10 July 2013

Tingkatan 1 AlFalah 1996



Tahun komputer ciptaan manusia menewaskan manusia dalam permainan catur – komputer catur, Deep Blue buat pertama kali menewaskan juara catur dunia, Gary Kasparov! Sukan Olimpik  musim panas berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat. Cukuplah sikit-sikit tentang dunia luar……

Di Malaysia, pada tahun 1996:

Sultanah Nur Zahirah
Kejohanan basikal jelajah Le Tour de Langkawi pertama kali diadakan. Koridor Raya Multimedia [MSC] dilancarkan. Pengeluaran pertama van jenama tempatan Perodua Rusa. Begitu juga dengan motorsikal tempatan pertama Modenas Kriss. Perkhidmatan tv satelit pertama, Astro juga dilancarkan. Wang kertas RM2 diperkenalkan. Michael Jackson  pertama kali membuat persembahan di Malaysia. Tengku Mizan Zainal Abidin mengahwini Rozita Adil Bakeri yang kemudiannya memakai gelaran Sultanah Nur Zahirah [Sepuluh tahun selepas itu -  2006 - pasangan ini menaiki takhta sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong].

Di AlFalah, pendaftaran pelajar ke Tingkatan 1, seperti selalunya bermula seawall bulan Disember tahun sebelumnya. Kali ini kelas tersebut diserahkan kepada Ustazah Rodziah bt Ahmad sebagai guru kelas.

1.       Aziz b Ahmad
2.       Suhaida bt Said
3.       Mohd Badrulhisham b Che Ani
4.       Zamri b Mohd Shariff
5.       Mohd Fadli b Aziz
6.       Mohd Razman b Mazlan
7.       Martiana Dewi bt Zulkifli
8.       Amizan b Ahmad
9.       Mohd Khairul Ehsan b Zakaria
10.   Asmawati bt Mohamad
11.   Rosnani bt Abd Rahman
12.   Shahrulniza bt Mohd Sarib
13.   Solehah bt Idris
14.   Faridah bt Shamsuddin
15.   Norazizah bt Jamaludin
16.   Nor Fariena bt Shamsuddin
17.   Roshidah bt Ahmad Saad
18.   Norhafisah bt Md Hasin/Hashim
19.   Ku Roshidah bt Ku Bahador
20.   Lydiawati bt Md Rodzi
21.   Abd Mutalib b Mustaffa
22.   Nurul Khairil Izmy b Ismail
23.   Hasbullah b Muhamadan
24.   Khairul Amri b Suhid
25.   Mohd Sofian b Mohd Zubir
26.   Norhasliza bt Harun
27.   Mohd Nazri b Abd Jamil
28.   Mohd Khairul Nizam b Hamidin
29.   Aslianawati bt Abd Hamid
30.   Norizan bt Hashim
31.   Nor Hafizah b Nor Zaidar
32.   Siti Sarah bt Said
33.   Nor Hasanah bt Abd Rahim
34.   Siti Yuhanis bt Haris
35.   Norshahida bt Mohd Noor
36.   Nor Azlina bt Saad
37.   Zahidan b Zakaria
38.   Ismail b Shuib
39.   Mohd Shahid b Yusof
40.   Md Jeffri b Abd Hamid
41.   Siti Zaleha bt Osman

Semasa di Tingkatan Empat pada tahun 1999, hanya yang bertulisan hijau dari senarai di atas yang kekal di AlFalah. Enam lelaki dan lima perempuan.  Kerana ‘lama’bersama mereka, pastilah wajah-wajah ini lebih dekat di minda saya. Paling kerap menjadi ‘mangsa’saya adalah Aziz, pemuda berhidung mancung, berkulit hitam manis dan sering tersenyum, berasal dari Kampung Toktong @ Hutan Putus, kalau tidak salah ingatan…..

Memori saya  sukar untuk mengingati pantas akan, misalnya, Martiana Dewi, Lydiawati, Norazizah,  Siti Yuhanis, Amizan, Jeffri, Khairul Ehsan serta Khairul Nizam. Namun Siti Sarah Said pastilah terkecuali dari kelompok ini kerana dia mempunyai grup keluarganya sendiri yang mudah diingat…….

*******************************1996**************************************

Album sulung budak Tkn 5...
Pada tahun ini, Siti Nurhaliza yang sedang di tingkatan Lima meletup dengan album pertamanya. Lagu Jerat Percintaan benar-benar menjerat peminat muzik tanahair.

Lagu-lagu lain yang tidak kurang popularnya sepanjang tahun tersebut adalah Kemelut Di Muara Kasih, Gerimis Mengundang, Romantis, Bebas, Bulan Cinta, Syair Cak Pong, Ah! Rindu Lagi serta Sahabat.

Bagi mengusap hati, saya pilih lagu Romantis, lantunan suara Ameng dari kumpulan Spring. Layanlah sambil memahon penyanyi ini diberi ketabahan dalam menjalani hukuman atas kesilapan masa lalunya....

Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa lalu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu
Kaulah kekasih



No comments: