12 July 2013

Tingkatan 1 AlFalah 1998

Sapok Biki
Banyaklah perkara yang berlaku di dunia ini pada tahun 1998. Tapi kali ini saya tidak mahu sentuh hal negara orang sebab di Malaysia sendiri jenuh dengan peristiwa penting. Sukan Komanwel buat pertama kali dianjurkan di Asia dengan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah. Pertama kali Malaysia meraih banyak pingat [36 keseluruhannya] - berkat menjadi tuan rumah itu. Siapa boleh lupa Sapok Biki yang merangkul pingat emas dalam acara tinju, misalnya. Tetapi saya secara peribadi tetap tidak akan lupa kepada kawan di Tingkatan Lima AlFalah tahun ini yang mengumumkan telah menghantar surat kepada El Regina Tajuddin, salah seorang gimnas negara yang turut merangkul pingat emas....


El Regina [2 dari kanan]

Selain itu, pada masa yang hampir sama, negara dikejutkan dengan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri dan bermulanya apa yang dipanggil gerakan reformasi........

Di AlFalah, sekitar tiga dozen pelajar mendaftar untuk memasuki Tingkatan 1 pada awal tahun itu. Melihat sambutan terhadap AlFalah ketika ini, tidak siapa juga percaya bahawa sebenarnya sekolah yang beberapa kali ditutup-buka itu sedang menghampiri titik gerhana

sekali lagi.....

1.       Al Rokiyah bt Murad
2.       Amilia bt Azenan
3.       Azlina bt Hashim
4.       Habibah bt Abd Hamid
5.       Khairil Anuar b Hassan
6.       Khairul Anuar b Shuib
7.       Mohd Afifuddin b Shahabudin
8.       Mohd Amirohim b Mohd Sahar
9.       Mohd Naim b Ismail
10.   Mohd Noramin b Abd Rahim
11.   Mohd Ibrahim b Md Saad
12.   Mohd Saiful b Mohd Amin
13.   Mohd Firdaus b Othman
14.   Mohd Helmi b Mohd Noor
15.   Mohd Safarin b Shafie
16.   Mohd Sharulrizal b Sazali
17.   Mohd Saiful Anuar b Mohd Zahir
18.   Nor Alawiyah bt Omar
19.   Nor Atikah bt Jaafar
20.   Norasmawati bt Ibrim
21.   Nor Hidayah bt Ahmad
22.   Norhayati bt Abd Razak
23.   Nurul Husna bt Said
24.   Saiful b Yunus @ Husin
25.   Shahrizal b Samsudin
26.   Sharifah bt Mohd Yusof
27.   Norazura bt Saad
28.   Nurul Zanah bt Abu Bakar
29.   Siti Natrah bt Abd Rahman
30.   Norhayati bt Ariffin
31.   Siti Noriah bt Rosli
32.   Siti Nurul Huda bt Saad
33.   Siti Nor Asyikin bt Saad
34.   Rabiah bt Hasin
35.   Yusnita Mohd Yusof
36.   Zaitun bt Md Zulkifli
37.   Khoirul b Othman

Jika pada tahun 1995, AlFalah mendapat pelajar bernama Al Jazeera, kali ini datang pula pelajar bernama Al Rokiyah, dari SK Kangkong.

Jika pada tahun 1994, ada kembar Ku Halida dan Ku Haliza bt Ku Jiwa – adik kepada Ku Ibrahim, dan tahun 1997 ada kembar  Mohd Sazrin Muzamni dan Mohd Kamarul Azan b Mohd Yusof, pada tahun ini pula terdapat sepasang kembar di dalam kelas ini – Siti Nurul Huda dan Siti Nor Asyikin bt Saad, dari SK Tebengau.

Habibah Abdul Hamid menuruti jejak kakaknya, Harfiza [1997] dan abangnya, Hasbullah [1994] sebagai pelajar AlFalah. Manakala Amilia Azenan mengikut jejak abangnya, Syaireyl [meninggal pada 3 November 2003] serta kakaknya, Amyza. Nurul Husna Said? Lagilah ramai yang dijejaknya, termasuk emak saudara dan kakak-kakak serta bakal suami dan ipar….. [Beliau berkahwin dengan Mustadi Mohamad, pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1994]. Yusnita Mohd Yusoff  pula bertemu jodoh dengan sepupu Mustadi, Abdullah  Chik – pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1997….



Di mana sebahagian  mereka sekarang, hanya Allah dan keluarga serta rakan rapat mereka yang tahu. Saya hanya tahu tentang sekitar sedozen sahaja dari senarai di atas…..

1998

Lagu popular untuk tahun ini adalah Cindai, Puncak Kasih, Zapin Yang Tinggal, Dikir Puteri, Firasat, Wajah Kekasih, Getaran Cinta di Jiwa, Juwita, Bila Resah, Bisikan Asmara serta Satu Arah.

Memang lagu Cindai paling meletup. Namun, sesuai dengan mood AlFalah, saya pilih lagu Zapin Yang Tinggal dari nyanyian Kak Melah. Masih ada lagi sekolah lama tinggalan anakanda.......


Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

1
Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi
2
Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi
Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal
Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu

No comments: