Betapa berbezanya nasib mereka dengan untung kita. Hanya hati yang tertutup tidak mengakuinya........
Semalam saya menonton temubual dengan pelarian. Paling tersentuh, ketika ditanya kenapa semua itu terjadi, jawabannya ialah: kerana mereka Muslim! Mereka tidak diizinkan bersolat Jumaat di masjid, sebaliknya disuruh mencuci kuil! Mereka dipaksa memakan daging babi atau ditembak!
Nampaknya nasib mereka masih seperti dahulu atau pun mungkin semakin buruk.
Saya terkenang pada tahun 1990an dahulu. Ketika itu - malah hingga kini nampaknya, selain bangsa Rohingya , umat Islam di Somalia juga berhadapan masalah. Kisah lara mereka seolah sentiasa berputar. Selain dicuba dengan masalah perut [kelaparan], otak dan hati [akidah] paling ketara diuji.
Ketika itu ada kempen bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mereka. Seperti institusi lain, AlFalah turut terlibat.
Masih jelas, kali pertama mengutip derma dan bercerita sedikit, saya menulis besar-besar di papan hijau: Selamatkan Anak-Anak SOM ALI!
Di dalam satu kelas, terpinga-pinga sebahagian penghuninya. Siapa Som binti Ali? Bukan salah mereka, ketika itu sumber berita hanyalah dari rancangan hiburan tv!
Selepas diceritakan setakat yang kita tahu, mulalah mereka faham sedikit. Besoknya ramailah yang membawa duit tambahan untuk dimasukkan ke dalam tin tabung. Walaupun jumlah kutipan tidaklah banyak, namun rasa prihatin itu mula wujud. Kesedaran bahawa di luar, masih ada insan seagama kita yang terlalu jauh untuk menjangkau kedamaian....
Tidak lama kemudian timbul konflik di Arakan, kawasan kaum Rohingya di Myanmar. Sekali lagi kutipan wang dilancarkan. Ia berjalan lancar kerana sebahagiannya telah mengerti akan kesengsaraan saudara seagama di sana. Saya masih ingat, antara pengutip sumbangan dari kelas ke kelas, dan kemudiannya menyerahkan hasil seluruh kutipan adalah pengutip dana untuk majlis untuk alumni sekarang.... Memang tidak berubah minat dan stailnya...
Kata orang sekeping gambar lebih baik dari seribu perkataan. Maka tolong jumlahkan berapa juta perkataan bagi foto-foto di bawah untuk menggambarkan kekejaman junta Myanmar itu...
Sementara menunggu untuk ke bazar Ramadan, saya dedikasikan foto saudara-saudara kita di bawah ini untuk anda.....
Apa juadah kita hari ini? Ayam percik? Kambing bakar? Tom Yam? Terubuk berinti?......Kuih talam? Karipap inti daging? Roti John? Sirap bandung? Jus markisa?
Slurppppppp!
Bersyukurkah?
Kita akan ditanya!
Bagi yang terlebih untuk berbuka itu, jika ingin menghulurkan sumbangan, ini antara pihak yang sepatutnya dihubungi:
No comments:
Post a Comment