12 July 2013

Tingkatan 1 AlFalah 1997

  

Tahun kematian Lady Diana, emak Putera William dan Putera Harry dari England akibat kemalangan jalanraya  dan perkataan paparazzi menjadi cukup popular sehingga ke AlFalah.... Filem Titanic mencapai taraf 'kotak pejabat' terhebat. Antara kesannya poster  Di Caprio dan Kate Winslet di sebelah ini cukup laris dan wajah mereka dibawa ke mimpi orang perasan.... 

Di Malaysia:

 Menara Kembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia. Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama sebagai Universiti Putra Malaysia. Dua rakyat Malaysia buat pertama kali mencapai puncak Gunung Everest. Bendera Malaysia mula dinamakan sebagai Jalur Gemilang. Cyberjaya dilancarkan secara rasmi.

Di AlFalah, pendaftaran untuk ke Tingkatan 1 masih menggalakkan. Lebih daripada 40 orang diamanahkan oleh waris masing-masing untuk bernaung di bumi AlFalah.

1.       Abdul Aziz b Saad
2.       Abdullah b Chik
3.       Ahmad Faisal b Zainol Abidin
4.       Ahmad Firdaus b Che Din
5.       Harfiza bt Abd Hamid
6.       Jauhar Amir b Jamaluddin
7.       Mohd Faijan b Johari
8.       Mohd Faizal b Saad
9.       Mohd Kamarul Azan b Mohd Yusof
10.   Mohd Fausi b Abd Razak
11.   Mohd Nasir b Abu Hassan
12.   Mohd Nizam b Awang Saad
13.   Mohd Nizam b Mohd Ani
14.   Mohd Saiful Adly b Hassan
15.   Mohd Shafie b Mohd Said
16.   Mohd Sarudin b Che Aman
17.   Mohd Sazrin Muzamni b Mohd Yusof
18.   Mohd Syukri b Hassan
19.   Najihah bt Ahmad
20.   Mohd Zahir b Idris
21.   Nora bt Zainon
22.   Norazura bt Ayob @ Aziz
23.   Norfariha bt Mohd Najib
24.   Nor Hafizah bt Ahmad
25.   Noraini bt Ahmad Tajudin
26.   Nurulhuda bt Abd Rani
27.   Nur Mohd Akbar b Yusof
28.   Roshidi b Mohamad
29.   Rosmalina bt Ramli
30.   Shahrul Anuar b Hassan
31.   Syaireyl b Azenan
32.   Siti Azira bt Abd Rahim
33.   Siti Fadzilah bt Md Isa
34.   Siti Mardhiah bt Ismail
35.   Siti Nor Sabira bt Othman
36.   Siti Norasnisah bt Abd Rahim
37.   Siti Mariam bt Abu Seman
38.   Siti Sarah bt Che Ya
39.   Umi Shukriah bt Mohamad
40.   Zainol b Che Omar
41.   Mohd Zaki b Omar
42.    Nor’afifah Najwa bt Kamal
43.   Mohd Noramin b Azizan
44.   Norkazariah bt Sabli

Mengikut catatan yang ada pada saya, tiga nama terakhir di atas mendaftar di AlFalah bada bulan Februari 1997. Tidak dinyatakan sebabnya, namun besar kemungkinan mereka mencuba dahulu bulan pertama persekolahan di sekolah menengah biasa.

Dari senarai di atas, hanya 29 orang [berhuruf hijau] yang kekal hingga sekurang-kurangnya ke tingkatan 3 pada tahun 1999. Mereka disertai oleh Suhaili bt Ishak pada tahun berkenaan.

Di dalam kelas ini terdapat  sepasang saudara kembar -  Mohd Sazrin Muzamni dan Mohd Kamarul Azan b Mohd Yusof. Datang ke AlFalah setelah tamat darjah enam di SK Alma, Bukit Mertajam bersama seorang sepupu dari SK Penanti,  Jauhar Amir b Jamaluddin.  Mereka merupakan anak saudara Maklang/Kakyah.

Seorang  pelajar dari kumpulan ini – Syaireyl b Azenan - telah meninggal dunia pada 3 November 2003/ 8 Ramadan 1422, akibat kemalangan jalanraya. Adiknya, Amilia, merupakan pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1998. Ada seorang lagi saudaranya, Amyza, yang belajar di AlFalah tetapi ketika mencatat ini saya tidak ingat tahun kehadiran pertamanya.

Apa agaknya khabar semua pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1997 ini sekarang?

Abdullah b Chik menyunting Yusnita bt Mohd Yusof, pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1998 sebagai isterinya semenjak dua tahun lalu, kini tinggal di Lembah Kelang.

Saiful Adly
Mohd Saiful Adly b Hassan dan Norazura bt Ayob @ Aziz dari kelas 1996 ini kini hidup bahagia sebagai suami-isteri, di Taman Bersatu, Batas Paip. Mereka menokok senarai pelajar AlFalah yang mendapat jodoh sesekolah dan sekelas.

Mohd Saiful Adly mengetahui atau masih menghubungi sebahagian besar rakan-rakan sekelasnya itu. Darinya saya tahu kebanyakan lokasi terkini  mereka serta kerjaya masing-masing. Kalau anda [pelajar AlFalah 1997, terutamanya] mahu tahu tentang bekas rakan dari senarai di atas, carilah Saiful....

*********************************1997****************************************

Lagu Popular termasuklah Aku Cinta Padamu, Seroja [Search], Senja Nan Merah, Ghazal Untuk Rabiah, Awallah Dondang, Itik Gembo-gembo dan Biru Matahitamku. 
Saya pilih lagu nyanyian Mus bersama Wings, terutamanya kerana ada frasa Aku rela menemanmu dalam sulit dalam sepi, andai engkau tak takut mati ......


Mana bukti kata sakti
Kau laungkan oh ho
Mana panji perjuanganmu semalam
Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh ho
Mana teman ingin juga ku saksikan
Aku damba kebebasan
Biar pahit biar pedih
Biar biru mata hitamku
Mana pedang sejahtera
Kau hunuskan oh ho
Mana hilang oh kemana wahai teman
Aku rela menemanmu
Dalam sulit dalam sepi
Andai engkau tak takut mati
Aku rela mengekormu
Dalam ribut dalam kabut
Andai engkau tak jadi takut

No comments: