Air jambu, air tebu, air kelapa muda dan air sirap tua laris terjual.
Hampir tiga bulan begini. Angin pun kering meski datang setiap tengah hari hingga awal petang. Hujan sekali seminggu tidak mampu membuang bahang yang menjalar......
Sedang menanti anak gadis penjual air jambu mencedok dari balangnya, sepasang teman sebaya - sekitar 45 tahun usia mereka - singgah dan turut memesan air jambu.
"Huh! Panas sungguh hari 'ni nooo....." kata pemandu motor sambil mengibarkan kolar bajunya, lalu tersengih kepada saya.
"'Ni baru cuaca dunia noooo......" balas pemboncengnya. Juga tersengih kepada saya.
Kemudian kami berbual tentang cuaca. Seronok sambil tekak dibasahi air jambu. Seronok pula kerana masih ada insan saling menyapa meski tidak saling mengenal.
Selepas kami berpecah ke destinasi sendiri, saya teringat frasa yang dilontarkan oleh si pembonceng tadi. "'Ni baru cuaca dunia noooo......"
Tiba-tiba saya nampak AlFalah!
Shukeri Wahab sedang mandi di tepi kolah kecil berhampiran tapak surau.
Ketika itu air cukup susah diperolehi. Bukan kerana musim kemarau tetapi aliran air paip memang perlahan. Meter air memang telah dicabut. Untuk menderaskan aliran air, terpaksa dipasang pam elektrik. Tetapi tidak juga memadai. Aliran air masih belum memuaskan.
Berhampiran kawasan meter air dan pam elektrik itulah kolah kecil tersebut ditempatkan. Petang-petang, menjelang Maghrib, selepas puas berlari di padang bola, di situlah budak-budak asrama lelaki mandi. Tiada sebarang pelindung sebagai dinding. Ada yang berkain basahan tetapi yang ramainya mandi bersekali dengan seluar pendek/boxer. Malu? Mana ada......
Jarak ke asrama puteri hanya 30 meter. Untuk mereka air dialirkan pada waktu malam ke kolah kecil di bilik air kecil di hujung dapur kecil mereka....
Pelbagai ragam boleh dilihat semasa putera-putera asrama mandi. Namun yang paling melekat adalah nyanyian mereka.
Kadangkala ramai-ramai mengalunkan nasyid Asma ul Husna. Selalu pula mereka memilih lagu kegemaran semasa masing-masing.
Di antara semua, dalam suasana kini, saya terkenang nyanyian Shukeri Wahab - abang kepada Norhayati dan Pak En, dua lagi Budak Falah. Mereka dari Kuala Kedah - Lorong Enam, kalau tidak silap.
Langkah kaki ku..
Makin longlai..
Kehausan di padang gersang..
Betapa nanti..
Aku rebah..
Burung gagak memagut tubuh..
Biar tampak olehku..
Lembah lembah berair..
Bibir akan memecah..
Tangan juga berdarah..
Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana
Mati adalah pasti
Hidup insyaallah
Makin longlai..
Kehausan di padang gersang..
Betapa nanti..
Aku rebah..
Burung gagak memagut tubuh..
Biar tampak olehku..
Lembah lembah berair..
Bibir akan memecah..
Tangan juga berdarah..
Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana
Mati adalah pasti
Hidup insyaallah
Wak Masron |
Itu adalah lagu nyanyian Herman Tino atau nama asalnya Masron Tamsi. Tajuknya Aku Milikmu. Terbitan tahun 1985, tatkala nama pentas Wak Masron itu sedang meletup.
Shukeri bukanlah menyanyi semua lirik tersebut. Dia hanya hmmm....hmmmmm pada kebanyakan bahagian, tetapi apabila sampai pada:
Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana
Oh..... Akan lebih nanti di sana
dia akan menguatkan volumenya. Lebih menarik, sambil menggosok atau menjirus badan, dia akan menyebut kuat:
Oh..... Ini baru cuac cuac cuac cuaca dunia seolah-olah piringhitam/kaset/cd tersangkut pada bahagian itu..........
Dan bukan sekali dua atau sehari dua saya mendengar dia meraung begitu......Kadangkala dia dibantu oleh Basri Zakaria a.k.a Pakmid dari Gajah Mati, Pendang....
Shukeri muncul di AlFalah bersama Abas Ahmad dan Suhaimi Md Shah, juga dari Kuala Kedah. Mereka sekelas hingga tamat SPM.
Sudah lebih lima tahun saya tidak berjumpa Shukeri. Khabarnya dia masih di Sungai Petani.
Mati adalah pasti
Hidup Insyaallah
Hidup Insyaallah
No comments:
Post a Comment