5 Jun. Genap sebulan kebah demam PRU 13.
Malam.
Bukan semua malam hati kita menjadi besar…….
Tapi malam itu lain.
Jika malam sebelumnya, bukan setakat hati jadi halus, malah
mungkin tak ada langsung! Manakan tidak, puas kami menunggu kedatangan Budak Patas
Paip [BBP], tiba-tiba dia boleh menghantar mesej: Nak menjemput geng Gajah
Mati, bila? Rupanya dia tersalah faham dan kami tersalah sangka kata dia faham
dengan ayat dua malam sebelumnya, tatkala bersama Nazri Hashim, Husin Lateh dan
Hamzah Yahya di Rumah Makan D Samila……
2 Jun di D Samila. |
Cikgu Non kata malam kedua
selepas perjumpaan baru boleh pergi ke Gajah Mati kerana malam besoknya dia ada
urusan lain. Bagi kami jelah dan sahih kenyataan itu. Hamzah pun akan ikut sama
kerana dia masih ada di sekitar Pendang. Malangnya, BBP menunggu pengesahan lain
apabila tiba malam berkenaan. Ketika dia menunggu pengesahan itu, kami
menunggunya di rumah ….. Apa lagi, malam itu, Sinar FM seakan menyindir memainkan
lagu Di sana menunggu di sini menanti!
Maka, petang tadi, awal lagi dibuat pengesahan. Malam ini,
jadi! Mendung menjelang Maghrib sedikit membimbangkan, namun niat telah
diikhlaskan. Malam ini kami mesti ke Gajah Mati!
Lega melihat BBP muncul di depan rumah dengan kereta sejenama
dengannya. Sendirian. Husin katanya menemani anak yang demam. Saifol Adli, yang
BBP hubungi, memaklumkan dia pastilah sibuk sebab besoknya ada kenduri kahwin di
rumahnya, sesuatu yang BBP terlupa…. Setelah menunggu Cikgu Non yang berurusan
di luar sebentar, kami bertolak ke Gajah Mati sebelum pukul 9. Ada gerimis
kecil di luar kereta Cikgu Non. Ada gerimis kecil di hati apabila mendengar BBP
bersuara, “Payah ‘nak jumpa cikgu mencari anak murid macam ‘ni….”
Bukan satu jalan ke Pendang. Cikgu Non memilih jalan pintas
yang lama dihafalnya. Dia menekan pedal minyak semahunya tanpa gangguan
sebarang kereta dari depan atau belakang, membelah malam di atas ban MADA
bertar molek. Beberapa kali BBP berkata dia memandu ke negeri besan emaknya pun
sekadar 80-90 km/j. Saya faham maksudnya. Cikgu Non pun demikianlah juga.
JANGAN LAJU SANGAT!
Sampai di jalan besar Bukit Choras ke Pendang, renyai hujan
mula menambah saiznya. Saya teringat Hamzah yang mengikut jadualnya telah
berada di Manjung ketika itu. Nombornya saya dail. Manalah tahu jika hasratnya
tertunda juga seperti kami semalamnya. Sah dia sudah ke negeri Ridzuan itu.
‘’Semalam dok tunggu juga….”katanya, yang bertolak siang tadi dari rumah
ayahnya. Saya tidak bercakap banyak. Malaslah untuk bercerita betapa malam tadi
puaslah kami melantunkan bait popular dari lagu Penantian
nyanyian kumpulan Harmoni: Penantian suatu seksa
yang tidak tertanggung oleh tubuhku yang
kering dan layu….. Nanti dia terkejut pula, kerana dua malam yang
lalu kami tidak pun menunjukkan ciri-ciri kering dan
layu semasa menyantap di atas balai makan di depan kedai masakan ala
Yingluck Shinawatra itu…. Maka saya biarkan BBP saja berbual dua tiga puluh
patah kata dengan Hamzah.
Melepasi Pondok Hampar, renyai tadi bertukar menjadi hujan
tebal. Rahmat apakah ini?
Md Rautin |
Di Kg Gajah Mati, kami terus ke rumah Md Rautin. BBP diminta
turun dengan perangkap untuk mengenakan Budak Falah legenda itu. Suruh BBP
berpura-pura mencari Tok Ayah, sedang kami berdua kekal di dalam kereta. Namun
perancangan itu tidak menjadi. Md Rautin sekeluarga bagaikan telah diberi gerak
rasa lebih awal. Lampu terpasang elok, tetapi pintunya bermangga dari luar.
Kalau mangga jenis Cokonan atau Namdokmai tidaklah menjadi hal….
BBP kembali ke kereta. Sempat dijelingnya sangkar ayam Md
Rautin yang berbalut bendera parti. Agaknya demam di situ lambat sedikit
kebahnya….
Elias @ Paksu Yeh |
Kami tiada nombor
telefon Md Rautin. Cara tunggal yang kami nampak adalah menghubungi
Elias Hj Awang [Yeh] tapi penyedia khidmat telekomunikasi di kawasan itu
seperti mensabotaj kami di dalam runtuhan hujan itu. Tidak ada jawapan setelah
berkali-kali nombor Yeh didail.
Kami mencari rumah rumah Pakya [Zakaria, ayah Basri dan
adik-adiknya Helmi, Jamani, Mazlan…semuanyabekas Budak Falah]untuk bertanya
rumah Yeh. Difahamkan rumah Yeh bukan lagi di lokasi yang pernah kami kunjungi
dahulu.
Cikgu Non turun melompat ke pintu depan rumah Pakya.
Mengetuk pintu dan member salam sambil dua tangan menghadang sebanyak mungkin
tempias hujan di atas kepalanya. Agak lama baru adik Pak Mid [panggilan mesra
untuk Basri – pelajar Peralihan AlFalah 1984] yang tidak kami kenali membuka
pintu. Entah apa ayat yang Cikgu Non lafazkan. Saya hanya dapat melihat
kumat-kamit mulut mereka. Sebentar kemudian muncul Pakya. Sekali lagi saya
melihat kumat-kamit mulut mereka. Entah apa yang dilafazkan. Tentu tentang
lokasi rumah Yeh, berdasarkan gawangan tangan mereka. Mustahil Cikgu Non
bertanya tentang arah ke Seri Manjung atau Mantin!
bukanlah asing bagi kami. Tapi kerana tiada
anak-anaknya – terutama Pak Mid dan Helmi - tinggal bersamanya, tidaklah kami
singgah pada malam itu.
“Aku habaq kata Cikgu Din ada dalam kereta….” Kata Cikgu Non
sebaik masuk menyertai kami setelah tahu jalan ke rumah Yeh. Kesal pula rasanya
tidak menunjukkan sekejap muka saya kepada Pakya. Tapi Pakya mungkin faham
keadaan cuaca….. Saya hanya melambai ketika kereta beredar dari laman rumahnya.
Pakya tidak membalas. Tapi saya faham. Keadaan cuaca……
Cikgu Non memandu melalui jalan tar yang lebarnya macam
diukur khas untuk keretanya, tidak jauh pun dari laman Pakya tadi…. Melintasi
surau, saya tidak nampak lagi plan
lokasi rumah Yeh. Dulu, semasa masih dihuni bersama ayahnya, arwah Hj Awang, dekat
juga dengan surau itu. Tapi kini……
Sebuah rumah yang di bawah semurup hadapan pintuya, masih
ada sekumpulan orang berbual. Cikgu Non memberhentikan kereta di hujung cucur
atap semurup itu lalu turun – sekali lagi menggunakan dua tangannya melindung
tubuh dari hujan….. – menuju ke arah kumpulan tersebut. Panjang betul rumah
itu. Ada dua semurup membahagi dua panjang rumah tersebut.
Sekali lagi saya hanya melihat kumat-kamit mulut Cikgu Non
di celah juraian hujan yang turun dari bumbung semurup. Kemudian bangun seorang
dari mereka. Berketayap di kepala. Siap memegang payung terbuka. Matanya mengarah ke kereta Cikgu
Non.
Saya amati wajah pemegang payung itu. Betulkah dia? Takkan kut.....
Dia menghampiri kereta, datang ke arah pintu kiri. Saya
membuka pintu, keluar dan masuk ke bawah payungnya. Dalam suram malam, dilatari
hujan, dia erat memeluk saya. Saya pun apa lagi……
Dino?
Dialah Dino, anak saudara Yeh yang nama sebenarnya adalah Nasarudin Abdullah. Saya memangginya Dino Bravo – nama seorang penggusti popular WWF pada tahun 80-an. Khabarnya, dari sumber situ juga dia dipanggil begitu.Sebaya Paksu Yehnya dan Md Rautin – sama-sama ke AlFalah pada tahun 1986. Berada di situ selama tiga tahun sebelum bertukar angin ke SMA Al Islah, Pendang. Dino dan Md Rautin pula bukan orang……hehehehe. Sepupu. Emak Dino dan ayah atau emak Md Rautin – saya tidak pasti – dua beradik. Yeh pula adik bongsu ayah Dino. Yeh ada seorang kakak – Mariam {manjanya Makyam atau saya panggil Makye…}.– yang sama belajar di AlFalah. Dua lagi anak saudara Yeh dan Makye yang pernah belajar di AlFalah adalah Rafida Md Saad dan Norhashimah Ismail. Kiranya mereka semua bukan oranglah…….hehehehehe.
Dino mengajak kami masuk ke rumah ayahnya itu. Kami nyatakan hajat untuk bertemu Yeh. “Tak pa,”katanya, “jom masuk dulu. Nanti saya panggil Paksu!”
Hujan masih selebat tadi.
Dino bersama seorang adiknya, dengan disertai emak mereka dan dua lagi anak muda sekampung sedang berbual ketika kami sampai tadi. Serbasalah juga untuk menghadap orang yang sedang bersembang begitu. Tetapi melihatkan kesungguhan Dino serta emaknya mempelawa kami duduk, rasa serbakena pula yang timbul. Dino mendail nombor telefon Paksunya beberapa kali. Tidak berjawab atau satu daripadanya berjawab tapi tidak begitu jelas…. Akhirnya Dino menyuruh adiknya merentas hujan memanggil Paksu mereka.
Kami bersila berbual, bertarung dengan bunyi air hujan menimpa bumbung dan mencurah di hujung cucur atap….
“Yang ‘ni Cikgu Din?” Tanya emak Dino, tepat ke arah orang yang dipanggilnya Cikgu Din. Orang yang dipanggil Cikgu Din pun terangguk-angguk sambil tersengih. Ingat lagi emak Dino kat aku, kata hati orang yang dipanggil Cikgu Din itu. Lama mata mereka bertentang. Adalah gamaknya yang dinilai…. Dulu orang yang dipanggil Cikgu Din itu bukan begini. Perut leper. Gigi cukup set.Rambut perang….. hehehehe.
“Cikgu Din ada menantu ‘dah?”Tanya emak Dino.
Orang yang dipanggil Cikgu Din itu tersentak. Agaknya orang sebayanya di kampung ini semuanya sudah bermenantu. Dengan perlahan orang yang dipanggil Cikgu Din itu menggeleng sambil menjawab, “Takdak lagi…. Yang sulung baru 18 tahun…..” Kemudian, orang yang dipanggil Cikgu Din itu cuba menukar topik perbualan, hingga akhirnya perbualan dengan emak Dino terhenti sendiri…..
Dino di mata saya tidak berubah langsung. Rambut hitam lebat, wajah berkulit tegang serta senyum yang tersimpul seolah saya melihatnya lebih suku abad lalu! Sebab itulah ketika melihatnya memegang payung tadi, saya menyangka dia adalah adiknya yang seiras…..
BBP duduk di sebelah saya. Dia budak yang baik – tidak banyak bercakap……
Kami menyatakan tujuan asal kami – mencari Md Rautin. Dua anak muda yang dari tadi melihat kami berbual dengan Dino mencari nombor telefon lelaki yang mereka gelar Abang Long itu dari set masing-masing. Cikgu Non menelefon nombor itu. Dapat. “Abang Long ha?”demikian kata mula dari Cikgu Non. Apa jawapan dari Md Rautin tidaklah kami dengar. Lama juga mereka berbual. Isi utama yang saya tahu sepintas adalah Md Rautin berada di rumah ayahnya, di belakang kampung, berhampiran ban taliair. Satu lagi, Cikgu Non menggunakan kuasa veto mengarahkan Md Rautin datang segera ke rumah Dino! Ada nada kelegaan apabila Cikgu Non memutuskan talian. Jadinya kami tidak payah ke mana-mana lagi pada malam itu…
Adik Dino muncul bersama nombor telefon Paksunya sambil menyatakan Yeh tidak menyahut panggilannya di luar pintu rumah. “Tidur dah kut….” Kata seorang dari kami. Saya menyalin nombor kerana kagum dengan kerapnya anak-anak AlFalah menukar nombor telefon…. Belum sempat nombor itu didail, Cikgu Non bangun. “Mai saya pi keloi – kertuk dinding rumah dia….”katanya sambil mendapatkan plan lokasi rumah Yeh yang berselang dengan sebuah rumah lain. Cikgu Non membelah hujan. Benarlah kata BBP semasa kami mula bertolak tadi - “Payah ‘nak jumpa cikgu mencari anak murid macam ‘ni….”
Sementara itu, di hadapan kami telah diletakkan sejag air oren. Kemudian diletakkan 3-4 pinggan kosong. Ini sudah bagus. Perut kami pun macam pinggan itu juga. Kosong……
Kemudian lagi, sampai pula sebekas nasi diikuti sehidang lauk-pauk. “Ada rezeki lagi ‘ni….”kata hati saya. Saya tahu kata hati BBP pun demikian juga…. Nampak caranya macam ada kenduri siang tadi tapi menghidu aroma nasi dan lauk dalam serkupan hujan begitu tidak perlulah ditanyakan kenduri apa. Halkum saya bergerak-gerak. Halkum BBP pun tentulah bergerak sama. Saya tahu, tembolok kami bukannya berbeza sangat…..
Cikgu Non kembali membawa khabar misinya berjaya. Yeh terjaga dan sedang mempersiapkan diri untuk datang!
Sebentar kemudian muncul seorang penunggang motor berjaket hijau tentera, memarkir motornya di bawah cucur atap, di hadapan kereta Cikgu Non. Sebaik membuka topi, misainya yang muncul dahulu. Itulah Md Rautin!
Barulah ada sinar sedikit di mata BBP. Dia kenal Md Rautin – Legend of AlFalah! Kami bersalam dan ingin berlaku adil seperti sepupunya tadi, saya memeluk Md Rautin. Sekejap sahaja kerana misai tanglungnya menujah tengkuk saya!
Seketika, muncul pula Yeh dari belakang kami. Seperti selalu, baru tujuh patah kami bertanya, dia sudah menyediakan tiga empat puluh patah jawapan… Ramah yang patut dicontohi.
Kami mengelilingi hidangan tadi. Yeh yang mengaku telah makan siang tadi tidak pula menolak untuk makan sekali lagi. Dua biji pinggan diambil dari dalam rumah. Sementara itu, adik Dino yang tidak tahu mahu mencelah perbualan bahagian mana, beredar bersama dua rakannya ke ruang lain di depan rumah itu.
Apa lagi? “Kasi pecahlah….!”Saya teringat dialog HM Busra sebagai penyamun di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sebaik nampak pintu berpangkah…..
Menu lauknya?
Bayangkan ini : perut kosong, nasi wangi,lauk sedap, ulam dan sambal sama sepadan,hujan pula sedang lebat. Fuh! Tidak perlulah saya bazirkan dengan sebarang bentuk frasa lagi……
Kami berenam pun makanlah sambil sembang-sembang terus. Atau, kami berenam pun bersembanglah sambil makan-makan terus…. Pilihlah yang mana mahu dibayangkan.
Selain bab perjumpaan raya, timbul bermacam cerita lain tentang AlFalah. Semuanya menjadi lucu setelah lebih dua dekad berlalu, meski sebahagiannya agak tragik. Semuanya mengundang dekahan tawa kami. Lebih-lebih lagilah apabila cerita yang keluar dari mulut Md Rautin dan Yeh. Mereka pasangan secocok dalam bercerita. Saling melengkapi.
Cerita mereka yang paling mendera urat tawa kami adalah tentang satu kejadian di asrama. Tajuk yang mereka pilih bersama adalah '10 Muharam'.
Benar.

Setelah dua tiga kali menolak, akhirnya kami masuk ke bawah
semurup berbumbung cantik itu. Memang kami mahu bertemu Yeh, tetapi bukankah
hajat besar kami demi majlis perjumpaan raya Budak Falah? Bukankah Dino juga
termasuk di dalam grup itu? Sekurang-kurangnya bertambah lagi seorang atau
sekeluarga……

Muncul ayah Dino yang agaknya tadi sedang berehat di dalam
rumah, mempersilakan kami sudi apalah kiranya menjamah makanan yang terhidang.
Emak Dino pun demikian. Menjemput kami makan.
Apa lagi? “Kasi pecahlah….!”Saya teringat dialog HM Busra sebagai penyamun di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sebaik nampak pintu berpangkah…..
Menu lauknya?
Gulai itik, kurma ayam kampung, ikan kering, ulam-ulam dan
sambal belacan.
Bayangkan ini : perut kosong, nasi wangi,lauk sedap, ulam dan sambal sama sepadan,hujan pula sedang lebat. Fuh! Tidak perlulah saya bazirkan dengan sebarang bentuk frasa lagi……
Kami berenam pun makanlah sambil sembang-sembang terus. Atau, kami berenam pun bersembanglah sambil makan-makan terus…. Pilihlah yang mana mahu dibayangkan.
Selain bab perjumpaan raya, timbul bermacam cerita lain tentang AlFalah. Semuanya menjadi lucu setelah lebih dua dekad berlalu, meski sebahagiannya agak tragik. Semuanya mengundang dekahan tawa kami. Lebih-lebih lagilah apabila cerita yang keluar dari mulut Md Rautin dan Yeh. Mereka pasangan secocok dalam bercerita. Saling melengkapi.
Cerita mereka yang paling mendera urat tawa kami adalah tentang satu kejadian di asrama. Tajuk yang mereka pilih bersama adalah '10 Muharam'.
Selain bab perjumpaan raya, timbul bermacam cerita lain tentang AlFalah. Semuanya menjadi lucu setelah lebih dua dekad berlalu, meski sebahagiannya agak tragik. Semuanya mengundang dekahan tawa kami. Lebih-lebih lagilah apabila cerita yang keluar dari mulut Md Rautin dan Yeh. Mereka pasangan secocok dalam bercerita. Saling melengkapi.
Cerita mereka yang paling mendera urat tawa kami adalah tentang satu kejadian di asrama. Tajuk yang mereka pilih bersama adalah '10 Muharam'.
Begitu serasinya Yeh dengan Md Rautin bercerita dapat dinilai dari saling sambung menyambung cakap hingga menjadi satu cerita lengkap.
Namun tidak dapatlah saya masukkan cerita bertajuk 10 Muharam itu sekarang. Nantilah. Kena jadi episod khas. Mungkin sempena Awal Muharam 1435 nanti…..
Akan cerita silam lain, nantilah saya selitkan di mana-mana…..
Lagi pula tujuan utama kami adalah menjemput mereka secara rasmi ke majlis perjumpaan hari raya nanti. Mulanya mahu diwakilkan kepada Md Rautin, namun dengan adanya Yeh dan Dino bersama, semuanya kami lantik menjadi wakil bagi menjemput semua warga Gajah Mati dan kawasan seposkodnya yang pernah bermukim di AlFalah.
Semua nampak teruja. Mengikut gayanya, Yeh macam malam itu juga mahu menggerak anak-anak saudaranya memberitahu tentang majlis tersebut!
“Takpa. Esok saya habaq kat Fida…….”katanya merujuk kepada anak saudaranya yang kini mengajar di Tanah Merah. Dia menggenggam segumpal kad jemputan yang BBP ambil dari dalam kereta Cikgu Non.
Cikgu Non bertanya tentang ketiadaan mereka pada majlis tahun lalu.
“Kami nak pi tahun lepas……”kata Yeh.
“Tapi….”sambung Md Rautin.
Maka alasan pun dihamburkan oleh Yeh dan Md Rautin. Suka atau tidak, kami kena menerimanya. Tidak perlulah saya catatkan alasan yang mereka berikan. Nanti diciplak pula oleh insan yang memang tidak mahu datang pada perjumpaan kelak…….
Namun untuk tahun ini, memang Md Rautin dan Yeh sudah sepakat. “Apa jadi pun, kita pi dua, Tin!” kata Yeh, serius. Teman sekampungnya itu mengangguk-angguk. Setakat ini, kami yang mendengar merasa lega. Setakat ini……
Sebenarnya, sambil makan tadi pun kami ada menyentuh tentang majlis itu, tentang kutipan untuk membiayai majlis dan tentang rakan sekampung mereka yang sama ke AlFalah. Namun suasana bertambah rancak sebaik pinggan dan rakan-rakannya meminta izin untuk masuk ke dapur ……..
“Tak pa, nanti kalau jumpa Pak Mid, saya habaq kat dia,”kata Yeh, “pakai Kompressor, takkan tak boleh huloq seratus dua kut…….”
Bukan hendak memuji tetapi sepatutnyalah begitu tentang Yeh nan seorang ini. Keyakinan sentiasa ada. ‘Tak pa’sentiasa ada di mulutnya. Saya seronok mendengarnya.
Dino yang bertugas setempat dengan Hamzah dan Fahrulrozi di Lumut hanya mendengar. Walau tidak berjanji apa-apa, namun dia menyokong kewujudan majlis nanti. Ada tanda-tanda dia akan ikut hadir….
Md Rautin dan Yeh bercerita tentang rakan sekampung bekas pelajar AlFalah secara ringkas.
Siti Norliza Abdul Hamid dan dua lagi adiknya tidak tinggal di kampng itu. “Tak pa. Nanti saya tinggai kad di rumah ayah depa…..” kata Yeh……Hehehehe.
Md Daud ada di Pulau Pinang. Mohd Nizam Khalid [Md Kidam]ada di KL. Dua adiknya, Shukeri dan Ahmad, rasanya tinggal di luar daerah juga. Mahathir Fadzil pun begitu. Rizaki Othman, sepupu Norhashimah Ismail, tidak diketahui lokasinya. Adik beradik Pakmid juga tidak tinggal setempat.Seorang dua lagi pula, menurut mereka sedang bermasalah, tidak perlu dipanggil. Kerana mereka lebih kenal bau tanah Gajah Mati, saya dan Cikgu Non serta BBP hanya mengangguk.
“Tak pa. Hak mana yang boleh, saya akan bagi kad ‘ni….. Esok saya pi jumpa Fida!”sekali lagi Yeh menjamin kesediaannya mengedarkan jemputan. Sekali lagi saya seronok…..
“Jangan lupa, Tin. Kita pi dua!”sambung Yeh, sambil menepuk peha Md Rautin. Saya bertambah seronok!
Bercerita tentang rakan-rakan tadilah terselitnya pelbagai kisah di sebalik tabir yang menyenakkan perut kami. [Dino yang hanya tiga tahun di AlFalah hanya mampu tersenyum atau tertawa. Tidak banyak yang dapat diceritakannya….]
Mereka [Yeh dan Md Rautin]pernah mencuri menghisap nira pada malam hari. Tuan nira itu mereka panggil PX saja. Saya hairan. Rupanya PX adalah abjad pada nombor plat motor tuannya. Namanya Zainol bin Abdul, saya memanggilnya Pakndak Non, isterinya Makndak Faridah [kedua-duanya telah meninggal], tinggal bersebelahan rumah Ustazah Rodziah, di penjuru pagar AlFalah menghala ke Kg Perlis. Setiap malam, Md Rautin dan konco-konconya akan membawastraw, merejamnya ke dalam tukil nira. Disedutlah nira segar dari pokok nipah itu. Tapi satu malam mereka terkena. Biasanya, setiap tukil mengandungi sedikit sahaja nira yang dikumpulkan setitik demi setitik itu. Tapi malam itu, Md Rautin merasakan tukil itu hampir penuh. Berat. Md Rautin seronok.Direjamnya straw. Disedut. Puih! Tawar!
Md Rautin dan Yeh hampir serentak ketawa dan berkata,”PX bubuh air sejuk di dalam tukil ‘tu….”
Satu hal lagi, Md Rautin mencuri ayam Ustaz Man semasa ustaz itu pulang ke Pattani. Dibawanya ayam itu ke kedai Cina di simpang ke Kangkong. Nyonya itu enggan membelinya kerana ayam itu sedang mengeram, bukan ayam dara. Md Rautin terdesak. Dia mengugut, “mau beli ka dak?” Tahulah wajah bengisnya. Nyonya itu membayarnya tiga ringgit lima kupang….. Sekembali dari Pattani, Ustaz Man dapat mengesan kehilangan ibu ayamnya. Dia memanggil Md Rautin. Hamba Allah itu hairan, betapa tepatnya Ustaz Man menuduhnya! {Ketika saya ajukan sudah minta halal atau tidak, Yeh yang epat menjawab, “Tak pa. Masa ‘tu budak budak lagi….”. Namun Md Rauitin ada mengunjungi Ustaz Man tidak lama dahulu – membelaknjanya makan di Simpang Empat….}
Ada banyak lagi cerita, tapi takut anda jemu pula kerana saya terlalu menokohkan dua sahabat dari Gajah Mati itu…..
Akhirnya kami terpaksa mengundur diri. Malam semakin larut. Hujan hanya sedikit kurangnya. Kami menghulurkan salam perpisahan.
Misi kami berjaya.
Kerana perut telah terisi, kami terus pulang tanpa transit di mana-mana. Cikgu Non memilih jalan yang sama untuk pulang. kali ini lebih yakin dan laju. Tidak sebiji kenderaan pun kami temui sepanjang jalan ban bertar molek dari Bukit Choras hinggalah ke kawasan kejiranan kami.
Tidak banyak yang kami bualkan sepanjang perjalanan pulang. Mungkin dikeranakan oleh tiga kerana:
- puas dengan misi yang tercapai,
- melayan atau mengimbau cerita-cerita mereka tadi, dan
- BBP berdoa di dalam hati sambil melihat bacaan km/j yang disenangi oleh Cikgu Non.....
Sampai di rumah, barulah BBP bercakap banyak. Lebih-lebih lagi apabila berjaya membuka akaun fb di i-padnya dengan wifi Cikgu Non. Sambil saya melawat ruang Alumni AlFalah dengan lappy Cikgu Non, kami pekena kopi pahit bancuhan tuan rumah yang tekun menjeling pergerakan graf forexnya...... Sesekali mata kami terarah pada satu perlawanan bolasepak di tv.
Lama kemudian barulah kami izinkan BBP kembali ke lubuknya untuk berehat......
Budak Batas Paip |
Lebih kurang dua belas jam lagi kami hendak ke rumah kenduri di Taman Bersatu pula!
Nota:
Terima kasih kepada BBP yang menyediakan foto untuk dua episod awal catatan Memburu Gajah Mati.
Terima kasih dun pegaga, kalau tidak diizinkan pun saya ambil juga!
No comments:
Post a Comment