Sembilan (9) hari tidak bersiaran. Malah perjalanan statistik blog in pun tidak saya peduli.
Hanya pada 20 September barulah saya naikkan dua entri - DIA: Terasa Ramai Bila Bersama dan Gelombang Sekali Lagi - jua mengandungi klip buatan sendiri. Yang pertama mengandungi 44 nama ahli grup fb Alumni SMA AlFalah, manakala yang kedua sengaja dimuatkan lagi foto sekitar AlFalah dulu dan kini - kembar kepada entri dan klip yang memuatkan lagu sama, Gelombang, mula muncul di skrin pada 21 Ogos.
Bagai dijangka, entri yang mengandungi klip lagu Isteri Solehah, mendapat perhatian lebih sedikit berbanding entri lagi satu. Dijangka, sebab saya serukan nama 44 orang ahli grup fb yang terdapat di dalam klip tersebut, maka sebahagiannya telah membuka blog ini di mana sebahagian yang membuka pula telah memberitahu samatua atau anak-anak mereka akan kemunculan klip itu.....hehehehe.
Namun, saya tertarik pada satu hal apabila dengan sedikit tumpuan, memerhatikan statistik pada blog ini.
Sepanjang tanpa bahan baru, berdasarkan sumber sahih dari blogger.com, didapati blog Budak Falah ini tetap dibaca orang. Lihatlah ruang Utama Seminggu di sebelah bawah kanan blog ini.
Ada sepuluh entri yang sering dibaca sepanjang minggu. Entri Memori Kacang Tanduk berada di dalam senarai teratas. Terdapat juga entri-entri lama iaitu Pek Nga dan Roti Kesot, Dato' Haji Ismail Hashim Di AlFalah dan Paprik Dari Pattani.
Ini cukup memberikan semangat kepada saya. Bukti bahawa masih ada pembaca - mungkin budak Falah - yang masih sudi menyelongkar kandungan blog ini meski dalam beberapa minggu ini semakin sedikit yang sempat saya muatkan. Boleh jadi mereka baru terjumpa blog ini atau sekadar ingin mengimbau masa yang telah lama ditinggalkan atau me4ninggalkan....
Apa pun, terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi membaca. Perangkaan yang blogger.com sediakan cukup untuk memberikan tonik bagi saya terus mencungkil dan mencatat biar sekelumit tentang AlFalah....
Ada klip untuk santapan anda, malangnya terdapat pula masalah ketika mahu memuatkannya. Nantilah.....
Terima kasih daun keladi,
Seboleh-boleh dibuat baik lagi.
Terima kasih daun gelenggang,
Tidak sia-sia masa disenggang.
Terima kasih daun semalu,
Kalau boleh kunjungilah selalu.
Terima kasih daun kelapa,
Ajak famili pun tidak mengapa.
Terima kasih daun ketumbar,
Dari sini mungkin terjumpa khabar.
Terima kasih daun mengkuang,
Baca saja, bukan diminta wang....
Terima kasih daun ......
No comments:
Post a Comment