Tahun ini tahun lompat. Ada 29 hari dalam bulan Februari. Empat tahun lagi baru akan kita jumpa semula tarikh 29 Februari itu. Sesiapa yang lahir atau bertunang atau berkahwin atau berkahwin lagi pada tarikh tersebut, empat tahun sekalilah merayakan ulang tahunnya...
Demikianlah, maka tarikh itu saya pilih untuk memulakan blog Budak Falah ini. Kalau dipanjangkan umur, 365 x 4 hari lagi, barulah ulangtahun blog ini. Sempatlah dikumpulkan dana kalau ingin diadakan majlis memperingati kelahirannya. Tidaklah teraba-raba cempera seperti satu lagi komuniti yang juga mengandungi perkataan Falah di dalamnya......hehehehe....
Pada entri pengenalan saya catatkan begini di bawah tajuk Pemberitahuan:
Ini
sekadar cerita putih saya. Hakikatnya pandangan/pengalaman setiap orang
di AlFalah berbeza. Nama-nama yang saya sebut di blog ini benar wujud.
Sekiranya nama anda tidak termasuk, maafkanlah. Daya ingatan makin
menipis. Sekiranya terdapat nama dan anda tidak meredainya, maafkanlah.
Janganlah bazirkan masa sampai saman-menyaman........saya Cipher. Salah satu ertinya ialah kosong. Nil.
Saya sayang semua budak Falah. Tapi sebagai manusia, saya tak mungkin menyenangkan hati semua. Kepada yang terguris, tergigit, terluka dan terpatah hati bersangkutan dengan saya, maaf saja yang mampu saya pohon. Semoga semua budak Falah yang pernah mengenali saya berbahagia di sini dan di sana.....
(Apa yang saya tulis ini tidak mengikut kronologi -- hanya mengikut yang melintas di benak.)
Saya sayang semua budak Falah. Tapi sebagai manusia, saya tak mungkin menyenangkan hati semua. Kepada yang terguris, tergigit, terluka dan terpatah hati bersangkutan dengan saya, maaf saja yang mampu saya pohon. Semoga semua budak Falah yang pernah mengenali saya berbahagia di sini dan di sana.....
(Apa yang saya tulis ini tidak mengikut kronologi -- hanya mengikut yang melintas di benak.)
Ia adalah di antara entri paling ringkas pernah muncul. Seperti termaklum, ini blog berintikan pandangan serta pengalaman peribadi saya sahaja. Sepanjang berblog, tidak pernah secarik kertas pun saya gunakan untuk merangka catatan. Semuanya datang secara spontan dan akan diedit hanya apabila dirasakan perlu. Saya berfikir, mengimbau, merangka dan membuat keputusan dalam masa 15 minit, manakala sekitar 20 minit untuk mencatat serta mengedit. Kalau terasa bosan saya akan mewarnakan apa yang patut serta mencari foto sesuai sekitar 5 minit. Itulah purata masa yang saya gunakan untuk memungkinkan anda menatap setiap entri. [Penjelasan ini saya tujukan kepada beberapa pembaca yang menghantar emel, mengingatkan saya agar jangan persiakan kesenjaan usia. Terima kasih]
Banyak juga emel yang saya terima. Namun tidak satu pun saya balas. Memang itu kelemahan saya, meskipun ada di antaranya menghulurkan pertanyaan atau pendapat yang bernas. Maafkan saya.
Pembaca blog ini setiap hari tidaklah seramai mana. Pada peringkat permulaan, payah untuk memperolehi 50 orang sehari. Peningkatan hanya berlaku secara drastik setelah muncul entri bertajuk Aku Ada, Kau Ada?? pada 26 Mei lalu. Entah apa puncanya, hanya Dia yang tahu. Bagaimanapun, terima kasih atas kesudian anda.
Saya mula berblog setelah tahu serba sedikit caranya dari adik saya. Saya lancarkan blog pertama pada awal Januari 2010, Jumaat kedua. Bagimanapun, isinya tidak khusus seperti blog ini. Sesuai dengan namanya Rencam, maka pelbagailah yang saya masukkan, mengikut selera dan acuan saya. Entri pertama "Majnun, cantik sangatkah Laila 'tu?", telah menarik minat beberapa pembaca. Namun kemunculan secara tidak teratur kemudiannya, maklumlah komputer pun atas ehsan adik, saya kehilangan ramai pengikut. Hanya akhir-akhir ini saya cuba memenuhi blog itu semula, dan walaupun demikian tidaklah pula melebihi perhatian saya terhadap Budak Falah [BF]. Entah kenapa. Berikut ini adalah isi entri sulung tersebut - khas kepada pembaca blog ini yang malas untuk merisik ke situ:
Anda bersendirian. Tiba-tiba bahu ditepuk. Anda menoleh. Seorang rakan
bersama seseorang. Selepas berbasa-basi sedikit, dia perkenalkan si dia
sebagai bakal teman hidupnya. Anda angguk. Menyapa dengan beberapa
perkataan biasa bab 'pengenalan' diadun dengan secubit senyuman. Mata
sekilas memerhati atas bawah
Mereka berlalu. Anda sendiri semula.
