbitan terbarunya, sebuah buku mempermudahkan pemahaman tajwid. Mel menyatakan harapan terhadap buku itu serta corak pemasarannya. Walaupun tidak lagi melihat buku tersebut, saya menyarankan agar disertakan frasa 'satu rumah satu buku Mudah Tajwid' dalam promosinya dan percaya buku tersebut akan laris kerana hal tajwid adalah sesuatu yang bukan main-main - mesti didalami oleh semua. Mel menyasarkan 10000 naskhah dapat diedarkan di Kedah sebagai permulaan.
[Mel juga dalam proses menerbitkan buku untuk kanak-kanak Lawatilah www.syabibahenterprise.com.my].
Saya bercerita tentang hasil tulisan yang pernah 'dirompak'.Bagaimana saya memberikan 3 manuskrip secara percuma kepada seorang editor untuk kemudiannya mendapati ia muncul di pasaran tetapi bukan atas nama saya,. Maka tiada juga nama saya pada cek royalti....Ada juga keinginan untuk menghasilkan lagi, tetapi kalau diserahkan kepada Mel, takut juga kalau-kalau rompakan terulang. Di sinilah, dia tertawa sehabis daya, dalam masa yang cukup lama, hinggakan jawapan selamba Mel bahawa setakat ini belum pernah berlaku kepada syarikatnya, seakan tenggelam. Lama sungguh kami menunggunya kembali ke keadaan normal. Mungkin ada titik lucu yang ditemuinya sebentar tadi.....
Kami tidak mampu melicinkan 100 % apa yang ada di atas meja - hidangan yang ketika baru sampai tadi sudah didoakan oleh dia, atas permintaan Mel. Barangkali Mel menilai: di antara kami, dia yang berjanggut a la Ustaz Azhar Idrus...
Dia |
Kami menyentuh tentang keinginan Mel untuk bermain di arena siasah dalam masa terdekat. Mel membayangkan prospek dalam gelanggang baru itu. Kami hanya boleh menitipkan doa. Kejayaannya bererti kegembiraan kepada kami.... Sesekali Mel menjeling jam dan teks di skrin telefonnya. Memang ada gaya ahli siasah. Ada satu tempat lagi sedang menunggu, katanya, dan saya akur. Namun lama juga kami berbual selepas itu walau kelihatan seperti dia ingin bergegas.
Dia yang sesekali mencelah, tidak pula menunjukkan tanda-tanda ingin tergocoh-gocoh. Barangkali ingin dibiarkan saya dan Mel bercakap sepuasnya - meski ketika akan keluar rumah, si isteri mengingatkan agar pulang awal mengenang anak yang bakal menghadapi hari pertama UPSR besoknya.
Kita boleh hidup seribu tahun, tapi akhirnya kita tetap akan mati. Demikian pernah saya baca kalimat yang khabarnya diucapkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib. Maksudnya setiap sesuatu pasti ada penamat atau penghujungnya.
Maka pertemuan itu pun tibalah ke penghujungnya.Mengenang anak yang turut akan menghadapi UPSR, saya meminta dia dan Mel mendoakan kejayaan anak-anak kami.
Jam menunjukkan angka 00:04:00 ketika dia dan Mel memasuki kereta dan berlalu setelah berharap dengan izin Allah, kami kan berjumpa lagi. Saya sempat menitipkan salam kepada isteri pertama Mel [hehehe]. Sebenarnya: Nor Ashiqin itulah SATU-SATUNYA. Semoga pasangan bahagia ini sentiasa di dalam perlindungan Ilahi.
Dengan Mel mungkin lambat sedikit untuk bertemu sebab kali ini dia turut membawa emaknya pulang ke Mantin, Negeri Sembilan.
Siapalah kita untuk memadam yang telah ditulis-Nya......
No comments:
Post a Comment