Selepas berdebar kerana khabarnya ada yang mendoakan kegagalan, akhirnya Majlis Jamuan Aidilfitri Alumni Alfalah berlangsung dengan jayanya. Ini adalah kali kedua majlis seumpamanya diadakan.
Meski mungkin terdapat kekurangan, rasanya bagi yang membandingkan antara dua kali tersebut, kali ini pihak pengelola berjaya meminimumkannya. Tahniah.
Kota Rom tidak terbina dalam sehari, kata orang dulu-dulu. Maka kedatangan pelbagai peringkat generasi Budak Falah - sebahagiannya bersama keluarga - amatlah membanggakan. Langkah kedua dari kemungkinan beribu-ribu langkah telah dibuat. Semoga ada penerusnya.....
Saya yang datang untuk mencari bahan catatan blog ini, terharu dengan semangat kerja pengelola dan sambutan budak tua AlFalah. Insya Allah, akan saya catat semampunya beberapa entri dari perjumpaan kali ini.
Sementara itu, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengelola dan penderma. Anda berhak untuk itu. Semoga Allah mengganjarkan anda pahala dan rezeki berterusan. Saya mahu mencatatkan semua nama mereka di sini tetapi biarlah buat seketika ini saya simpan dahulu. Sebetulnya, kebanyakannya enggan nama didedahkan.
Saya amat berbahagia dengan kedatangan pelajar Peralihan 1983 seperti Ahmad Sofi Ahmad, Asri Mansor, Abd Khodir Md Arif, Hussain Abdul Hamid, Puteh Md Ariff, Che Hasnah Derani, Norhayati Ramli dan Norliza Saad. Tidak ketinggalan Suhaimi Md Shah yang turut menduduki SPM 1988 bersama mereka. Malah mendengar Suhaimi berucap, saya yakin
Begitu juga dengan kemunculan pertama dan mengharukan Zairi Md Arif, Rafidi Ramli, Ashadi Ibrahim, Mohd Shabani Salleh, Rosdi Mansor, Faizal Yahya, Abdullah Saad, Badaruddin Ahmad, Zabarina Ahmad, Sabariah Muhammadan dan sepupunya, Mazlan dan Mazlina Mansor
Bagi yang datang buat tahun kedua berturut-turut, saya tabik. Antara yang saya ingat Abu Bakar Zainol, Husin Lateh, Yusri Haron, Hamzah Yahya, Wira Osman, Fahrulruzi Mohd Jusoh, Helwi Shahril, Mariam Ismail, Hasliza Said dan adik-beradik serta iparnya, Mazliana Saad. Nazri Hashim.
[Maaf kepada nama yang tercicir di sini. Saya sekadar membayangkan suasana di dewan pertemuan. Tidak pula melihat senarai yang hadir, sekadar yang terlintas sahaja].
Tidak kurang gembiranya apabila pertama kali juga budak Falah menyambut kehadiran Cikgu Abd Aziz Hussin, Cikgu Abdurrahim Daud, Cikgu Ahmad Faisal Abdul Hamid dan The Only Cikgu Siti Khadijah Osman serta Puan Hajah Roselah Hj Ahmad [bekas kerani di AlFalah].
Rasminya, sebanyak 48 keluarga berkumpul. Syukur dan tahniah. Bagi sebuah pertemuan menjejak insan yang berselerak, mengumpulkan sebanyak itu pada tahun kedua memadailah. Sayang sekali, ramai yang menolak untuk bergambar kenangan di atas pentas.
Terima kasih. Terima kasih. Terima Kasih.
Kepada semua, semoga kita mampu 'bertambah' dan 'tabah' untuk menghadapi Syawal berikutnya. Anda adalah wira yang akan terus didendang.........
No comments:
Post a Comment