Tak payah ulas tentang 'keserasian' mereka. Tapi, sejujurnya, berkenankah anda dengan pilihan rakan tadi?
Not my taste.
Lalu anda bandingkannya dengan pilihan anda sendiri, si dia yang anda panggil 'sayang'. Huh!Tentulah amat berbeza. Alasan anda? Apa-apalah!
Maha suci Allah yang mencipta kerencaman fikiran pada manusia. Mungkin rakan anda tadi akan melihat kekurangan 'sayang' anda jika mereka bertemu. Dengan alasan-alasannya pula!
Demikian saya cuba membuka 'subjektif'.
Pandangan , tafsiran dan penilaian kita tak sama seluruhnya. Baju yang anda pakai bagi saya tak cantik langsung coraknya, sedangkan anda sudah tak mampu melangkah sebaik melihatnya pertama kali tergantung di kedai bundle! Bedak talkum yang saya sekeluarga gunakan, bagi anda hanya sesuai untuk melicinkan perjalanan buah carrom! Demikianlah seterusnya.
Kita kena terima kerencaman.
Dikatakan seseorang mengusik Qais, sang majnun," Cantik sangatkah si Laila? Bagiku, dia seperti gadis biasa lainnya....."
Jawab Qais," Kalaulah engkau melihat Laila dengan menggunakan mataku.....!"
Banyak
yang saya temui sepanjang membuka BF. Ada yang manis serta tidak kurang
yang payaunya.Bagaimanapun biarlah secara berdikit saya dedahkan.
Perkara
pertama sekali ialah, sampai kini, ada di antara pembaca dari bekas
warga AlFalah tidak tahu siapa saya! Alangkah peliknya kerana dalam beberapa entri saya berkisah tentang diri, seperti kematian emak,
bagaimana saya mula mengajar di AlFalah, hubungan saya dengan Cikgu Non
dan penceritaan secara eksklusif pertemuan dengan beberapa bekas
pelajar. Lucu rasanya mendapat mesej dari salah seorang yang
bertanya, "Cikgu, siapa yang tulis dalam blog BF. Nampaknya macam semua
dia tahu bab Falah......" Ada ka?
Bagi
yang tahu siapa diri ini, setiap individu yang saya catat tetapi tidak
menyebut nama akan ditanya sampai ke lubang biawak! Paling banyak adalah
tentang siapa jejaka malang yang gagal mendapatkan Cdya serta siapa
Cdya itu sendiri, yang muncul dalam entri Biarlah Rahsia dan sekuelnya, Akan Rahsia Itu.....Biarlah!. Satu lagi ialah ustaz mana yang menjadi fokus saya di dalam entri Berkiblatkan Tandas. Suka dinyatakan, setiap yang saya rahsiakan itu, akan kekal begitu. Kecuali jika ada maharnya.......hehehe.
Demikianlah.
Rupanya,
tidak mudah membuat pengisian di dalam blog, lebih-lebih lagi jika
isinya dikhususkan seperti BF. Jadi sekiranya ada sebarang kelemahan
dalam sesuatu entri, maaflah. Saya bukan mengejar masa. Tiada paksaan
dalam berblog. Namun, kerana mencatat begini merupakan satu terapi, maka
izinkanlah saya terus mencatat seperti mana saya amat mengizinkan anda
membaca....... Jika sesekali terpacul sesuatu yang tidak menyenangkan,
terutama di segi isi, selalu-selalulah merujuk entri pertama BF. Di situ
ada hati saya.
Catatan
ini saya dedikasikan untuk semua, baik Budak Falah atau bukan kerana
saya sedang bergembira. Dengan izin Allah, anda telah membaca entri saya
yang keseratus dalam blog ini!
Oleh kerana saya dalam keadaan sangat girang, izinkan saya mengikut cara orang bangsa saya menzahirkan perasaan apabila bergembira. Izinkan ya, maka janganlah marah pula:
And finally, this is my 100th post. I'm very happy to see my followers
grow and can't begin to tell you how much you mean to me. Thank you for
reading about my journeys.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment