2 March 2013

Hari Ini, 15 Tahun Lalu

2 Mac 1998.

Lima belas tahun telah berlalu.

Jika anak anda lahir pada tarikh itu, lima belas tahunlah usianya kini.

Jika anda berkahwin pada tarikh itu, lima belas tahunlah pula usia perkahwinan itu.

Di mana anda lima belas tahun lepas?

Kalau anda menjadi atlet negara pada waktu itu, kini anda pastinya hanya bergelar bekas atlet.....

2 Mac 1998.

Petang itu, Cikgu Shon - Tuan Hj Mohd Faisal Abdul Hamid - bersama beberapa guru ke Kuala Kedah. Saya dan Cikgu Non mesti ada..... Turut bersama kami adalah beberapa Budak Falah. Semuanya bersemangat.....

Sekitar jam 2.45, kami sampai. Kami menaiki wagon Cikgu Shon. Budak Falah bermotorsikal ke situ.

Tempatnya? Wisma Nelayan yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah yang terletak di tengah-tengah pekan itu.

Cikgu Shon berjumpa petugas yang berada di bilik pejabat bersebelahan tangga/pintu utama yang menghadap ke arah matahari jatuh itu. Tidak lama, sekadar untuk membayar sewa.

Sewa? Ya, hari itu kami mahu berlatih bermain badminton! Maka Cikgu Shon membayar sewa gelanggang di wisma tersebut untuk penggunaan selama 3 jam.

Bermainlah kami sepuasnya. Bagi yang letih dan dahaga, di tepi wisma tersebut ada gerai minuman ......

Tiga jam memang cukup lama untuk badminton......

Di manakah pemain-pemain badminton AlFalah itu kini agaknya. Entah sempat berada pada ranking keberapa  dunia agaknya.....Hehehehe.



Di segi usia, mereka kini mungkin sekitar 2-3 tahun sahaja lebih tua dari Dato' Lee Chong Wei..... Kalau mereka bersungguh, agaknya kini mungkin setakah dua di bawah ranking suami Datin Wong Mee Choo itu....

Yang saya tahu, hanya Cikgu Shon yang masih aktif mengetuk bulu tangkis itu. Cikgu Non telah lama bersara semenjak mengalami kecederaan pada bahagian lutut akibat perlanggaran semasa bermain bolasepak. Saya pula telah digantung seumur hidup oleh BAM kerana akan tetap menyalahkan pengadil apabila kalah, meskipun sering mendahului lawan dengan selesa pada peringkat awal...........

Inilah bukti kehadiran kami di gelanggang tersebut pada petang 2 Mac1998......



Masihkah ada gelanggang itu?

Manisnya waktu itu.....


2 comments:

wiraosman said...

oleh krana...lmbt nk kaya....pnkk buat tmpt parkir kereta plak

Anonymous said...

well educated jin! kalau harap gelanggang badminton, bil TNB pun belum tentu lepas...