Ustaz Fairose dan dua abangnya pernah menggunakan pelbagai jenama kereta. Merc, BMW, Honda, Volvo, Proton, Daihatsu........... dan dua kali jenis Volkswagen - satu combi dan satu beetle. Sebagai penumpang setia, saya pernah menaiki semua kenderaan itu dan masih mengingati dua nombor plat. KU 5116 untuk van Daihatsu baru 1988 dan WJ 53 untuk BMW.
VW beetle |
Mungkin sekitar 1988, keluarga ustaz membeli van ini. Warnanya maroon. Seronok menaikinya walaupun bunyinya hampir mengalahkan helikopter. Keadaan dalamannya luas walaupun sedikit berbahang. Banyak boleh dimuat - orang dan barang.
Meratalah juga saya mengikut van ini pergi. Namun jodohnya di AlFalah tidak panjang. Mungkin tidak sampai setahun. Puncanya tidaklah diketahui tetapi berdasarkan keadaan fizikalnya, mungkin faktor usia mempercepatkan pemergiannya.
Namun dua pelajar AlFalah ini mungkin boleh mengingati van ini dengan jelas - Ahmad Sofi Ahmad dan adik ustaz sendiri, Mohd Hizamy.
Tengah hari itu, saya sedang berbual dengan ustaz Fairose dan abangnya di dalam rumah mereka. Biasalah. Selalunya saya tumpang makan nasi bersama mereka. Terlanjur memakan nasi, saya makanlah juga sahabat-sahabat nasi yang lain - gulai, ikan goreng dan sayur atau ulam dan sambal.
Selalu begitu. Sehingga pinggan dan gelas di rumah mereka cukup mengenali saya....
Sedang rancak berbual, kalau tidak silap sambil menunggu nasi dan sahabat-sahabatnya dihidangkan, terdengarlah satu bunyi kuat yang amat jarang muncul di kawasan AlFalah yang hening. Kami tepilanjat! Bunyi itu datang dari arah belakang rumah, ertinya di asrama lelaki dan bilik Ustaz Man.
Van Kombi |
Saya dan ustaz Fairose keluar untuk melihat keadaan. Dinding memanglah runtuh. Muka van memanglah tidak terjejas. Tapi muka Ustaz Man ketara amat berubah. Sebab beliau berangin satu badan diketahui apabila kami menjenguk di sebalik runtuhan dinding berkenaan. Elok saja duduknya 3 pinggan nasi dan tiga empat piring lauk, 3 gelas air dan satu jag. Rupanya di situ Ustaz Man dan isteri, Kak Jah serta anaknya Bushro sedang menikmati makan tengah hari. Hentaman van tepat ke tempat mereka yang sedang makan secara bersila/bersimpuh. Van itu berhenti sebaik menghentam dinding.
Sesiapa pun akan terkejut. Sesiapa pun akan terbantut nafsu makan. Sesiapa pun akan marah. Sesiapa pun akan masam muka. Letakkanlah sesiapa pun di tempat Ustaz Man ketika itu tetap demikianlah juga keadaannya. Mujurlah tiada kecederaan atau lebih dari itu......
Akan orang menyebabkan van itu hidup dan menghala ke bilik Ustaz Man sudah pastilah turut terkejut besar bercampur takut. Namun apalah daya mereka kerana ketika cubaan memandu van itu berlaku, mereka masih remaja 17 dan 16 tahun. Mungkin ketika itu usus mereka penuh, tapi bak kata orang tua-tua, tiada tahi secamca pun kerana takut itu.....Tapi hakikatnya mereka mempelajari sesuatu yang tidak terdapat dalam kurikulum AlFalah!
Dinding itu segera dibaiki semula oleh Encik Md Saad Awang, rakan sekoleh kami yang tinggal nun di belakang asrama lelaki keesokannya. Kejadian itu menyebabkan beberapa hari juga masa diambil untuk mengembalikan wajah Ustaz Man ke keadaan asalnya.... Kami faham akan perasaannya sangat-sangat. Sesiapa pun akan faham juga. Sangat-sangat.
Dinding itu segera dibaiki semula oleh Encik Md Saad Awang, rakan sekoleh kami yang tinggal nun di belakang asrama lelaki keesokannya. Kejadian itu menyebabkan beberapa hari juga masa diambil untuk mengembalikan wajah Ustaz Man ke keadaan asalnya.... Kami faham akan perasaannya sangat-sangat. Sesiapa pun akan faham juga. Sangat-sangat.
Kini, suku abad kemudian, Ahmad Sofi Ahmad memandu kereta besar berulang -alik mengajar di sekitar Baling. Mohd Hizamy pula seminggu sekali menjengah bondanya dan AlFalah dari tempat kerjanya, juga memandu kereta besar.
Namun sebesar-besar kereta mereka, besar lagi van Kombi Volkswagen!
Namun sebesar-besar kereta mereka, besar lagi van Kombi Volkswagen!
No comments:
Post a Comment