Penduduk dunia ketika ini seramai 5.682 billion.
Tahun ini Superman yang boleh menyelamatkan dunia, lumpuh akibat terjatuh dari kuda! Maksud saya pelakon wataknya, Christopher Reeve. Manakala Park Jae-Sang anak lelaki Park Won-Ho, yang sama tahun kelahiran dengan Pelajar Peralihan AlFalah 1990 baru berumur 18 tahun. Kenal budak dari Korea ini? Dialah yang 17 tahun kemudian menggunakan nama pentas Psy..........yang menggegarkan dunia dan mendapat beratus juta won dengan hanya mula menyebut Oppan Gangnam Style....sebelum menghayunkan badan sihatnya!
Tahun ini kereta mewah pertama Malaysia, Proton Perdana diperkenalkan, diikuti dengan kemunculan model Proton
Satria Hatchback. KTM pula memulakan khidmat komuter pertama. Masjid terapung
pertama di Malaysia, Masjid Tengku Tengah Zaharah, di Kuala Trengganu siap
dibina. Putrajaya, dimasyhurkan sebagai pusat pentadbiran persekutuan yang baru.
Amanah Saham Wawasan 2020 [ASW 2020] dilancarkan.
Untuk rekod peribadi, tahun 1995, saya diduga dengan bauran rasa. Menerima cahayahati pertama
pada 14 Januari namun kehilangan permata pertama pada 23 Julai……
Sementara itu, di AlFalah, pendaftaran untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan
1 tetap berjalan walaupun jumlahnya tidaklah seramai tahun-tahun sebelumnya.
Saya hanya sempat melihat senarai ketika mereka berada di Tingkatan 3 pada
tahun 1997, di bawah guru kelas Ustazah Rohana bt Abdul Hamid. Semasa di
tingkatan itu, terdapat juga Suriyawati bt Ismail yang masuk pada tahun
sebelumnya. Mungkin ada pelajar lain yang berada di situ semasa di Tingkatan 1
dan berpindah ke sekolah lain – seperti kelaziman setiap tahun. Hanya mereka
yang dari senarai berikut yang mungkin mengingatinya:
· Abdullah b Abdul Halim
· Al Jazeera bt Azizan
·
Ayu Natida bt Yahya
·
Habibun Najar b Rahani
·
Khairul Anuar b Abd Rani
·
Mohd Azhari b Zainon
·
Mohd Azmarizal b Ahmad
·
Mohd Hamidy b Hassan
·
Mohd Naim b Lazim
·
Mohd Suhaimi b Mohd Saad
·
Mohd Suhaimi b Soib
·
Mohd Shahrizal b Mohd Noor
·
Mohd Zaidi b Hamid
·
Najwa bt Ahmad
·
Norazira bt Idris
·
Siti Hajar bt Ramli
·
Siti Noor bt Abd Rahim
·
Siti Sara bt Othman
·
Zaheran bt Nordin
·
Zainol Abidin b Zain
·
Zamidi b Zakaria
Berikut ini adalah nama yang diberikan oleh seorang pembaca blog ini (pada petang 2 Julai 2013) yang kebetulan pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1995. [Dia merahsiakan identiti diri] Terimakasih diucapkan dan semoga maklumat ini tepat dalam melengkapkan senarai pelajar tingkatan tersebut.
Nota Tambahan:
Berikut ini adalah nama yang diberikan oleh seorang pembaca blog ini (pada petang 2 Julai 2013) yang kebetulan pelajar Tingkatan 1 AlFalah 1995. [Dia merahsiakan identiti diri] Terimakasih diucapkan dan semoga maklumat ini tepat dalam melengkapkan senarai pelajar tingkatan tersebut.
- Mohd Rezwan b Osman
- Ismawati bt Mohamad
- Edami b Dahaman
- Mohd Shaiful Akmal b Abd Hamid
- Rosilawati bt Ramli
- Suriati bt Sahwi
- Zainab bt Khalid
- Rozaimi b Osman
- Amiruzi b Zakaria
- Shaharun bt Shamsuddin
- Haryani bt Abd Razak
- Nabihah bt Hashim
Tidak ramai dari senarai ini masuk ke tingkatan Empat pada
tahun 1998. Saya masih ingat kelas terakhir mereka di AlFalah – di bangunan
baru, di tingkat bawah, di atasnya merupakan perpustakaan. Walaupun sedikit dan
masih ‘baru’meninggalkan AlFalah, perkembangan mereka tidak saya ketahui, malah
tidak pernah bertembung di mana-mana.
Cuma khabar tentang Mohd Shahrizal Mohd Nor yang kini menjadi pegawai polis di Johor saya dapati dari maklumat yang diperolehi hasil pertemuan ayahnya dengan responden saya dari Taman Bersatu, Saiful Adly Hassan di sekitar Tebengau…….
Cuma khabar tentang Mohd Shahrizal Mohd Nor yang kini menjadi pegawai polis di Johor saya dapati dari maklumat yang diperolehi hasil pertemuan ayahnya dengan responden saya dari Taman Bersatu, Saiful Adly Hassan di sekitar Tebengau…….
Dari seorang lagi responden merangkap jurufoto, Budak Batas Paip, disahkan Zainol Abidin dan Siti Hajar menjadi sepasang lagi Budak Falah yang bertemu jodoh sekelas dan sesekolah....
Di bawah ini petikan dari fb, sebaik BBP menaikkan gambar Zainol dan Hajar pada 30 Disember 2012.
Aswad Lorongmayat ni bkn pak non dgn hajar ka??? klu x salah la..
Syarikat Syabibah Xkenai....
Puan Yaya X kenai gak. Tp x pa. Terima kasih atas usaha jejak kasih. Nti aku simpan no
Wira Islam Zainon pak ak tapai...adik kpd zambri..katanya bini dia pun dr alfalah jgk..dia kenal aswad
Zakaria Awang Pak non 2,,dok kt kg padang jln kuala kedah,,abg n kak dia smua ngaji al falah
Aswad Lorongmayat btl la ni,pak non dgn hajar..sekelas dgn al jazeera (sapa kenai lg al jazeera).bdk falah dia sorg nama mcm 2...
Kini, Najwa Ahmad nampaknya mula timbul di alam maya di grup Alumni AlFalah....
Apa khabar yang lainnya? Termasuk Al Jazeera yang Aswad Lorongmayat nyatakan itu........
***********************************1995************************************
Lagu pada tahun ini di antaranya adalah Di Perimpangan
Dilema, Lamunan Terhenti, Cinta Beralih Arah, Di Pintu Mahligai, Seribu Impian,
Di Bayang Awan serta Manis Masa Bercinta. Lagu Diari YB nyanyian ND Lala juga
popular, lebih lebih lagi tahun 1995 juga ada Pilihanraya Umum pada bulan Mac.
Bagi mencakar minda, saya pilih lagu Lamunan Terhenti, nyanyian Aris Ariwatan. Boleh? Kita melamun bersama-sama ke masa itu ……
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
( ulang 1, 2 )
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku di sini
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
( ulang 1, 2 )
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku di sini
No comments:
Post a Comment