Sajak Usman Awang di bawah telah lama ditulis.
Dideklamasikan saban tahun terutamanya sepanjang sambutan Hari Guru. Dipetik
sepenuh atau sebahagiannya di dalam ucapan, entri blog atau di laman fb.
Maka kali ini saya salin selengkapnya untuk entri blog ini.
Untuk kita simpan dan renung karya arwah Sasterawan Negara yang lembut di dalam
berkias dan menegur.
“GURU O GURU” –
USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selain sajak ini, saya tertarik tafsiran Pak Usman tentang
bangsa Melayu di dalam sajak Melayu. Anda cari dan rujuklah di mana-mana
laman……
Dalam genre drama dan novel, saya meminati karyanya yang
bertajuk Tulang-tulang
Berserakan dan Tamu Dari Bukit Kenny.
Untuk sajak Guru oh Guru ,
di atas, saya tertarik pada dua tempat:
1] Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
2] Jadilah
apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Bersendiri, berlapang dada, tanpa gangguan dan desakan ala
siasah, renungkanlah dua bahagian itu dahulu…. selain menghayati seluruhnya,
jika berkesempatan….. maklumlah, masa anda cukup berharga….
No comments:
Post a Comment