9 September 2013

Biwi No. 1 Dan Biwi No. 2 [jika ada] .....


Ada tiga klip yang saya sediakan berkait samatua. [ Bagi yang masih libang-libu, kata orang Perak, samatua bermaksud pasangan hidup, tergantung atas jantina masing-masing.... Jika anda bernama berbinti, samatua anda adalah suami; jika anda berbin, samatua anda adalah bini atau biwi, mengikut bahasa pertuturan utama Salman Khan dan Karisma Kapoor.... ]

Satu daripada klip berkenaan telah saya muatkan di dalam blog ini di dalam entri Wahai Para Isteri..... dengan lagu Permata Untuk Isteri.

Di atas pula adalah lagu kegemaran saya, nyanyian A Ramlie dan Maria Bachok tatkala mereka masih bergelar suami-isteri,  yang saya sering hayati lirik dan iramanya apabila teringatkan isteri sulung atau isteri tengah. Selamanya, mereka tetap mutiara yang menyinari hayat saya .....

Untuk sekian kalinya, tanpa jemu, saya cukup menghargai peranan - tidak kira saiznya - yang dimainkan oleh samatua kita, dalam membantu menjayakan program perjumpaan raya yang lalu atau yang terdahulu...

Tanpa jelak juga, saya mengagumi keterbukaan samatua kita, memahami kenapa kita [lebih-lebih lagi jika bersama mereka] perlu hadir ke majlis kita yang tidak sepertinya itu.......

Tanpa malu, biarlah saya laungkan kepada pelajar AlFalah yang belum mempunyai samatua: Punyailah!

Ustaz kata, amalan orang solo dikira secara solo juga, manakala amalan orang yang berkahwin dinilai dengan 70 kali ganda ganjarannya.


p.s.

Untuk yang berbin sahaja, tau! (Yang berbinti, sila abaikan perenggan di bawah....)

Jika anda lemah dalam mencongak, namun ingin mendapatkan 140, 210 atau 280 kali ganda ganjaran bagi setiap amalan, carilah kalkulator atau hubungi sahaja bekas guru matematik anda....... hehehehehe.......

No comments: