17 November 2012

AlFalah Kita, Bagaimana Kini?

Pemohon yang layak ke tingkatan 1 di SMA AlFalah tahun 2012 iaitu memperolehi sekurang-kurangnya 20 unit dlm peperiksaan UPSR 2011, wajib menduduki ujian kelayakan pada 11 Disember 2011 bertempat di SMA AlFalah. Hanya pemohon yang berjaya dalam ujian tersebut sahaja akan dipanggil untuk pendaftaran kemasukan tingkatan 1 2012. Ujian ini telah dijalankan saban tahun berikutan permohonan untuk memasuki SMA AlFalah amat menggalakkan, namun pihak sekolah tidak mampu menyediakan tempat yang mencukupi.

Jangan betulkan skrin atau mata anda. Apa yang tercatat di atas adalah benar! Rupa-rupanya SMA AlFalah tetap utuh!

Bagaimana dengan 2013?

Jangan bimbang. Baca kutipan dari portal sekolah ini:

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2013

  • tarikh UPSR keluar pada 19.11.2012 .. 
  • tarikh tutup hantar borang 02.12.2012.
  • tarikh peperiksaan kelayakan kemasukan tingkatan 1 13.12.2012(khamis) .
  • tarikh pendaftaran ke tingkatan 1 26.12.2012 (rabu) ..
13 Disember 2012. Akan sesaklah kawasan SMA AlFalah dengan anak-anak yang baru mendapat keputusan UPSR, bagi menduduki ujian tersebut. Mereka pastilah ditemani oleh ibubapa atau waris masing-masing. Bayangkan kemeriahan pada pagi itu......

26 Disember 2012 pula, sekali lagi sesak kawasan itu. Kawasan asrama juga akan dipenuhi, dalam proses menghantar dan menerima penghuni baru........

Masih ragu?

Gambar di sebelah adalah petikan dari blog smaalfalah.blogspot.com menceritakan jamuan akhir tahun, di sebuah restoran, yang diadakan pada 4 November 2012 yang disertai oleh guru dan staf sekolah. Menunya: nasi mandy, nasi kabshah, kambing bakar, ayam bakar, Dawood pasta, acar dan sup.


Di bawah pula, gambar sebahagian guru SMA AlFalah sedang mendengar taklimat Pengetua pada 6 November 2012 di pejabat sekolah sempena mesyuarat JKS kali ketiga....

Tidak percaya juga?

Hubungi sahaja pejabat sekolah di talian 09 8591515 atau talian faksimili 09 8584535. Dapatkanlah nanti pengesahan dari kerani sekolah.

Ini bukan mimpi! Ini bukan fantasi!

Inilah hakikat bahawa SMA AlFalah masih utuh dan kian berkembang!

Namun AlFalah yang disebutkan itu terletak di Kemaman, .......hehehehe. Nung jauh di Teganu, nung!

Perenggan pertama entri ini saya kutip dari portal http://sabksmaak.bpi.edu.my/ . Sahlah SMA AlFalah ini sekarang menjadi sekolah agama bantuan kerajaan, sama seperti SMA Nahdzoh, Bukit Besar atau SMA Fauzi, Yan, atau SMA Sungai Limau atau SMA Ihya' Ulumuddin AdDiniah, Simpang Empat. Samalah dengan SMA AlFalah, Kangkong, jika.......


Antara 126 calon SPM 2012 SMA AlFalah itu...
Saya berkenalan dengan seorang pelajarnya yang sedang menulis novel sulung. Meski sibuk menghadapi peperiksaan, dia masih menekuni beberapa bab untuk novelnya.

Dia terjumpa blog ini dalam carian Google dan terkejut. Saya katakan AlFalah bukanlah satu. Setahu saya di Perak juga ada SMA AlFalah... Dia lebih terkejut apabila mengetahui AlFalah,Kangkong,Kedah Darul Aman dan Sejahtera yang dicatat di sini sedang terjajah dan bekas pelajarnya berserakan di serata Malaysia, membiarkan AlFalahnya tinggal nama........

SMA AlFalah, Kangkong,
Bilakah akan boleh diterbitkan kenyataan seperti pada perenggan pertama di atas? Bilakah akan berduyun-duyun pelajar kembali mewarnai bumimu? Bilakah engkau akan 'merdeka' semula?

Aduh! Pedih sungguh untuk menekan 'publish' setelah menaip catatan ini ...............

Pedih juga melihat menantu emak menemani cucu mertuanya menghadapi ujian kelayakan untuk memasuki Maktab Mahmud, Alor Setar pada pagi ini. Kalaulah SMA AlFalah masih wujud....

No comments: