Sengaja pada hari Jumaat ini, saya cuba minta tolong abang Google mencari jejak-jejak yang hilang. Sampai bab Pusat Tahfiz Amal, tiba-tiba pilu menyelinap. Sayu dan sayup...Anda cari dan bacalah.
Untuk permulaan, bacalah catatan Mazidul Akmal Sidek[TV3] yang pernah datang ke tempat yang kita pernah mesrai ini. Lihat ayat pertamanya: Sekolah Menengah Agama Al-Falah......Sekolah siapakah itu, encik-encik dan puan-puan?
Banyak lagi yang abang Google simpan. Carilah.
Soalnya hingga bila ini akan berterusan? Tiadakah antara kita yang punya kekuatan untuk menangani kemelut ini. Kalau tidak boleh ditangani, apa kata kita kakikan saja.......
Pelajar Dan 'Jualan Amal' : Isu Tidak Bernoktah
Sekolah Menengah Agama Al-Falah kini dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal terletak di KM17 Jalan Kuala Kedah-Yan, Alor Star, Kedah.
Nama sekolah terbabit menjadi sebutan ramai selepas kejadian kemalangan ngeri di Kilometer 355.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai, Perak. Akibat pemandu, 19 tahun dipercayai tertidur, van dinaiki pelajar sekolah sama dilapor merempuh bahagian belakang lori kontena Pos Malaysia. 5 pelajar berusia di antara 12 dan 13 tahun maut dalam nahas pada 23 Disember 2007. Semua mangsa dkatakan dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas melakukan jualan amal di Kuala Lumpur.
Anda boleh membaca laporan berhubung kes sama di banyak laman sesawang (baca: pengalaman peribadi individu) dan arkib akhbar elektronik (baca: Google).
Pelajar pusat sama sehingga kini dilapor masih meneruskan kegiatan ‘jualan amal’ antaranya di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Mereka boleh ditemui di stesyen minyak, kawasan berhampiran institusi kewangan, kawasan rehat dan rawat, menjual kalendar, krim panas dan buku berharga RM10. Mereka semua mendakwa ahli Kelab Usahawan Muda Pelajar Pusat Tahfiz Amal.
Melalui temubual dijalankan, pelajar berkata mereka berniaga, mengikut sunah nabi.
Saya dan krew program '360' pernah membuat liputan berhubung kegiatan mereka sebelum ini. Difahamkan wang hasil jualan digunakan pihak pengurusan sekolah untuk menampung keperluan harian dan pembelajaran mereka (baca: termasuk gaji guru).
Untuk rekod, pada Januari 2007, Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK mengarahkan pusat tahfiz itu ditutup kerana memaksa pelajar menjual barangan (baca: mengeksploitasi kanak-kanak) di pelbagai lokasi. Namun selepas 3 tahun pusat tahfiz tebabit masih beroperasi sehingga ke saat ini.
Baca seterusnya....
Jumaat, Ogos 12, 2011
"Bila pelajar menghafal Al-Quran kalau asyik membuat 'jualan amal'?"
"Saya hantar anak ke pusat tahfiz. Sekarang ini paling cepat 2 tahun, memang sudah boleh menghafal Al-Quran. Di sekolah anak saya, pelajar menghafal Quran setiap hari, siang dan malam, bukan ada cuti pun," kata rakan.
Saya mendengar penjelasannya.
"Tetapi saya cukup hairan tengok budak-budak mengutip derma di stesyen minyak, depan bank, tempat makan dan kawasan Rehat dan Rawat. Kata dia orang ini dari pusat tahfiz, bila sebenarnya pelajar menghafal Quran kalau asyik membuat jualan amal? ," soalnya.
Pelajar dimaksud ustaz itu, penuntut Pusat Tahfiz Amal, Kuala Kedah, Kedah dan hanya pihak pengurusan pusat terbabit mampu menjawab soalan dikemukakan rakan saya.
Persoalan sama juga barangkali berlegar di minda ramai anggota masyarakat kini.
Persoalan sama juga barangkali berlegar di minda ramai anggota masyarakat kini.
..... dan cari lagi!
No comments:
Post a Comment